Jumaat, 20 Mei 2011

Guru senyum akan jadi PengeMuda^^

Senyumlah. Senyum itu sedekah. Itu yang selalu kita dengar. Saya begitu sukar untuk tersenyum. Watak masam mencuka sudah lama menjadi identiti diri saya. Tidak peramah dan sukar untuk didekati. Kadang-kadang ada lagak serius. Itulah saya pada ketika dahulu.



Apabila mendekati beberapa buku motivasi dan mengikuti beberapa training berkenaan diri ia sedikit demi sedikit megubah cara hidup saya. Senyuman adalah ubat. Senyuman dan kemesraan membuatkan saya begitu menikmati dunia.



Alhamdulillah tempoh berpraktikal di Kuantan akan tamat pada keesokan hari. Bertugas sebagai seorang guru praktikal mendebarkan hati saya. Apa tidaknya. Manusia baru yang ditempatkan di sekolah ini bakal bergaul dengan guru-guru lama yang sangat berpengalaman. Saya tidak tahu formula berkesan untuk menarik perhatian guru-guru lama terhadap saya. Sekurang-kurangnya mencari sedikit kepercayaan mereka terhadap saya.



Langkah awal ke sekolah hanya satu yang saya amalkan. Memberikan senyuman yang paling manis dan mengucapkan salam. Setiap insan yang dijumpai saya akan lontarkan senyuman yang paling manis. Saat lontara senyuman itu saya teringat video yang selalu ditayangkan di televisyen.



“Kacak luar. Kacak dalam. Kacak dengar sini. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum…” nyanyian lagu yang bersahaja dilatari video ragam rakyat Malaysia tersenyum menampakkan harmoninya rakyat Malaysia.



Yer!! Saya sedang mempraktikkan senyuman itu. Berkesan. Saya menjadi mudah didekati dan guru-guru lama semakin senang dengan saya. Saya tetap tersenyum walaupun kadang-kadang senyuman saya itu tidak terbalas. Saya tetap senyum dan buang jauh-jauh perasaan kecil hati andai senyuman itu tidak dibalas. Owh indahnya senyuman.



Nabi pernah bersabda bahawa senyuman itu adalah satu sedakah. Keluar daripada mulut seorang nabi sebenarnya apa yang disampaikan oleh Allah. Cara hidup yang disampaikan oleh nabi sebenarnya dari Tuhan Pencipta Alam yang mempunyai berjuta rahsia. YA!!! Saya mengamalkan senyuman tak kira kepada remaja, orang tua atau kanak-kanak. Saya cukup bermotivasi dengan senyuman saya saat terserempak dengan semua makhluk Allah yang bernama manusia.



Esok hari Jumaat. Saya ingin senyum lagi. Senyum dengan sepuas-puasnya saat bertemu dengan setiap insan. Jom kita amalkan..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.