Selasa, 20 Julai 2010

Felda Sungai Tengi in

Asyik bergambor jer... kerjanya tak siap..huhu
Asyik dengan membilang biji sawit sampaikan kena snap pun tak perasan..
Bayangkan brader nie isi sawit satu lori hanya dibayar RM16.. wooo susah nk dapat duit woo..
mungkin ini pengalaman pertama mereka menaiki 'menatang' nie

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memilih hamba-hambanya yang bertuah untuk diisi dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dalam meneruskan perjuangan di dunia ini. Perjuangan ini seharusnya datang daripada banyak sudut dan dinilai dengan perkiraan yang berbeza-beza.



Kami para pelajar daripada Fakulti Sains dan Teknologi baru sahaja menamatkan program baktisiswa di Felda Sungai Tengi. ‘first impression’ apabila terdengar perkataan felda terbayang berbagai-bagai perkara di kepala aku. Dari segi politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.



Dari segi politik dimomokkan dengan kebanyakkan penduduk felda adalah penyokong tegar parti melayu, dari segi ekonomi dari dulu lagi aku dengar penduduk felda sekarang tidak macam dulu lagi. Setelah berpuluh-puluh tahun mengerjakan tanah kerajaan mereka kini mampu mengoyang kaki menikmati hasil penat lelah mereka memajukan tanah felda. Dengar cerita duit felda lesap ape cerita?huhu..



Ketibaan di felda pada jam 9 malam disambut oleh bakal ibubapa angkat kami. Mungkin mereka menunggu sejak awal lagi untuk menyambut bakal anak angkat mereka yang akan bersama mereka selama 3 hari 2 malam. Selama 3 hari 3 malam inilah manusia-manusia ini yang akan menyusahkan mereka untuk memasak, menghantar ke tempat program dan sebagainya.



Dari satu sudut ibu dan bapa angkat harus dipuji. Walaupun mereka sudah mempunyai ramai anak-anak angkat sebelum ini tetapi mereka seolah-olah tidak jemu untuk menerima anak angkat lagi. Mereka melayan kami dengan baik, kebajikan dijaga, tidak mengira bangsa atau kaum kami dilayan seperti anak mereka sendiri.



Kami juga didedahkan dengan sebahagian pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk felda sungai tengi iaitu mengait dan mengutip buah kelapa sawit. Sekali imbas ia macam pekerjaan yang senang. Usah kata nak mengait buah kelapa sawit, mengutip buah kelapa sawit yang relai itu pun ramai yang curi tulang. Takn sanggup membongkokkan badan tertungging mengutip buah kelapa sawit. Generasi mana entah pemuda-pemuda anak-anak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maha Adil Allah Taala tidak menetapkan mereka sebagai pekerja beban yang terpaksa menanggung penat sebagaimana penduduk felda sungai tengi. Itulah falsafah yang bisa kita kutip.



Kadang-kadang mulut tidak seiring dengan perbuatan. Mulut lancang berkata-kata,berkata mampu itu dan ini. Apabila berada di lapangan mulalah mencari alasan dan berubah sikap kerana ia tidak tahan. Mungkin bukan dilahirkan untuk menjadi sedemikian. Mungkin juga ditakdirkan untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menjadi guru akhirnya bila menjadi guru tidak sampai 2 tahun terus meletakkan jawatan disebabkan ia bukan dilahirkan untuk menjadi sedemikian. Maha suci Allah yang mengatur semuanya.

Read more...

Burqa: Kenyataan menteri Britain dialu-alukan

Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 19 Julai: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alukan kenyataan Menteri Imigresen Britain, Damian Green untuk tidak mengemukakan cadangan ahli parlimen dari Konservatif bagi mengharamkan pemakaian ‘burqa’ oleh wanita Islam di Britain.



Ketua lajnah itu, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pendirian Damian yang menghormati budaya dan adat sesetengah wanita Islam di Britain sangat dihargai yang mana ianya akan memberikan satu indikator ke arah perpaduan, keharmonian dan kelestarianan negara Britain itu sendiri.



