Isnin, 24 Mei 2010

AWAS hair dryer anda. Mungkin membawa maut..

Read more...

Perhubungan yang cukup halus...

'Petunjuk Universal' yang menyatukan hati makhluk yang bernama manusia

Aku tidak suka berbicara. Aku suka senyap sahaja. Tetapi sekali aku berbicara akan ada yang terluka. Prinsip senyap dan tegas ada baiknya aku amalkan di dalam keadaan banyak mulut yang berbunyi dan tidak betangungjawab.



Kadang-kadang aku nampak aku lemah kerana dalam pimpinan aku dalam berorganisasi aku suka secara demokrasi dan menolak sama sekali autokrasi. Entah kenapa itu tidak mampu aku elak semasa menjadi pemimpin. Mungkin dalam corak kepimpinan itu aku dapat menjaga banyak perkara dan pada masa yang sama ada juga perkara yang aku terlepas. Yang paling aku nak jaga dalam berorganisasi adalah hubungan. Ada 3 hubungan(connection) yang tanpa kita sedari kita berinteraksi dengannya.



Pertama adalah hubungan manusia dengan Allah, kedua adalah hubungan manusia dengan manusia, yang ketiga adalah hubungan dengan alam. Kepimpinan kita tidak boleh lari dari perkara pokok ini iaitu perhubungan. Dalam Al-Quran sendiri banyak menyebut ayat berkenaan dengan perhubungan.



Ini mengambarkan perhubungan itu cukup penting dan mesti dikuasai dalam hidup kita sebagai khalifah Allah lebih-lebih lagi dalam berorganisasi yang disertai oleh bermacam ragam manusia. Berorganisasilah anda pasti akan terpesona dengan corak hubungan manusia yang cukup hebat.



Dalam meneliti hubungan kita dengan manusia, ia melibatkan banyak perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain. Perhubungan kita dengan manusia tidak boleh lari dari perasaan-perasaan yang akan timbul dalam diri kita. Kadang-kadang ada rasa gembira, marah, suka, ingin ketawa, ingin mengekspreskan diri dan bermacam-macam lagi ragam jiwa yang ada. Ketika kita mengeluarkan ragam-ragam jiwa yang kita ada itu yang kadang-kadangnya temuntah dengan sendiri ia amat berkait dengan KEIKHLASAN.



Bercakap soal KEIKHLASAN pula ia bersangkut paut dengan hukum di dalam Islam yang pastinya ada kaitan hubungan kita dengan Allah. Keikhlasan sudah pasti mengeluarkan produk dalam diri yang tujuannya untuk mencari redha Allah. Redha Allah itu adalah akan menghasilkan hubungan yang baik dengan Allah. Manusia-manusia yang hidupnya mencari keredhaan Allah amat menitikberatkan hubungan dengan Allah ini. Apabila hubungan dengan Allah terjaga maka secara secara automatiknya hubungan dengan manusia yang berhati suci dan berfitrah akan menjadi baik. Hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain.



Begitu juga dengan alam. Di dalam kita berhubungan ada disiplin-disiplinnya yang mesti dipatuhi dan diikuti. Disiplin-disiplin itu terdapat di dalam ‘Petunjuk Universal’ iaitu Al-Quran dan Hadis nabi. Mengapa saya katakan ini adalah petunjuk universal? Ini kerana petunjuk ini kalau dipraktikkan oleh segenap makhluk yang bernama manusia pasti akan menatijahkan suasana yang cukup harmoni di dunia ini. Dunia ini adalah tempat yang tidak menjadi pemintaan kita untuk kita singgahinya. Ia adalah ketentuan Allah menghantar kita kedunia hasil hubungan kedua ibubapa kita.



Maka bila kita berada di dunia ini maka hendakhlah kita patuh kepada ‘Petunjuk Universal’ untuk memastikan hubungan dengan Allah, manusia dan alam itu seiring dan dalam fitrahnya.

Read more...

Ahad, 23 Mei 2010

Racistt..racist....fasis...

Read more...

