Khamis, 19 Mac 2009

Ada apa dengan Islam??


Pulang daripada program Mukhayyam Arabi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan Brother Lim Jooi Soon seorang berbangsa cina yang memeluk Islam. Program ceramah yang dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar mampu menarik minat penonton apabila lebih kurang 100 orang pelajar datang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh brother Lim. Ceramah yang bertajuk “Ada apa dengan Islam” mampu membuka minda pelajar-pelajar UPSI cara-cara untuk berdakwah kepada golongan Kristian.

Ana sampai sedikit lewat ke majlis tersebut kerana baru pulang daripada program di Teluk Intan. Apa yang menarik perhatian terdapat juga pelajar yang bukan Islam datang ke majlis ceramah tersebut ingin mendengar hujah Brother Lim mengenai agama kristian. Setelah 25 tahun berada di dalam kegelapan agama kristian akhirnya Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Tercetus hatinya untuk memeluk agama Islam apabila beliau mendengar video debat antara ulama Islam dan ulama Kristian. Ulama Islam itu ialah Almarhum Syeikh Ahmad Deedat yang merupakan seorang ulama Islam yang begitu pakar mengenai selok belok agama Kristian.

Brother Lim mendedahkan cara-cara untuk mematahkan hujah-hujah yang mungkin akan ditimbulkan oleh penganut Kristian. Hujah-hujah yang kita beri secara bijaksana mampu mengoncang akidah orang-orang Kristian selaras dengan saranan agama kita agar berdakwah secara bijaksana.

Ceramah berakhir lebih kurang jam 11.30 diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.