Selasa, 29 Disember 2009

Strategi perang zaman kita...


Selesai sudah sehingga muka surat 82 aku membaca buku ini. Sarat dengan taktik-taktik peperangan yang digunakan Rasulullah dalam peperangan Badar. Buku yang ditulis oleh seorang ulama tersohor di negara kita iaitu Tuan Guru Haji Hadi wajar dimiliki oleh setiap mahasiswa.



Sarat dengan taktik dalam peperangan yang boleh diaplikasikan di dalam setiap tugas. Kadang-kadang bila kita dah faham konsep dalam sesuatu percaturan kita boleh aplikasikan dalam setiap aspek. Dalam pelajaran, dalam politik hidup dan berbagai lagi. Firman Allah Taala di dalam surah As-sof ayat 4 menyeru kita agar mengatur saf strategi dalam barisan yang tersusun dan strategik agar kukuh dan hebat dalam mengerakkannya. Kadang-kadang impian kita besar tetapi strategi kita agak longlai dan lemah. Apa lagi tunggu. Banyakkan membaca buku-buku strategi macam ini.



Sama ker strategi perang dan juga strategi belajar? Bagi aku benda ini tidak sama tetapi dari segi prinsipnya seakan-akan sama. Cuma kena ada sedikit pengolahan agar sesuai dengan kerja kita. Ada lagi yang bertanya sesuai ker guna strategi Rasulullah dalam pilihanraya umum. Aku menjawab:no komen.. haha.. atas kebijaksanaan sendiri.



Islam begitu lengkap ajarannya dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara diajarnya. Taktik peperangan juga dijelmakan oleh Rasulullah kepada sahabatnya dan kini menjadi ikutan oleh sebahagian umat Islam dalam konteks peperangan hari ini. Peperangan hari ini dalam konteks pilihanraya mempunyai strategi tersendiri tetapi secara prinsipnya tetap sama. Otak bergeliga dan bijak Rasulullah wajar dicontohi. Aku begitu kagum dengan kehebatan Rasulullah dan juga kepimpinannya dalam mengatur peperangan. Tersusun dan hebat.



Dalam Islam kejayaan dalam peperangan tidak semata-mata bergantung kepada taktik yang digunakan tetapi lebih bergantung kepada ketakwaan diri. Dengan itu akan datang pertolongan Allah kepada tentera Islam. Kita ambil contoh dalam peperangan Badar tentera Islam Cuma 313 orang berbanding tentera musyrikin Mekah seramai seribu lebih. Kalau nak dibandingkan dari segi kekuatan anggota dan persenjataan jauh lebih baik memihak kepada musyrikin Mekah. Tetapi Rasulullah berjaya dalam peperangan tersebut. Apakah rahsianya?? Jawapannya ialah ketakwaan kepada Allah.



Bukti terkini di zaman kita adalah kejayaan Afghanistan menentang tentera Rusia suatu ketika dahulu. Afghanistan dengan serba serbi kelemahan dalam persenjataan mampu melawan tentera Rusia yang sememangnya lengkap bersenjata. Rahsianya ketakwaan kepada Allah. Afghanistan mempunyai tentera yang takut kepada Allah.



Ya Allah anugerahkanlah kepada aku berotak strategik dan geliga… Amin

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.