Katanya, walaupun terdapat perbezaan pendapat terhadap isu pemakaian ‘burqa’ bagi wanita Islam, namun faktor budaya dan sejarah perlulah diambil kira dalam usaha untuk menilai pembangunan negara.



Britain sebagai salah sebuah kuasa besar dunia, ujarnya diminta tidak terikut-ikut dengan cara negara-negara lain terutamanya di Eropah dalam menangani hal-ehwal umat Islam.



Tambahnya, tindakan Kerajaan Perancis yang baru-baru ini mengharamkan pemakaian burqa dilihat boleh mendatangkan persepsi negatif umat Islam di negaranya sendiri yang sudah menjangkau 7 juta orang.



“Juga tindakan negara terdekatnya seperti Denmark yang mengizinkan lakaran kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. di atas nama hak asasi dan individu, di Switzerland umpamanya apabila isu pembinaan menara masjid menjadi pertikaian,” ujarnya dalam satu kenyataan.



Kerajaan-kerajaan Negara Barat, katanya perlulah cuba untuk memahami di antara hak asasi dan hak umum di samping memahami susur-galur pengamalan rakyatnya terutama yang beragama Islam di antara budaya, adat dan kewajiban dengan tidak mengorbankan hak individu dalam beragama.



Oleh itu, katanya lagi langkah yang diutarakan oleh Damian yang mengatakan beliau tidak bertindak terhadap ‘tindakan bukan Britain’, yakni tindakan yang dimaksudkan menyekat pemahaman individu dan kenyataannya yang mengatakan, "Kita adalah satu masyarakat yang bertolak-ansur dan saling menghormati antara satu sama lain," adalah satu kenyataan yang wajar.



“Tahniah diucapkan. Semoga dengan adanya tolak-ansur dalam pemahaman akan dapat melestarikan rakyat Britain,” ujarnya lagi.

Read more...

Jumaat, 16 Julai 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Biasa kita mendengar pakej 2 dalm 1, 3 dalam 1 atau 4 dalam satu. Pergilah ke mana-mana kedai jualan pasti akan kita temui pakej-pakej seperti itu. Itu sebenarnya taktik-taktik yang digunakan oleh peniaga-peniaga untuk meraih keuntungan jualan barang-barang di kedainya. Ia adalah normal dan dapat diterima masyarakat. Pakej-pakej sebegina juga sebenarnya menguntungkan pembeli kerana mereka membeli satu barang dan mendapat barang-barang yang lain. Begitu bagus bukan sistem pakej ini?



Pagi ini aku seperti biasa akan memulakan proses pengembaraan di alam maya dengan membuka laman web Malaysiakini.com. sebuah web non-partisan yang selalu membawa berita secara moderat dan agak bagus untuk dijadikan rujukan oleh semua rakyat Malaysia. Terpampang satu tajuk berita yang menarik minat aku iaitu “5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik”. Wah nampaknya ada pakej baru yang diperkenalkan kerajaan kepada rakyat dan yang pasti akan merasai kesannya daripada pakej ini adalah rakyat marhaien. Jika pakej di kedai-kedai jualan yang menguntungkan rakyat tetapi pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan ini sebenarnya menjerut rakyat terutamanya golongan pertengahan dan miskin.

masihkan ada harapan disebalik arang yang gelap ini?


Mesti ada suara-suara sumbang “ala.. harga naik sikit sahaja. Bukan banyak pun. Bukannya harga petrol naik 50 sen. Just 5 sen jer. Buat pe nak bising”. Suara-suara sumbang ini biasanya datang dari kelas ekonomi yanglebih baik dan juga kepada penyokong totok kerajaan yang buta untuk meneliti kesusahan orang lain.



Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Disebalik integriti pentadbir yang semakin diragui dengan berbagai perkara yang mencengkam kini ekonomi rakyat dijerut lagi. Siapa yang terasa? Rakyat marhain. Kempem selamatkan Malaysia mesti dilancarkan besar-besaran..

Read more...

