Jumaat, 26 September 2008

Selamat Hari Raya....



Hari raya...

yahoo...

Bermulanya 25/09 maka berpusu2lah budak-budak UPSI memikul beg masing-masing untuk balik kampung. UPSI mula bercuti pada 27/09 tetapi dek semangatnya nak balik ponteng kuliah pun pontenglah..

huhuhuhu...

Ada yang memaklumkan kepada lecturer terlebih dahulu mengenai kepulangan awal gerangan diri dan ada juga balik tanpa memberitahu apa2 berita. Ada juga antara lecturer sengaja mengadakan test pada 26/09 dengan niat supaya student tidak ponteng kuliah. Lecturer aku sendiri pun soh respon forum pada tarikh tersebut..huhuhuhu..tension.Ape pun semangat untuk raya tidak pernah luntur walaupun terpaksa meninggalkan kuliah lebih awal..


Hilang 5 markah xpe asalkan dapat balik awal.

x gitu??

hehehehe...

Ayam, itik, lembu, kerbau dan segala ternakan riuh rendah menunggu kepulangan kita dikampung. Ramadhan berbaki 4 hari sahaja lagi. Segala persiapan rancak dibuat untuk menyambut aldilfitri yang bakal tibe..Raya sakan la katakan..

Duit gaji untuk bulan nie xsimpan pon kerana dikhaskan utk sambutan hari raya. Betapa meriahnya hari raya yang bakal disambut nnti walaupun ade sesetengah tu puasa pun xcukup tanpa keuzuran.Biasanya bagi golongan lelakilah...Perempuan xkisahla sangatkan sbb kite tahu dorg selalu dapat cuti rasmi daripada Allah Taala..


Dikesempatan yang mulia ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawanku samaada yang baru kenal, dah lama kenal,kenal tidak pernah bertemu, hari2 bertemu, berteemu tapi xkenal, yang buat2 xkenal,kawan2 seperjuangan dalam fikrah politik,kawan2 UMNO,MIC dan MCA(huhuhuhu...Xnk join pakatan lagi ker??..hehehhehe), sepupu sepapat,sedara mara.kaum kerabat dan kepada semua yang mengenali diriku ini. Aku sebagai insan yang lemah yang penuh dengan kelemahan tidak sepeefect malaikat dan aku jua tidak Maksum macam junjungan besar Rasul Allah kekasih Allah berharap dengan penuh pengharapan semoga kalian semua memaafkan diriku ini..


Akhir kata semoga korg semua bahagia disamping keluarga tersayang dan teruskan ketekunan untuk beribadah dalam bulan ramadhan yang berbaki ini.

OOpppp....

lupa nk cakap..

blog aku yg nie baru berusia 2 hari semasa aku menulis sekarang..

harap ade ape2 cadangan untuk kontent korg leh bagitau aku ek..

Assalamualaikum..............

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.