Sabtu, 22 Mei 2010

Hati yang hidup itu mencari cahaya Ilahi

Dalam mengembara di tanah gersang. Tidak sedar siapa musuhnya. Berkali-kali dinyatakan dan disebut namun masih tidak mengenali musuhnya yang nyata. Tersasar di lembah yang hina. Terjerumus ke curang yang dalam. Gelap gelita tanpa cahaya iman. Bangkit mencari sinar, bangkit menentang nafsu dan tipu daya syaitan.



“Syaitan lah musuh kamu yang nyata”



“kamu masih tidak mengerti”



“musuh Allah, musuh nabi-nabi dan musuh umat Islam”



“Itulah musuhmu yang nyata”



Yaaaa…. Itulah musuhku. Pahatkan dihati. Letakkan di hati syaitanlah musuh yang nyata tiada lagi musuh lain melainkan syaitanlah yang paling nyata. Musuh harus dibenci dan ditentang.



Sayang sekali. Musuh durjana ini hanya dibenci tetapi tidak ditentang dengan hati yang bermujahadah. Tidak ditentang degna nur yang menyuluh hati. Maki musuh menjadi kawan. Musuh menjadi tuhan. Nauzubillah..



Maka si anak Adam akan terus bangkit. Memohon ampun atas segala kekhilafan san kesalahan. Menetepkan sebenar-benarnya bahwa SYAITAN itu adalah musuh. Syaitan itu makhluk durjana yang mesti diwaspadai. Mesti sungguh-sungguh.



Sedarlah… musuh kamu itu hebat. Ia tidak nampak dimata tetapi cukup hebat bermain di hati dan nafsu. Diulitnya dengan kenikmatan dunia yang sedikit dan hina. Lama-lama cucu Adam yang bertaubat itu sekali lagi terjerumus ke lembah yang hina. Lembah yang sial.



Bangkit wahai anak Adam. Bangkit mencari tuhan mu. Disitu ada pertolongan. Ia Maha Pengasih dan Maha penyayang. Walaupun berbukit-bukit dosa yang engkau persembahkan, mintalah ampun kepada Rabbul Izzati pasti Dia akan mengampuni segala dosa-dosa kamu.



Tidak bejat sekadar bertekad untuk menjauhi dosa. Mesti dibersihkan hati yang kotor yang berdaki hitam itu. Sulamkan ia dengan cahaya-cahaya Rabbi yang tak pernah kunjung malap. Carilah cahaya itu. Cahaya itu penyembuh hati-hati yang kotor dan berlumut hitam itu.



“ya Allah..”



“Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini ya Allah”



“Jadikanlah taubat hambaMu ini taubat yang menetapkan pendirian aku ya Allah”



“Taubat yang setulus hatinya kepadaMu”



“taubat yang tiada main-main”



“Tetapkanlah pendirian hati hambaMu ini supaya tetap dan segar dalam mencari jalan para nabi dalam mencari keredhaanMu.”



Dikala itu si anak Adam menangis mengenangkan dosanya. Mengalirkan air mata laju mengikis karat-karat dan dosa-dosa di hati. Menangis mengharapkan kerehdaan Ilahi yang Maha Agung. Air mata ini akan menjadi saksi keihklasan hati ini..

Read more...

Kami kembali untuk mengakhiri


Alkisah budak-budak yang akan memasuki gerbang yang baru. Gerbang yang menaikkan darjat dari seorang biase kepada yang lain sedikit. Eh.. lain sedikit apanya. Sungguh banyak kelainan itu bila dah menempuhi gerbang itu.



Segerombolan datang awal ke kolej tanpa aku ketahui niatnya. Adakah kerana semangat anak-anak muda atau kerana sudah boring berada di rumah sepanjang cuti ini. Datang dengan sesarang jangut dan misai yang dibakar di pintu pertemuan kolej. Tanpa sempat melarikan diri maka dipegang oleh tuan besar dipegang dagu dan dibakar janggut.



Sakit tidak terperi barangkali atau mungkin juga seronok sebab mukanya masih tersenyum walaupun janggut yang tumbuh dibakar. Aku hanya tersenyum ketawa melihat janggutnya dibakar. “aku pun ada janggut juga nie. Haruskah aku lari sekuat hati”desis hatiku..