Khamis, 15 Julai 2010

Kebebasan akhbar mesti diperjuang, bukan ehsan

Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Saya masih bercuti panjang sehingga hujung Julai ini. Kesan luka di kaki berikutan pembedahan pintasan jantung dua bulan lalu masih terasa. Berjalan pun kena bertongkat, tapi alhamdulillah semangat untuk menulis mulai muncul, apatah lagi apabila mendengar khabar duka bahawa permit penerbitan Harakah belum diperbaharui.

Resah saya memikirkan karenah tidak habis-habis oleh KDN yang diberi kuasa mutlak oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Akta ini diperketatkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali di zaman pemerintahannya, 1984 dan 1987. Akta ini dengan angkuh menafikan segala ruang untuk semakan kehakiman, sekali gus memberikan kuasa mutlak seluas langit dan bumi kepada Menteri Dalam Negeri untuk menggantung atau tidak memperbaharui mana-mana permit penerbitan.

Tidur saya kini kerap terganggu, bukan lagi disebabkan menahan sakit di dada atau perit di kakit, tetapi "sakit hati" dengan kesombongan regim Umno-BN. Di kala dunia berbicara soal proses pendemokrasian sejagat, Najib Razak memilih jalan lain, undur ke belakang dan akan diketawakan masyarakat antarabangsa. Ketika konsep langit terbuka dan jaringan maklumat dapat diakses dengan mudah dan cepat di mana saja, suasana kebebasan akhbar di Malaysia mundur semundur-mundurnya.

Melalui buku Strategi Membanteras Korupsi, Jeremy Pope dalam bab Masyarakat Sivil, menukilkan ungkapan Woodrow Wilson: "Kebebasan tidak pernah datang dari pemerintah. Kebebasan adalah hasil perjuangan penganut-penganutnya."

Saya cukup tertarik dengan kata-kata penuh makna ini. Kebebasan tidak akan datang menggolek, ia mesti diperjuangkan dengan segala kekuatan dan potensi yang ada pada kita. Pemerintah yang berasa selesa dengan pelbagai akta dan peraturan yang mengongkong akan terus menindas demi survival kuasa mereka. Soalnya, bagaimana dengan kita, apakah sekadar memerhati atau mengambil masa terlalu lama untuk bertindak menuntut hak yang terancam ini?

Bagi saya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan cukup memperbodohkan kita. Selepas PAS bersama Barisan Alternatif mencapai kemenangan gemilang dalam pilihan raya umum 1999, tanpa sebarang sebab, tiga bulan selepas itu, permit penerbitan Harakah dikurangkan, daripada diterbitkan dua kali seminggu menjadi dua kali sebulan.

Sebelum itu, macam-macam peraturan baru, sama ada dari segi pengedaran, jualan dan juga kandungan Harakah dikuatkuasakan. Kebanyakannya bercanggah dengan logika dan rasional. Malah pengurusan Harakah terpaksa membazirkan bukan sedikit wang untuk menyediakan rak khas kepada peruncit, seperti diarahkan KDN.

Kini, KDN dengan peruntukan luarbiasa akta berkenaan sekali lagi datang menganggu. Permit Suara Keadilan tidak diperbaharui, manakala nasib Harakah hanya mengharapkan ehsan menteri. Dalam masa seminggu Harakah terpaksa menjawab dua surat tunjuk sebab. Dakwaan yang dikenakan adalah kitaran semula surat-surat lama KDN.

Banyak pihak mengharapkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengambil perhatian serius dan segera isu ini. Jika di negara maju lain, misalnya Britain, isu berkaitan sekatan penerbitan akhbar boleh menyebabkan kerajaannya tumbang, tetapi setakat ini di Malaysia keadaan seperti "tidak berlaku apa-apa".

Ramai menunggu apa langkah terbaik daripada pimpinan dua parti terbesar dalam negara ini, PAS dan KeADILan, apabila hayat organ parti masing-masing terancam .... Di peringkat pengamal media pula harus dicari jalan bagi mengungkapkan kembali isu kebebasan bersuara ini secara lebih kreatif agar mudah ditangkap imiginasi rakyat.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.