Jumaat, 20 Ogos 2010

Provokator pengkhianat negara..

Saya rasa cukup takut dengan situasi yang ada di negara sekarang. Saya menjengah panjang post-post di dinding Facebook kawan-kawan. mata tajam mencari apa yang paling sensasi dan yang paling panas pada hari ini. Sudah semestinya berita-berita mengenai politik menjadi perhatian saya. Kini politik “parang” bergoncang lagi. Maksud saya bukan kita menebas parang dalam berpolitik. Tetapi bibit-bibit provokator yang bisa mencetuskan keadaan huru-hara di dalam negara kita yang tercinta ini. Siapa yang sanggup melihat peristiwa 13 Mei berulang kembali? Siapa yang sanggup melihat darah-darah merah sekali lagi mengalir laju dijalanan? Siapa yang sanggup melihat kepala-kepala rakyat Malaysia bergolek ditendang antara satu sama lain akibat dendam perkauman yang dibina?



Saya cukup kesian dengan Ketua Menteri Pulai Pinang. Walaupun dia berbangsa cina tetapi saya masih mempunyai rasa belas kasihan diserang oleh ejen-ejen provokator UMNO bertali arus sehingga beliau lemas dalam serangan itu. Serangan nampak nya semakin hari semakin berbisa. Tonik apa yang harus Lim guna untuk menangkis serangan-serangan politik yang dihala kepada kerajaannya? Nabi berpesan supaya kita mengasihi kafir zimmi kerana mereka tidak menentang Islam. Tetapi nasib si Lim ejen provokator mencipta isu seolah-olah beliau anti kepada Islam dan juga Melayu. Kisah yang paling dajjal yang terbaru adalah kisah khutbah jumaat dan nama Lim dalam teks khutbah jumaat.



Saya yakin dan percaya ia agenda pihak tertentu untuk memecahbelahkan semangat perpaduan kaum di antara kaum di Malaysia. Ada pihak tidak senang melihat perkembangan politik yang berlaku sekarang lantas mencipta isu agar dianggap sebagai hero oleh kaum sendiri. Sah inilah kerja UMNO dan Barisan Nasional.



Saya mengharapkan isu ini dapat difahami secara tuntas oleh rakyat. Rakyat perlu menilai isu dengan hati bukannya dengan nafsu. Rakyat perlu mencari maklumat yang sahih sebemum bertindak membawa cara politik mereka.

Read more...

Ahad, 15 Ogos 2010

Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu..


Membaca postingan di wall facebook kawan-kawan sungguh seronok hari ini. Rata-rata membincangkan soal masa depan yang hendak dilalui. Semester 7 adalah semester keramat yang setiap orang daripada kami biasanya sudah menetapkan jalan sendiri untuk dilalui selepas ini. Wall facebook aku dan kawan-kawan sibuk membincangkan niat untuk sambung belajar.



“belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad” bila aku sebut soal menuntut ilmu teringat para ilmuan-ilmuan hebat dalam sejarah yang cukup konsisten menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu.



Dr Aidh Al-Qarni..



Imam Syafie..



Imam Nawawi..



Imam malik..



Mereka sebenarnya adalah ikon-ikon yang kita boleh jadikan teladan untuk menuntut ilmu. Memang mujahadah mereka cukup hebat dan membanggakan. Bacalah kisah mereka menuntut ilmu dan menulis kitab-kitab Islam pasti timbul rase tidak percaya dengan mujahadah mereka menuntut ilmu.



Saya membaca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang yang hebat. Kadang-kadang mengeluh resah dengan kandungan buku yang ditulis.



“MasyaAllah berat sungguh kandungan buku ini. Cukup tinggi penulisan dan pengkajiannya”



Bagaimana aku boleh menjadi seperti insan ini. Ilmu dan pemahaman tentang ilmu cukup tinggi. Ditulis dalam disiplin ilmu yang cukup tersusun dan mantap.



