Blog dalam update...
harap maaf.. :(
Butir-butir kata keluar daripada minda Mahasiswa demi mencari secebis ilmu dan keredhaanNya. Kadang-kadang ia terlalu kritikal. Kalau kamu jenis tidak suka membaca tulisan kritikan boleh sahaja membaca dan SENYAP!!
Bukit gantang makin meluap panasnya. hari pertama kempen dah boleh lihat fitnah UMNO terhadap PAS yang cuba direka-reka. Bagi UMNO semua mereka buat adalah benar. kalau kita tengok tv xdee sikit pun salahnya di pihak UMNO dalam kempen pilihanraya xkiralah pilihanraya kecil atau PRU. isu berebut kuasa sekali lagi berlaku di Perak selepas UMNO dengan rakusnya merebut Perak daripada Pakatan Rakyat dengan cara ala-ala yahudi. Kali ini berlaku perebutan kononya DS Nizar merampas kuasa di masjid yang mana masjid itu kononnya tempat UMNO buat program.
Begitu tensen kalau kita lihat kenyataan Dr Zambry(menteri besar haram Perak) apabila jelas kenyataan-kenyataannya berbaur fitnah dan penipu besar.
Sila ikuti penjelasan yang saya ambil daripada http://politikbanjar.blogspot.com/
Satu taklimat peluang melanjutkanpelajaran ke peringkat Sarjana dan Phd telah diadakan 25 Mac 2009 bertempat di bilik seminar, Bitara siswa. Seminar yang julung kali diadakan yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kerjaya yang diwakili oleh Saudara Arif dan Saudari Aqilah Berjaya menarik minat pelajar-pelajar UPSI apabila tempat duduk yang disediakan penuh. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah ialah Prof. Omar Abdul Kareem Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI. Pendedahan-pendedahan yang diberi oleh prof ialah mengenai syarat-syarat kemasukan, program-program yang ditawarkan, pinjaman dan biasiswa dan juga peluang kerjaya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan Phd boleh lah berkunjung ke Institut Pengajian Siswazah UPSI. kedatangan anda amat dialu-alukan..
Sebarang maklumat boleh didapati di laman web ini:
http://ips.upsi.edu.my
Read more...Pulang daripada program Mukhayyam Arabi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan Brother Lim Jooi Soon seorang berbangsa cina yang memeluk Islam. Program ceramah yang dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar mampu menarik minat penonton apabila lebih kurang 100 orang pelajar datang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh brother Lim. Ceramah yang bertajuk “Ada apa dengan Islam” mampu membuka minda pelajar-pelajar UPSI cara-cara untuk berdakwah kepada golongan Kristian.
Ana sampai sedikit lewat ke majlis tersebut kerana baru pulang daripada program di Teluk Intan. Apa yang menarik perhatian terdapat juga pelajar yang bukan Islam datang ke majlis ceramah tersebut ingin mendengar hujah Brother Lim mengenai agama kristian. Setelah 25 tahun berada di dalam kegelapan agama kristian akhirnya Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Tercetus hatinya untuk memeluk agama Islam apabila beliau mendengar video debat antara ulama Islam dan ulama Kristian. Ulama Islam itu ialah Almarhum Syeikh Ahmad Deedat yang merupakan seorang ulama Islam yang begitu pakar mengenai selok belok agama Kristian.
Brother Lim mendedahkan cara-cara untuk mematahkan hujah-hujah yang mungkin akan ditimbulkan oleh penganut Kristian. Hujah-hujah yang kita beri secara bijaksana mampu mengoncang akidah orang-orang Kristian selaras dengan saranan agama kita agar berdakwah secara bijaksana.
Ceramah berakhir lebih kurang jam 11.30 diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Read more...
Setibanya saya di masjid negara suasana agak kelam kabut. Nampak kepulan asap yang memenuhi suasana. Terasa pedih dimata sambil melilau2 untuk mencari parking motor. Apa yang aku sangka rupanya akan terjadi. Sudah pastinya pihak polis tidak akan berdiam diri terhadap orang yang menentang dasar tuannya. Bagaikan anjing yang menyalak garang memarahi orang yang mengacau tuannya. Tetapi ini tidak boleh disamakan dengan anjing kerana pihak polis adalah manusia yang mempunya akal fikiran. Tetapi sendiri mau ingatlah…
Agak geram juga dengan tindakan polis yang membedil gas pemedih mata terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman. Seperti manusia yang tidak menghormati yang dipertuan agong. Penyerahan memorandum telah diperkenankan oleh Yang dipertuan Agong. Tetapi telah disekat dengan begitu biadap oleh kerajaan BN-UMNO dengan bantuan anggota polis yang sentiasa bersiap sedia menjadi balaci UMNO. Nak dimarahkan kepada polis tidak guna juga kerana aku faham dengan tugas polis sebagaimana juga tugas tentera. Mesti mengikut cakap orang atasan.
Aku parking motor berdekatan dengan taman sebelah dengan masjid Negara. Kelihatan orang ramai masih berpusu-pusu menuju ke masjid Negara dihiasi dengan laungan kalimah tauhid membesarkan tuan punya dunia. Kepadanyalah kami semua berserah menentukan nasib bahasa kami yang kami cuba pertahankan. Moga Allah Taala melihat perhimpunan ini suatu perjuangan menuntut hak. Memang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Kalau berpisah nescaya kedua-duanya akan hancur secara senyap-senyap. Cubaan mengingeriskan melayu memang sejak dulu lagi berlaku dan akan terus berlaku jikalau orang melayu terus dayus menerokai pembangunan tanpa menghiraukan identity sendiri. Bukan aku nak membesarkan perjuangan bangsa kerana parti Islam bukan objektifnya kepada kemajuan bangsa. Tapi perlu diperjuangkan kerana inilah satu-satunya bangsa dan bahasa yang bersatu tubuh dengan Islam dalam konteks Malaysia sekarang.
