Khamis, 3 Disember 2009

Pengalaman yang sentiasa datang..

Ruang masa sejenak untuk mengupdate blog yang sudah beberapa hari tidak diupdate. Kini masa begitu sibuk dengan latihan berterusan Palapes. Masa cukup suntuk dan amat-amat berharga. Tapi Alhamdulillah pada kesempatang dipertengahan malam yang mengamit seribu mimpi untuk insan bernama manusia masih semapt untuk aku mencoretkan sepatah dua luahan fikiran aku kat sini.


Kini latihan Palapes sudah masuk hari ke-2. Urat-urat badan sudah mulai merasai ‘kenikmatan’ latihan. Dengan kulit muka yang sudah mula membakar, mata yang sudah mula cengkung namun aku gagahi juga untuk meneruskan kedatangan hari yang menuntut seribu satu kesabaran dalam menghadapi latihan ini. Apa pun latihan pada kali ini cukup seronok walaupun meletihkan. Barangkali otak sudah terboasa dengan tekanan mental.


InsyaAllah esok kalau tiada aral melintang kami semua warga Palapes UPSI senior bakal berkunjung ke Port Dickson untuk melawat Pusat Latihan Amor yang bertempat disana. Sudah semestinya itu suatu aktiviti lawatan yang menyeronokkan kerana bukan mudah untuk orang-orang biasa merasai pengalaman sebegini.


Masuklah tentera untuk merasai pengalaman sebegini. Dalam agama kita ia mungkin disebut sebagai Tarbiyah Jundiyyah yang mana kita boleh baca di dalam buku yang ditulis oleh ulama-ulama haraki Islam. Semoga keterlibatan aku dalam palapes menjadi satu tapak baru untuk melompat lebih jauh lagi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini.

3 Cetusan minda:

Unknown 3 Disember 2009 pada 7:54 PG  

Harap akan datang dapat jadi panglima di barisan hadapan jika berlaku perang.

Segagah Khalid al-Walid. Insya Allah

azzam 3 Disember 2009 pada 4:04 PTG  

insya'lah..cume perlu di ubah barisan organisasi yg masih lagi mengamalkn korupsi..kita doa jer,sbgai warge organisasi ATM same ade simpanan or tetap kiter wat yg terbaik untuk agama negara dan bangsa..adiooss,,,~!

مَعهَدين الُمعلمْ 4 Disember 2009 pada 12:06 PG  

Yang silap sama-sama kita nyahkan..
Yang betul sama2 kita teguhkan..
majulah diri kita untuk agama dan bangsa...

:)

  ©Template by Dicas Blogger.