Memang menuntuk ilmu itu memerlukan mujahadah yang cukup tinggi. Ilmu bukan sekadar dituntut. Ilmu yang kita dituntut seharusnya menghasilkan satu ilmu baru. Ilmu itu akan mencorak dunia dengan lenggok perjalanannya yang mesti berlainan dengan ilmu lain.



Kadang-kadang terdetik rasa kagum dengan ilmuan barat yang mengolah ilmu-ilmu saintis Islam. Mereka berjaya mencipta atau melahirkan berbagai perkara dengan asas-asas ilmu yang disediakan oleh ilmuan Islam. Mujahadah mereka dalam menuntut dan mengkaji ilmu wajar dipuji. Seorang ilmuan barat yang mendapat anugerah di Britain apabila ia menulis berkenaan solat dan sains. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa barat menjuarai ilmu ini sedangkan solat adalah satu ibadah umat Islam. Yang menjuarainya dari segi pengkajian ilmu adalah orang-orang barat.



Ilmu juga seperti racun yang boleh merubah fikiran serta akidah. Aku mendengar kisah yang diceritakan oleh Dr Danial (seorang ilmuan Islam yang terjun dalam bidang kedoktoran) bagaimana para intelektual-intelektual barat menganut akidah Islam yang suci hasil pengkajian mereka terhadap ilmu-ilmu yang mereka pelajari. Hasilnya mereka mengesakan Allah sebagai pencipta alam.



Berani saya katakan kita amat jauh daripada roh itu. Ilmu kita tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada diri kita baik dari segi emosi, jasmani dan spiritual. Tidak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ini. Ia berpunca daripada diri kita yang gagal menjiwai disiplin ilmu dan juga roh ilmu.



Aku sekarang terjun dalam bidang sains. Bidang yang cukup luas sebagaimana bidang-bidang lain. Aku mengharapkan satu tujahan minda yang berlaku dalam diri aku untuk menerukan mujahadah dalam bidang ini. Ia sukar tetapi aku mahu lakukannya juga. Demi mencari redha ilahi disebalik pencarian ilmu yang tak akan pernah tamat.

Read more...

Khamis, 12 Ogos 2010

Menjadi IMAM pun softskill yang perlu dikuasai oleh setiap lelaki muslim

Hari pertama puasa Alhamdulillah target hari pertama tercapai. Bukan sahakja tercapai malah melebihi terget. Jiwa aku memang lain untuk ramadhan pada kali ini. Mungkin jiwa bersih, jiwa suci, jiwa kesedaran dan sebagainya.hehehe.. whateverlah..



Hari ini berkesempatan untuk bersolat terawikh di kampus bersama penghuni-penghuni Unit Kediaman Luar Kampus. Dipertanggungjawabkan untuk menjadi imam solat terawikh bergandingan bersama Zahar Exco latihan dan Pembanguna Sahsiah MPP. Memang agenda solat terawikh di situ masuk dalam agenda kami bersama setelah berbincang dengan pusat Islam.



Alam kampus adalal alam untuk belajar bermacam perkara. Bukan sahaja ilmu yang dikutip di dewan-dewan kuliah tetapi juga ‘softskill’ yangbertaburan di merata tempat yang tidak sanggup dikutip oleh mahasiswa-mahasiswa lain. Mungkin barangkali softskill ini nampak agak streotype bagi segolongan pelajar dan tidak perlua dikuasai dalam arus kemajuan yang ada sekarang.



Menyentuh soal IMAM. Kadnag-kadang ia menjadi satu perkara ngeri bagi sesetengah lelaki. Boleh lihat kini tidak ramai yang sanggup menjadi imam solat. Bukan tidak mampu tetapi tidak sanggup. Kemampuan itu ada sebenarnya tetapi kesanggupan itu tidak ramai yang ingin berikan. Belajar tinggi-tinggi, ada Phd itupun masih takut untuk menjadi imam. Perkara ini berlaku bukan sahaja di kampung-kampung malah di institusi pengajian tinggi. Aku berada di universiti pendidikan. Salah sebuah institusi yang diamanahkan untuk melahirkan bakal guru, bakal pendidik, bakal murabbi, bakal pengubah lanskap negara. Itupun mahasiswa masih kantoi bab nak jadi imam.



