Selasa, 29 Disember 2009

Strategi perang zaman kita...


Selesai sudah sehingga muka surat 82 aku membaca buku ini. Sarat dengan taktik-taktik peperangan yang digunakan Rasulullah dalam peperangan Badar. Buku yang ditulis oleh seorang ulama tersohor di negara kita iaitu Tuan Guru Haji Hadi wajar dimiliki oleh setiap mahasiswa.



Sarat dengan taktik dalam peperangan yang boleh diaplikasikan di dalam setiap tugas. Kadang-kadang bila kita dah faham konsep dalam sesuatu percaturan kita boleh aplikasikan dalam setiap aspek. Dalam pelajaran, dalam politik hidup dan berbagai lagi. Firman Allah Taala di dalam surah As-sof ayat 4 menyeru kita agar mengatur saf strategi dalam barisan yang tersusun dan strategik agar kukuh dan hebat dalam mengerakkannya. Kadang-kadang impian kita besar tetapi strategi kita agak longlai dan lemah. Apa lagi tunggu. Banyakkan membaca buku-buku strategi macam ini.



Sama ker strategi perang dan juga strategi belajar? Bagi aku benda ini tidak sama tetapi dari segi prinsipnya seakan-akan sama. Cuma kena ada sedikit pengolahan agar sesuai dengan kerja kita. Ada lagi yang bertanya sesuai ker guna strategi Rasulullah dalam pilihanraya umum. Aku menjawab:no komen.. haha.. atas kebijaksanaan sendiri.



Islam begitu lengkap ajarannya dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara diajarnya. Taktik peperangan juga dijelmakan oleh Rasulullah kepada sahabatnya dan kini menjadi ikutan oleh sebahagian umat Islam dalam konteks peperangan hari ini. Peperangan hari ini dalam konteks pilihanraya mempunyai strategi tersendiri tetapi secara prinsipnya tetap sama. Otak bergeliga dan bijak Rasulullah wajar dicontohi. Aku begitu kagum dengan kehebatan Rasulullah dan juga kepimpinannya dalam mengatur peperangan. Tersusun dan hebat.



Dalam Islam kejayaan dalam peperangan tidak semata-mata bergantung kepada taktik yang digunakan tetapi lebih bergantung kepada ketakwaan diri. Dengan itu akan datang pertolongan Allah kepada tentera Islam. Kita ambil contoh dalam peperangan Badar tentera Islam Cuma 313 orang berbanding tentera musyrikin Mekah seramai seribu lebih. Kalau nak dibandingkan dari segi kekuatan anggota dan persenjataan jauh lebih baik memihak kepada musyrikin Mekah. Tetapi Rasulullah berjaya dalam peperangan tersebut. Apakah rahsianya?? Jawapannya ialah ketakwaan kepada Allah.



Bukti terkini di zaman kita adalah kejayaan Afghanistan menentang tentera Rusia suatu ketika dahulu. Afghanistan dengan serba serbi kelemahan dalam persenjataan mampu melawan tentera Rusia yang sememangnya lengkap bersenjata. Rahsianya ketakwaan kepada Allah. Afghanistan mempunyai tentera yang takut kepada Allah.



Ya Allah anugerahkanlah kepada aku berotak strategik dan geliga… Amin

Read more...

Isnin, 28 Disember 2009

Bermujahadah menghapuskan musuh diri


Alhamdulillah akhirnya hari ini sempat jugak untuk mengupdate blog aku nie. Dah berapa lama tak update. Masa sebelum ini diisi dengan latihan palapes dan juga bersama keluarga di kampung.


Kini semester baru telah bermula. Seperti biasa azam baru tetap ditanam di dalam diri ini. Azam nak belajar bersungguh-sungguh, azam nak ubah diri, azam nak berjihad menuntut berbagai cabang ilmu. Inilah yang selalu diazamkan oleh diri aku sejak dahulu lagi. Kini masuk semester baru azam tetap sama. Matlamat tetap sama. Tetapi perlaksanaannya tidak begitu serius atau komited. Perlaksanaannya kurang berkesan.


Bila diteliti kenapa berlaku demikian ia berkait rapat dengan sikap kita. Sikap kita yang sambil lewa. Sikap yag selalu hilang motivasi. Diri yang selalu ditarik dan dibelai hebat dengan keseronokan dunia yang fana ini. Itulah sebenarnya punca kelemahan orang Islam kini. Sikap sambil lewa dalam bermujahadah.


Tapi kini aku mesti berazam lagi. Berazam untuk membuang sikap sambil lewa itu agar digantikan dengan sikap komited yang sebetulnya untuk merubah diri. Sayang seribu kali sayang jikalau masa muda dan lapang ini tidak dimanfaatkan. Hendak jadi orang hebat disiplin pun kena hebatlah. Barulah serasi dengan kehendak. Perlaksanaan dan kehendak kena berada di satu tahap yang sama. Bukannya kehendak sahaja tinggi tetapi perlaksanaan macam hampeh.