Ermm… tidak mengapalah. Tidak harus lari. Steady dan buat-buat tidak tahu sahaja.



Tiba di pintu stor masing-masing mengeluh panjang melihat barang-barang semacam negara yang hancur di medan perang. Bagaikan rumah-rumah yang diterobos meriam terkontang kanting barang di sana disini. Aduh mengeluh panjang aku dibuatnya.



Dilambung-lambung barang-barang yang menutupi barang diri. Mencari mana yang hak yang mesti di ambil. Yang tidak hak jangan diambil. Itu haram namamya. Aku berharap semoga sahabat-sahabatku yang lain itu mengerti akan hakikat halal dan haram. Halal dan haram itu menunjukki jalan ke Syurga atau ke Neraka.



AWASLAH sabahat-sahabat..



Seronok juga hari ini. Bagaikan jambatan manusia yang menghubungkan barang-barang dari jauh dalam stor ke luar stor. Aku sakit tangan. Sakit itu disembuhi dengan pertolongan sahabat-sahabat yang tidak putus menolong aku mengankat barang-barang untuk masuk ke bilik yang baru di ‘check-in’. harus diketemui semuanya barang, takut-takut ada barang gerombolan yang hilang bisa kena guling aku seluas padang UPSI. Aduh tidak sanggup itu punya kerja. Boleh mati..



Completely done!!!... semua sudah kutemui. Angkut barang-barang gerobolan ini masuk ke kamar. Persiapkan ia di almari-almari indah yang disediakan. Lengkapkan pakaian perang untuk berjihad mencari ‘pangkat’. Dengan semangat walaupun aku tahu aku tidak bisa membimbit senapang dan menghayun kaki di padang luas. Tidak mengapa. Menjadi pemerhati juga alangkah bagus kerana pasti muka tidak akan hitam dibakar sang suria..



Ermm… itulah lumrah bakal pegawai kadet membuat persediaan pertauliahan.. Semoga segalanya berjalan lancar.

Read more...

Khamis, 13 Mei 2010

Belajar pun kena ada strategi politik =)


Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan peperiksaan aku yang terakhir pada hari ini. Asalnya peperiksaan ini akan aku ambil pada 26/4 tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa mendudukinya pada hari ini berseorangan. ‘study’ berseorangan, bangun tidur berseorangan dan menghabiskan paper ini pun berseorangan. Ermm… hakikaktnya berseorangan lebih baik untuk menjawab paper ini..hehehe.. Tapi kalau kehidupan lebih baik berdua supaya berkembang keturunan bertuah ini..kahkahkah..



Ibarat air yang mengalir apa yang aku baca pada semalamnya diluahkan dan diukir sebaik mungkin di atas kertas. Entah kenapa terasa ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat semua apa yang aku rasa. Memang kelainan dan aneh yang tidak pernah aku buat selama ini sewaktu aku belajar. Ada teknik yang tanpa aku sedari aku amalkan pada semalamnya sebelum aku menjawab peperiksaan pada hari ini. Aku tidak pasti dari mana teknik ini aku dapat tetapi dia teraplikasi dengan sendirinya semasa aku sedang belajar. Hinggakan sampai sekarang aku masih teringat-ingat dan berlegar-legar setiap langkah dan cara aku belajar semalam.



Apabila aku keseorangan berada di rumah sewa sahabat aku memang diri ini terasa sungguh sunyi. Sambil study aku bangun dan berjalan kesana kemari sambil otak ligat berfikir apa yang harus aku buat untuk menghilangkan keboringan diri ini. Buat ini tidak kena buat itu tidak kena dan akhirnya aku menghidupkan enjin moto cabot aku dan pergi minum seorang diri. Aku sebenarnya pada keesokan hari akan menghadapai peperiksaan tetapi malam sebelumnya terasa keboringan yang amat sangat. Entah apa yang harus dilakukan. Kalau ada sahabat-sahabat boleh juga berborak sambil mengulangkaji pelajaran aku. Tapi aku keseorangan apabila sahabat-sahabat sudah balik kampung dan ada juga ke tempat program lain.