Inilah sebenarnya softskill yang perlu ada dalam diri setiap orang lelaki. Tidak boleh menjadi pengikut lagi. Sekali sekala kita kena jadi imam juga.

Read more...

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan ya Ramadhan...

Sirna senja di mega Shaaban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih Tuhan yang Rahman



Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan terbelenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan



Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan



Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan



Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan
Hiasan Ramadhan jangan abaikan
Hasut bermusuhan dibalas jangan
“Aku berpuasa” slogan kemenangan



Berjamu selera jimat-jimatkan
Makan sekadar menurut keperluan
Gaza kelaparan jangan dilupakan
Banjir Pakistan jangan disepikan



Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat Fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih diri, hati dan keimanan



Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan…

Diambil dari saifulislam.com

Read more...

Ramadhan dan berbondong-bondong umat Melayu berterawaikh


Alhamdulillah sykukur kepada Allah masih memberikan AMANAH nyawa kepada kita dengan nikmat Islam dan nikmat IMAN yang cukup berharga untuk setiap jiwa yang bernama manusia. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ,kepada keluarga baginda kepada sahabat-sahabat Baginda, kepada tabi’ tabi’in, kepada ulama-ulama yang menyebarkan ilmu agama dan juga ulama-ulama haraki yang bersusah payah bergelut dengan ‘setan-setan manusia’ untuk menegakkan kembali Khalifah Islamiyyah.



Syukur juga kepada Allah akhirnya pada malam ini Allah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama sahabat yang lain untuk solat berjemaah dan meneruskan melakukan ibadah sunah yang sangat dituntut iaitu Solat sunat terawikh. Mungkin hampir semua umat Islam pada malam ini turun ke surau-surau ke masjid-masjid dan dimana-mana sahaja tempat yang dilakukan solat terawikh. Mungkin di tepi pantai pun ada (teringat pada ramadhan yang lepas kami melakukan solat terawikh diatas pasir di tepi pantai). Si peminat bola sanggup tinggalkan minatnya untuk malam ini untuk bertarawikh. Si pemancing menyimpan joran untuk seketika menyahur seruan Agama untuk solat terawikh. Peminat-peminat GAMES counter strike, FIFA dan sebagainya mula ‘shut down’ lap top masing-masing untuk menyahut seruan terawikh. Facebook juga barangkali sunyi seketika dari sebarang ‘postin’ lantaran pengikutnya turun ke surau untuk bertawarikh. Itulah lumrah yang terjadi pada tiap kali awal ramadhan. Andaikata ternampak orang yang tidak bersolat terawikh mesti dicela dan dikata kerana meninggalkan ibadah SUNAT itu. “Eeee.. ape la. Orang pergi solat terawikh dia masih dop lepak lagi” mungkin dialong ini tertutur oleh mulut-mulut sang pencinta solat terawikh kerana menjadi adat orang melayu begitu bersungguh untuk bersolat terawikh pada AWAL ramadhan ini. Mungkin layak dalam adat melayu mengatakan orang yang tidak bersolat terawikh pada awal ramadhan terdiri dalam golongan orang jahat. Begitulah melayu dan tarawikhnya. Sungguh sinonim pada awal ramadhan ini.



Apa pun aku mengucapkan syukur kepada Allah andaikata itu adalah adat orang melayu turun bertarawikh, maka adat itu menjadi satu ibadah. Andai kata dalam pemikiran orang melayu terawikh itu adalah ibadah maka itu adalah selayaknya yang harus ‘disetkan’ dalam pemikiran setiap orang Islam. Kesalnya disini ‘adat’ itu bermusim. Musim itu cukup singkat. Hanya diawal ramadhan. Tidak berpanjangan. Angan-angan kosong kerana semangat yang membuak untuk beramai-ramai bersolat terawikh. Barangkali seronok bila mana nampak ramai yang turun beramai-ramai untuk beribadah. Si fulan dan si fulan turun juga tanpa roh Ramadhan. Turun juga tanpa ilmu dan penghayatan ramadhan yang cukup indah ini. Kadang-kadang simulut laser yang kerap mengkritik orang yang tidak bertarawikh pun mula hilang pabila sampai di pertengahan Ramadhan.



