Rabu, 9 Disember 2009

Alim ahli neraka..

Masa begitu suntuk untuk mengupdate blog. Tanpa artikel yang baru kadang-kadang aku merasakan itu satu kerugian yang besar. Apa tidaknya, blog yang boleh diakses oleh berjuta manusia seluruh dunia boleh dijadikan saham untuk meraih keredhaan Allah.

Tiada perkara yang menarik yang aku nak kongsikan disini. Badan begitu letih mengikuti latihan pada kali ini. Masa rehat kurang apetah lagi masa tidur. Semakin mengecil demi memenuhi objektif latihan.

Apapun latihan pada kali ini cukup enjoy dan menarik. Sejak kedatangan ketua jurulatih yang baru banyak perubahan di dalam Palapes UPSI. Suka dengan karisma dan kematangan yang ditunjukkan sebagai seorang Ketua Jurulatih semoga menjadi ikutan apabila memimpin sesuatu organisasi di esok hari.

Aku masih ingat pertemuan sulong di markas bersama Ketua Jurulatih Mejar Nasir beliau mengigatkan aku supaya mengamalkan solat tahajud. Kita akan makin dekat dengan Allah. Disaat orang lain nyenyak melayan nafsu tidur kita pula bersengkam mata demi mencari secebis redha Allah yang sememangnya amat-amat dituntut oleh setiap manusia.

Tidak kira kamu siapa, Perdana Menteri kah kamu, Ulama kah kamu, Ustaz kah kamu, bekas penyangakkah kamu, nak mencari syurga Allah hanya dari satu jalan iaitu redha Allah.

Aku begitu takut kalau-kalau tergolong dalam kalangan orang alim yang menghuni neraka Allah. Siapakah orang alim yang menghuni neraka Allah itu???

4 Cetusan minda:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil 11 Disember 2009 pada 1:50 PG  

sama2 kita doa mendoakan agar sama2 selamat.

moga2 ada sinar baru dalam palapes. di mana bumi di pijak di situ islam di junjung!

azzam 13 Disember 2009 pada 10:44 PG  

mungkin orang yang ada ilmu tapi terlalu takbur dengan ilmunya kot..terangkan la sikit ciri2 orang alim penghuni neraka tu ok..?aku rasa aku faham kepenatan yang kau rasa...aku pun same macam kau ok:)...

  ©Template by Dicas Blogger.