Jumaat, 20 Mei 2011

Guru senyum akan jadi PengeMuda^^

Senyumlah. Senyum itu sedekah. Itu yang selalu kita dengar. Saya begitu sukar untuk tersenyum. Watak masam mencuka sudah lama menjadi identiti diri saya. Tidak peramah dan sukar untuk didekati. Kadang-kadang ada lagak serius. Itulah saya pada ketika dahulu.



Apabila mendekati beberapa buku motivasi dan mengikuti beberapa training berkenaan diri ia sedikit demi sedikit megubah cara hidup saya. Senyuman adalah ubat. Senyuman dan kemesraan membuatkan saya begitu menikmati dunia.



Alhamdulillah tempoh berpraktikal di Kuantan akan tamat pada keesokan hari. Bertugas sebagai seorang guru praktikal mendebarkan hati saya. Apa tidaknya. Manusia baru yang ditempatkan di sekolah ini bakal bergaul dengan guru-guru lama yang sangat berpengalaman. Saya tidak tahu formula berkesan untuk menarik perhatian guru-guru lama terhadap saya. Sekurang-kurangnya mencari sedikit kepercayaan mereka terhadap saya.



Langkah awal ke sekolah hanya satu yang saya amalkan. Memberikan senyuman yang paling manis dan mengucapkan salam. Setiap insan yang dijumpai saya akan lontarkan senyuman yang paling manis. Saat lontara senyuman itu saya teringat video yang selalu ditayangkan di televisyen.



“Kacak luar. Kacak dalam. Kacak dengar sini. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum…” nyanyian lagu yang bersahaja dilatari video ragam rakyat Malaysia tersenyum menampakkan harmoninya rakyat Malaysia.



Yer!! Saya sedang mempraktikkan senyuman itu. Berkesan. Saya menjadi mudah didekati dan guru-guru lama semakin senang dengan saya. Saya tetap tersenyum walaupun kadang-kadang senyuman saya itu tidak terbalas. Saya tetap senyum dan buang jauh-jauh perasaan kecil hati andai senyuman itu tidak dibalas. Owh indahnya senyuman.



Nabi pernah bersabda bahawa senyuman itu adalah satu sedakah. Keluar daripada mulut seorang nabi sebenarnya apa yang disampaikan oleh Allah. Cara hidup yang disampaikan oleh nabi sebenarnya dari Tuhan Pencipta Alam yang mempunyai berjuta rahsia. YA!!! Saya mengamalkan senyuman tak kira kepada remaja, orang tua atau kanak-kanak. Saya cukup bermotivasi dengan senyuman saya saat terserempak dengan semua makhluk Allah yang bernama manusia.



Esok hari Jumaat. Saya ingin senyum lagi. Senyum dengan sepuas-puasnya saat bertemu dengan setiap insan. Jom kita amalkan..

Read more...

PAS dan Wardina Safiyyah dalam memahami Ist'jal

Saya mengkaji perihal Al-ist'jal dalam buku 'Wabak Sepanjang Jalan' karangan Dr Sayed Muhammad Noh. Satu perihal membincangkan satu sifat buruk yang perlu dibuang dalam diri pejuang-pejuang Islam.


Telah dirakamkan di dalam Al-Quran bahawa sifat ist'jal adalah salah satu daripada perangai-perangai buruk manusia. Dari sudut bahasa Ist'jal membawa maksud gopoh atau terburu-buru. Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:

"Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya" (al-anbiya: 37)

Tergopoh-gapah dalam melihat susuatu yang diingini berlaku. tergopoh-gapah dalam menyatakan hukum tanpa memberikan idea bernas untuk menyatakan hukum dalam bentuk yang paling ideal.

Dulu PAS tergopoh-gapah dalam menyatakan perihal kewajipan melaksanakan hukum hudud. Dulu di mana-mana pentas PAS seolah-olah hanya hudud lah menjadi agenda perjuangan PAS. Dicanang dalam setiap kali ceramah di pentas PAS. Kini dengan perubahan keadaan politik dan perkembangan politik yang memberangsangkan ia juga mematangkan PAS.

Hudud adalah salah satu syariat Islam. Ia perlu dilaksanakan. Tetapi harus dalam masa yang paling sesuai. PAS tidak lagi tergopoh gapah lagi bercakap soal hudud. Sekarang ini PAS dengan lantang bercakap soal keadilan sejagat, pasal ekonomi dan cuba mengurus tadbir kerajaan negeri yang ada dengan baik disamping mengeratkan lagi kesepakatan Tahaluf Siyasi yang dibina bersama pakatan rakyat dalam mencapai Maqasid Syariah.


Jelas PAS makin matang dengan perubahan politik yang berlaku. Hukum Islam yang fleksibel diolah secara baik bertepatan dengan AlQuran, As-sunnah juga daripada pandangan ulama-ulama. Kematangan menghambat sikap tergopoh-gapah PAS. Alhamdulillah..


Saya melihat ada beberapa artis tanah air yang sudah berubah mengikut cara hidup Islam. Wardina Safiyyah watak yang tidak asing lagi dalam arena seni tanah air kita memilih cara hidup Islam dengan bertudung litup dan mula bercakap soal keimanan dan syariat Islam. Dulu beliau seorang yang glamour dan cantik. Habis menarik nafsu si lelaki untuk menatap wajahnya yang menawan dan anggun. Pasti terpana di depan televisyen. Wajah yang ayu dan juga rambut yang cantik lurus. Hidayah Allah dihempakkan ke atasnya. Beralih daripada sang pemetik nafsu lelaki kini memilih untuk bertudung dan berhenti daripad berlakon.


Kini Wardina menjadi Pengacara di televisyendan tanpa segan silu lagi bercakap soal keimanan dan syariat Islam. Penampilannya yang elegan dan diterima ramai memungkinkan ia untuk di dekati. Dalam era zaman kini, zaman fesyen yang tersembul daripada barat memerlukan Wardina tampil lebih sopistikated dan anggun untuk menarik peminatnya. Syari' atau tidak syari' cara pemakaian Wardina sekarang? Jawabnya masih ada kelompongan dari segi tabarruj.


Di sinilah ist'jal yang ada dalam diri kita harus dikikis. Suara Islam mungkin terbantut jikalau Wardina berfesyen seperti ala-ala muslimah di pasentren. Jadi biarlah Wardina dengan gayanya sekarang asalkan menutup yang wajib. kelompongan yang ada biarlah dilitupi dengan suara Islam yang digemakan oleh Wardina.

Syabas untuk Wardina Safiyyah. Semoga ana terus komited dalam kerja dakwah ini.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.