Hendaknya kita sentiada ditambah iman di dada untuk melakukan solat terawikh secara konsisten. Tidak hanya di awal ramadhan tetapi setiap malam di bulan ramadhan Align Centerkita hiasi dengan tarawikh dan ibadat-ibadat sunat yang lain. Sekiranya malam tersebut ada kerja yang terpaksa didahulukan seperti menghadiri kuliah dan sebagainya, lakukanlah solat terawikh selepas menyelesaikan hajat kita itu.

Read more...

Isnin, 9 Ogos 2010

Perubahan Mahasiswa kerana sahabat

Semester yang tujuh berjalan dengan penuh kenagang-kenangan dan pengalaman-pengalaman baru. Pengalaman yang akan mendidik jiwa seorang bakal guru untuk menjagi guru yang hebat dan berjiwa besar. Dari semester 1 hingga semester 7 ia satu proses yang cukup panjang untuk membina jiwa yang aku ada pada hari ini. Dulu bermula semester 1 aku tidak kenal siapa diri ini. Masih terkapai-kapai diantara perkara yang hak dan batil. Kadang-kadang ke sana dan kadang-kadang kesini. Mengikut keadaan persekitaran dan iman yang sentiasa berubah.



Tetapi ia mula berubah apabila kita berusaha mencari titik perubahan. Kini aku mampu membina adik-adik usrah aku membina idealisme diri untuk menjadi orang yang hebat. Titiknya adalah kemahuan ingin berubah dan juga kesangupan untuk menerima sebarang respon dari keadaan sekeliling yang kadang-kadang begitu menekan kita. “aku ingin berubah” Frasa ini mudah untuk diungkapkan. Tetapi tidak mudah untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Nyata dalam proses aplikasi anda akan bertemu dengan ranjau-ranjau yang cukup banyak dan mencabar.



Aku berasal dari sebuah sekolah agama yang memang terkenal di Kelantan. Sekolah agama yang telah melahirkan ramai ulama dan juga intelktual-intelektual Islam yang hebat. Tidak kurang juga ia telah melahirkan ramai aktivis-aktivis perjuangan Islam yang cukup gigih seperti anak Tok guru Nik Aziz sendiri iaitu Nik Abduh dan ramai lagi. Populariti bersekolah agama itu aku bawa. Bukannya ingin mencari populariti tetapi terasa bagaikan popular kalau ada yang tahu yang kita bersekolah disitu. Mungkin populariti sekolah juga memainkan peranan yang cukup penting dalam meniti perubahan dalam diri seseorang. ‘SAHABAT’. Sekolah yang hebat juga akan bersama sahabat-sahabat yang hebat. Semasa di sekolah aku tidak peduli sangat dengan khebatan kawan-kawan. Hebat dari segi ilmu, berhujah, berpesatuan dan sebagainya. Tetapi alangkah hebat kuasa Allah apabila aku menyedari kehebatan sahabat-sahabat lama aku semasa di sekolah apabila aku sudah menjejakkan kaki ke universiti. Persekitaran sahabat-sahabat di universiti juga memainkan peranan penting.



Kehebatan sahabat juga adalah satu titik untuk aku mencari perubahab diri ini. Apabila menjejakkan kaki ke UPSI aku dapat bertemu dengan orang-orang hebat yang beridealisme. Mereka menjadi pemangkin kepada diri aku dari segenap sudut. Masih terbayang-bayang lagi wajah-wajah senior yang tidak putus-putus aku kagumi dan kini aku memainkan peranan penting membawa idealisme mereka kepada adik-adik di Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Nak jadi hebat dengan perubahan yang mantap carilah sahabat yang beridealisme dan dekat dengan Allah.. AMIN!!

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.