Selepas pekena air di kedai mamak sambil menonton perlawanan badminton Malaysia menentang Denmark aku balik kerumah ambil melayan angin yang membelai tubuh sambil aku memecut laju motor pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumah tidak lupa singgah sekejap di kedai membeli air jus untuk mengisi keboringan semasa belajar. Ya Allah aku tidak pernah merasai keboringan di tahap ini.



Dengan langkah yang malas aku membuka nota yang paling nipis nota plant fisiologi. Aku tatap dan lihat gambar-gambat di dlaam nota tersebut tetapi aku masih tidak mampu menarik minat untuk belajar. Ya Allah keboringan apakah ini. Aku bertanya kepada diri. Boring sungguh. Tek pernah dirasai. Ucapan kalimah istighfar berkali-kali keluar agar datang ketenangan di hati.



Sekali lagi aku membelek nota tersebut dan aku cube menghayati ilmu-ilmu yang ada. Tiba-tiba teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Alfateh, Salahuddin Ayubi, para orientalis dan juga orang-orang hebat di kalangan Yahudi. Kenapa mereka hebat, kenapa mereka cukup berjaya semasa muda lagi. Percaya atau tidak ia seolah-olah bayangan semangat apabila kau mengigati insan-insan ini. Semangat untuk menjadi seperti mereka.



Lihatlah bagaimana Alfateh menakluk konstantinople dengan taktik peperangan yang tidak masuk akal itu. Diheretnya kapal perang merentasi bukit sejauh 5 kilometer sebanyak 90 buah kapal dalam satu malam semata-mata ingin menakluk kontantinople. Bayangkan umurnya 22 tahun sudah berjaya menakluk 20 buah negara sebagai tanah empayar Islam.



Hebatnya mereka dengan umur muda mereka.



Aku melihat diri ini. Dimanakah hebatnya diri ini. Berbangsa Melayu yang mana bangsa aku masih lagi berada dalam zon selesa berada di tanah air sendiri. lihatlah bangsaku begitu hebat memepertahankan bangsanya apabila berdegar-degar bercakap mengenai bangsa dan hak Melayu. Hidup melayu..hidup melayu.. dianjurkan lagi program Melayu Bangkit pada 13 mei untuk menunjukkan kebangkitan perjuangan melayu. Tetapi sayangnya bangsa aku mahu bangkit tetapi mahu bangkit atas dasar emosi bukannya ilmu. Mahu bangkit atas dasar perkauman bukannya kehebatan mencari peluang. Mahu bangkit atas dasar subsidi bukannya atas dasar kehebatan usaha sendiri.



Itulah motivasi dalam diri yang tiba-tiba muncul menggerakkan badan-badan aku. Segala urat-urat saraf aktif bekerja ingin menonjolkan kemahuan ini. Ia bangkit ingin menjadi seorang melayu yang berilmu. Selama 3 jam aku berada di depan nota menjadi seorang pelakon.



Ye menjadi seorang pelakon. Segala isi nota aku lakonkan sambil membaca. Gerak geri yang terhasil semasa membaca sebenarnya menguatkan lagi daya ingatan kita. Apabila aku membaca berkenaan proses yang berlaku di dalam tumbuhan aku cuba mengerakkan badan untuk meniru proses tersebut. Lenggokkan gerak badan bukan sahaja menghilangkan mengantuk malah mencergaskan pemikiran aku sendiri. aku berfikir dan terus berfikir.



Terasa macam diri sedang bersilat-silat beraksi di depan musuh. Alhamdulillah aksi lakonan itu memberi kelebihan kepada diri apabila aku dapat membaca semuya topik dalam masa yang singkat. Wah segalanya ajaib malam ini. Aku akui fisioligi tumbuhan agak susah juga apabila banyak benda yang nak kena hafal. Tetapi aabila kita ada teknik sebenarnya kita mampu mengatasi semua itu.



Alhamdulillah.. Ingin aku sambung MASTER aku dalam bidang Psikologi pula. Sains.. Selamat tinggal.. =)

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.