Isnin, 28 Disember 2009

Bermujahadah menghapuskan musuh diri


Alhamdulillah akhirnya hari ini sempat jugak untuk mengupdate blog aku nie. Dah berapa lama tak update. Masa sebelum ini diisi dengan latihan palapes dan juga bersama keluarga di kampung.


Kini semester baru telah bermula. Seperti biasa azam baru tetap ditanam di dalam diri ini. Azam nak belajar bersungguh-sungguh, azam nak ubah diri, azam nak berjihad menuntut berbagai cabang ilmu. Inilah yang selalu diazamkan oleh diri aku sejak dahulu lagi. Kini masuk semester baru azam tetap sama. Matlamat tetap sama. Tetapi perlaksanaannya tidak begitu serius atau komited. Perlaksanaannya kurang berkesan.


Bila diteliti kenapa berlaku demikian ia berkait rapat dengan sikap kita. Sikap kita yang sambil lewa. Sikap yag selalu hilang motivasi. Diri yang selalu ditarik dan dibelai hebat dengan keseronokan dunia yang fana ini. Itulah sebenarnya punca kelemahan orang Islam kini. Sikap sambil lewa dalam bermujahadah.


Tapi kini aku mesti berazam lagi. Berazam untuk membuang sikap sambil lewa itu agar digantikan dengan sikap komited yang sebetulnya untuk merubah diri. Sayang seribu kali sayang jikalau masa muda dan lapang ini tidak dimanfaatkan. Hendak jadi orang hebat disiplin pun kena hebatlah. Barulah serasi dengan kehendak. Perlaksanaan dan kehendak kena berada di satu tahap yang sama. Bukannya kehendak sahaja tinggi tetapi perlaksanaan macam hampeh.



Percaturan masa menjadi salah satu faktor penentu. Dalam firman Allah dalam surah Al-A’sr Allah bersumpah dengan masa. Sumpah menandakan benda itu tersangat penting. Ini bukan sumpah manusia tetapi sumpah Allah, tuhan yang menjadikan makhluk dan masa. Atas masa yang dijadikan olehnya sendiri Allah bersumpah betapa manusia berada di dalam kerugian hidup. Bertapa ramai manusia alpa dan dirosakkan dengan peredaran masa. Tiap saat pergerakan masa mendekatkan diri kita dengan kematian. Demi masa kita manfaatkanlah masa kita sehabis baik. Masa muda hanya sekali, bila tua penyakit datang menjelma memamah tubuh. Bila tua kudrat tiada lagi. Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu agar menjadi makhluk Allah yang berguna.


Apakah kita menyangkakan kita dijadikan Allah secara main-main. Manusia sebagai makhluk yang terbaik, makhluk yang paling cantink dan sesempurna makhluk semestinya mempunyai tujuan tertentu penciptaannya. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawasanya manusia dan jin diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Tetapi ramai yang menyalah anggap konsepa ibadah di dalam Islam. Bagi ramai orang ibadah ialah seperti solat dan puasa. Itulah fahaman silap yang dipegang oleh ramai orang. Sebab itulah timbul manusia-manusia bodoh yang cuba memisahkan agama dalam kehidupan. Apabila kita menyedari bahawa setiap kerja kita adalah ibadah maka kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan pembalasan Allah Taala.


Tengoklah mengapa orang-orang zaman dahulu, ulama-ulama silam berjaya dalam kehidupan duniawi dan akhirawi, jawapannya ialah konsep ibadah yang mereka faham adalah meluas. Tengoklah kepada saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina. Mempunya ilmu perubatan dan pada masa yang sama mahir dalam bidang agama.


Kita bila lagi ingin menjadi hebat seperti mereka?

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.