Percaturan masa menjadi salah satu faktor penentu. Dalam firman Allah dalam surah Al-A’sr Allah bersumpah dengan masa. Sumpah menandakan benda itu tersangat penting. Ini bukan sumpah manusia tetapi sumpah Allah, tuhan yang menjadikan makhluk dan masa. Atas masa yang dijadikan olehnya sendiri Allah bersumpah betapa manusia berada di dalam kerugian hidup. Bertapa ramai manusia alpa dan dirosakkan dengan peredaran masa. Tiap saat pergerakan masa mendekatkan diri kita dengan kematian. Demi masa kita manfaatkanlah masa kita sehabis baik. Masa muda hanya sekali, bila tua penyakit datang menjelma memamah tubuh. Bila tua kudrat tiada lagi. Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu agar menjadi makhluk Allah yang berguna.


Apakah kita menyangkakan kita dijadikan Allah secara main-main. Manusia sebagai makhluk yang terbaik, makhluk yang paling cantink dan sesempurna makhluk semestinya mempunyai tujuan tertentu penciptaannya. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawasanya manusia dan jin diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Tetapi ramai yang menyalah anggap konsepa ibadah di dalam Islam. Bagi ramai orang ibadah ialah seperti solat dan puasa. Itulah fahaman silap yang dipegang oleh ramai orang. Sebab itulah timbul manusia-manusia bodoh yang cuba memisahkan agama dalam kehidupan. Apabila kita menyedari bahawa setiap kerja kita adalah ibadah maka kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan pembalasan Allah Taala.


Tengoklah mengapa orang-orang zaman dahulu, ulama-ulama silam berjaya dalam kehidupan duniawi dan akhirawi, jawapannya ialah konsep ibadah yang mereka faham adalah meluas. Tengoklah kepada saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina. Mempunya ilmu perubatan dan pada masa yang sama mahir dalam bidang agama.


Kita bila lagi ingin menjadi hebat seperti mereka?

Read more...

Rabu, 9 Disember 2009

Alim ahli neraka..

Masa begitu suntuk untuk mengupdate blog. Tanpa artikel yang baru kadang-kadang aku merasakan itu satu kerugian yang besar. Apa tidaknya, blog yang boleh diakses oleh berjuta manusia seluruh dunia boleh dijadikan saham untuk meraih keredhaan Allah.

Tiada perkara yang menarik yang aku nak kongsikan disini. Badan begitu letih mengikuti latihan pada kali ini. Masa rehat kurang apetah lagi masa tidur. Semakin mengecil demi memenuhi objektif latihan.

Apapun latihan pada kali ini cukup enjoy dan menarik. Sejak kedatangan ketua jurulatih yang baru banyak perubahan di dalam Palapes UPSI. Suka dengan karisma dan kematangan yang ditunjukkan sebagai seorang Ketua Jurulatih semoga menjadi ikutan apabila memimpin sesuatu organisasi di esok hari.

Aku masih ingat pertemuan sulong di markas bersama Ketua Jurulatih Mejar Nasir beliau mengigatkan aku supaya mengamalkan solat tahajud. Kita akan makin dekat dengan Allah. Disaat orang lain nyenyak melayan nafsu tidur kita pula bersengkam mata demi mencari secebis redha Allah yang sememangnya amat-amat dituntut oleh setiap manusia.

Tidak kira kamu siapa, Perdana Menteri kah kamu, Ulama kah kamu, Ustaz kah kamu, bekas penyangakkah kamu, nak mencari syurga Allah hanya dari satu jalan iaitu redha Allah.

Aku begitu takut kalau-kalau tergolong dalam kalangan orang alim yang menghuni neraka Allah. Siapakah orang alim yang menghuni neraka Allah itu???

Read more...

Khamis, 3 Disember 2009

Pengalaman yang sentiasa datang..

Ruang masa sejenak untuk mengupdate blog yang sudah beberapa hari tidak diupdate. Kini masa begitu sibuk dengan latihan berterusan Palapes. Masa cukup suntuk dan amat-amat berharga. Tapi Alhamdulillah pada kesempatang dipertengahan malam yang mengamit seribu mimpi untuk insan bernama manusia masih semapt untuk aku mencoretkan sepatah dua luahan fikiran aku kat sini.


Kini latihan Palapes sudah masuk hari ke-2. Urat-urat badan sudah mulai merasai ‘kenikmatan’ latihan. Dengan kulit muka yang sudah mula membakar, mata yang sudah mula cengkung namun aku gagahi juga untuk meneruskan kedatangan hari yang menuntut seribu satu kesabaran dalam menghadapi latihan ini. Apa pun latihan pada kali ini cukup seronok walaupun meletihkan. Barangkali otak sudah terboasa dengan tekanan mental.


InsyaAllah esok kalau tiada aral melintang kami semua warga Palapes UPSI senior bakal berkunjung ke Port Dickson untuk melawat Pusat Latihan Amor yang bertempat disana. Sudah semestinya itu suatu aktiviti lawatan yang menyeronokkan kerana bukan mudah untuk orang-orang biasa merasai pengalaman sebegini.


Masuklah tentera untuk merasai pengalaman sebegini. Dalam agama kita ia mungkin disebut sebagai Tarbiyah Jundiyyah yang mana kita boleh baca di dalam buku yang ditulis oleh ulama-ulama haraki Islam. Semoga keterlibatan aku dalam palapes menjadi satu tapak baru untuk melompat lebih jauh lagi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.