Di dalam kawasan masjid bergema laungan ‘Hidup Bahasa’ dan juga laungan takbir ‘Allahuakhbar’. Aku agak terlambat sampai ke masjid Negara apabila telah terlepas untuk bersama-sama beberapa pemimpim besar PAS dan juga Sasterawan Negara yang tidak asing lagi iaitu A.Samad Said. Hanya sempat mendengar amanat yang dilaungkan oleh saudara Mahfuz Omar sahaja dan selepas itu dacaan doa yang penuh bersemangat oleh Ustaz Ghani. Bacaan doa yang mampu mengalirkan air mata kerana cintakan Islam dan bahasa Melayu.
Read more...
Hari sabtu dan Ahad sebahagian besar masa dihabiskan untuk menjalani latihan PALAPES yang biasanya diadakan 2 minggu 2 hari. Latihan pada kali ini tidaklah terlalu memenatkan kerana aku dikecualikan untuk larian 8KM pada pagi sabtu kerana menjalani ‘midterm’ fizik pada pagi tersebut. Syukran lillahitaala…hehehe.. bukan ape. Malas rasanya nak berlari sejauh 8 km. penant beb.. eleh.. ape barang masuk Palapes 8KM pun dah penat.. ok..ok.. ye la.. aku malas jer sebenarnya bukannya penat. Huhuhu.. Puas hati??
Hari sabtu dihabiskan masa latihan dengan aktiviti sukan Palapes. Sukan dimulakan dengan merentas desa(larian 8KM) dan selepas itu diikuti dengan pertandingan Futsal dan juga bola jarring. Hampa sedikit pada kejohanan sukan pada kali ini bagi peminat-peminat bola tampar kerana bola tampar tidak lagi dipertandingkan di peringkat Palapes UPSI dan juga pada hari pentauliahan nanti. Kini sukan bola tampar digantikan dengan futsal. Disebalik kehampaan pemain futsal itu akulah antara orang yang gembira dengan perubahan ini kerana aku minatla jugak dengan game futsal nie. Bola tampar bukan xpandai main tapi xreti sangat atau dengan bahasa yang lebih tepat ialah ‘tangan bangku’..
Amacam?? Betol x bahasa aku tu??.. hahaha.. perosak bahasa.. tp tidak mengapa kawan-ku sekalian. Nak anggap aku perosak anggaplah sememangnya aku ramai musuh kat UPSI nie dikalangan geng2 ASPIRASI. Perjuangan untuk menghalang PPSMI mesti diteruskan. Cehhhhhhh… sempat lagi selitkan dengan politik walaupun nk cerita pasal aktiviti Palapes.
Erkkk… otak siasah betol la aku nie..
Huhuhu..
Ape herann??? Nabi ajar… nabi Muhammad SAW dulu pn orang politik jugak kn?? So xsalahla klau aku selit dengan politik skit.
Hehehe…
Ok berbalik dengan latihan Palapes yang aku jalani dalam 2 hari ini. Hari sabtu diharungi dengan sukan sahaja sampai ke petang. Pada hari ahad pula kami ade 2 siri kuliah iaitu pada sebelah pagi dan juga petang. Sebelah pagi aktiviti latihan berbentuk fizikal yang mana modul latihan untuk PT pagi yang digunakan oleh EN Salim amat baik dan merangsang perkembangan mental. insyaAllah ini boleh diserapkan di kalangan pelajar aku bila aku msuk mengajar di sekolah nanti. Nk tahu modul tu cm mane??erkkk… mane leh bagitau…. Rahsia kerajaan..klau bagitau nnt Pak Najib sumbat aku dalam ISA xpasal2..huhuhu… hehe.. gurau jer.. ala modul biasa jer. Mungkin pelajar2 kaunseling tahu pasal modul tu. Aktiviti yang memerlukan kecekapan mental dalam situasi yang agak kelam kabut.
Selepas satu-satu situasi itu berlaku EN salim akan menerangkan yang pentingnya otak kita bekerja disaat kita dalam situasi kelam kabut. Situasi kelam kabut yang kami hadapi pagi ini apela sangat sekadar nak mengawal letih berlari kesana kesini. Jadi barulah dapat pertimbangkan samaada otak kita dapat bekerja ataupun tidak dalam keadaan tercungap-cungap. Lagi satu yang aku Nampak EN Salim juga cuba terapkan elemen kerjasama di dalam sesuatu perancangan kerja. Bila kami diminta untuk membilang kotak parking kereta di dalam kawasan KHAR selama 3 minit kami terpaksa berbincang dengan pantas untuk lakukan semua ini. Dan hasilnya Alhamdulillah Berjaya walaupun bilangan parker yang kami kemukakan tidak tepat. Hahaha… Berjaya maksud aku disini ialah berjaya habiskn kerja mengira dalam masa 3 minit. Jadi ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekalian kerjasama dan keikhlasan itu amat penting dalam membuat sesuatu pekerjaan. Mantap dan cekap sesuatu organisasi banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh tanzim yang ada didalamnya. Perancangan juga harus mantap dan tersusun. Kalau kita lihat kegagalan umat Islam sendiri ialah gagal untuk merancang. Jadi jangan diulangi lagi kesilapan lepas dan cubalah ubah diri menjadi manusia yang mantap dari segi semangat kerjasama, mental, fizikal, keikhlasan dan juga kesungguhan. Semoga skills yang aku dapat pada hari ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan aku didalam masyarakat yang besar nanti. InsyaAllah..
©Template by Dicas Blogger.