Sabtu, 31 Oktober 2009

Ambillah dengan tenang...


Salam imtihan kepada semua..
Buat yang terbaik untuk final ini.
infakkan kejayaan kita kepada perjuangan menegakkan agama Allah..
InsyaAllah...

Read more...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Amalkan budaya nasihat


DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

SUMBER

Begitu indah apa yang diajarkan di dalam agama kita. Agama Islam sebagai satu sistem yang lengkap dapat dijadikan benteng dalam diri untuk melawan segala ancaman yang datang daripada tamadun barat.

Kali ini saya utarakan bab nasihat-menasihati. bila cakap bab nie mesti ramai yang terasa sebab sesetengah orang tidak boleh menerima nasihat. Ada yang mengatakan nasihat itu sama macam kritikan. Tapi itulah manusia, bila perangai tidak boleh dikritik menghantui diri segalanya jadi mcm kuku besi.

Bila dinasihati maka diri penasihat yang dimarahi. Apapun kepada diri yang menasihati jadilah seperti TUAN PENASIHAT seperti dalam cerita 3 ABDUL lakonan P.ramlee..

Read more...

Ahad, 25 Oktober 2009

Bila manusia dah jadi biol....


Petikan dari keratan akhbar Mingguan Malaysia 18 Oktober 2009

“Saya tak faham sungguh mengapa Siti Jarum nak bising-bising bila Elaine Daly berlakon separuh bogel untuk filem Cahaya. Berbogel bukan isu besar.


Biarlah dia. Dah kehendak skrip itu mahukan dia berlakon begitu. Mesti ada relevannya babak itu dengan cerita berkenaan.

Saya tabik dengan keberanian dan keyakinan Elaine Daly dengan apa yang dilakukan. Semoga kita dapat menyaksikan lakonan berkesan Elaine dalam filem Cahaya.

Pesan saya Siti Jarum janganlah kolot sangat. Kalau Siti Jarum rasa dia seksi, dia pun boleh bogel. Tapi Siti Jarum berani ke? Kalau kita tengok tamadun seni di Barat pun bermula dengan lukisan perempuan bogel. Itu seni. Siti Jarum kena tengok adegan bogel atau separuh bogel itu sebagai seni. Tak taulah saya kalau Siti Jarum ini buta seni”

Dari Reeznoor, Kuala Lumpur.

Komen Saya Mengenai Atikal ini :

Marilah kita bersyukur kepada nikmat Allah yang menjadikan jasad kita sihat apabila kita bangun daripada tidur kita, tidakkah kita berasa syukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Bersyukurlah kamu kepada Allah atas segala nikmat yang Allah berikan kepadamu nescaya Allah akan menambahkan nikmat kepada kamu yang bersyukur, jika kamu kufur akan nikmat Allah nescaya Allah akan mengazab kamu dengan azab yang amat pedih”

Bersyukur ialah mengucapkan terima kasih kita kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Di antara nikmat yang kita dapat hari-hari ialah sihat anggota badan, segala pancaindera kita berfungsi dengan baik, dapat melaksanakan kerja dengan baik, memperolehi rezeki dan banyak lagi. Sebagai seorang hamba yang dijadikan oleh Allah adalah hanya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak boleh kita menghambakan diri kita lain dari Allah. Jadi layaknya kita sebagai manusia ialah bersyukur kepada Allah dengan cara melaksanakan segala ibadah, segala pekerjaan dan segala amalan kita kepada Allah, itulah dinamakan orang yang bersyukur.

Bagi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghambakan diri kepada Allah, maka mereka itu adalah orang yang sesat dan disesatkan lagi oleh syaitan dan nafsu mereka. Contohnya sepertimana keratan akhbar Utusan Malaysia yang mengisahkan “Siti Jarum Pun Boleh Bogel”, komen yang diberikan dalam akhbar ini ialah daripada Reeznoor, Kuala Lumpur, menurut saya ini merupakan komen yang paling bodoh mengenai seni bogel dan mengagungkan seni tamadun barat yang sah sesat dan merosakkan akhlak umatnya sendiri dan umat Islam. Zaman sekarang umat Islam tidak lagi berbangga dengan syiar dan syariat Islam, malah mereka berbangga dengan tamadun barat yang kononnya membawa kepada kemodenan, kemajuan, pembangunan dan sebagainya. Malah mereka mengatakan Islam adalah agama yang kolot, tidak membawa kepada pembangunan dan menyekat kebebasan umat.

Inilah kejayaan orang Yahudi dan Nasrani mengatur strategi untuk merosakkan akidah umat Islam dengan apa cara sekalipun, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga semata-mata untuk menyesatkan umat Islam yang menjadi musuh utama mereka, hal ini disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka. (Surah al-Baqarah: 126).

Sepertimana yang dikomenkan oleh Reeznoor mengenai Siti Jarum boleh berbogel dalam Utusan Malaysia ini perlu diambil berat dan perlu mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini, kerana ini menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membendung masalah seperti ini terus menular dikalangan Melayu Islam. Sungguh tidak bermaruah dan berani mengeluarkan komen seperti ini seolahnya mencabar agama Islam itu sendiri secara tidak langsung. Firman Allah yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyuruh melakukan ‘makruf’ dan menegah mereka melakukan ‘mungkar’ kalau tidak, Allah akan menurunkan azabNya ke atas manusia.” (al-Anfal : 25)

Marilah kita kembali kepada zaman kegemilangan tamadun Islam yang telah dirosakkan oleh umat Islam sendiri dengan pengaruh Tamadun Barat. Islam mula rosak ketika era pemerintahan Kerajaan Kamal Atatuk dengan konsep Islam liberal. Kamal atatuk ini merupakan anak didik dari barat yang terpengaruh dengan tamadun Barat sehingga ia mengubah dasar pemerintahan Islam sebenar kepada pemerintahan Islam moden. Berpeganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk mencari kehidupan yang diredhoi Allah, Nescaya masyarakat Islam akan datang akan lebih baik dari sekarang dan tidak mempunyai masalah rohani yang amat teruk.

sumber

Read more...

Rabu, 21 Oktober 2009

Bina keyakinan daripada pengalaman..

Gaya pengucapan Anwar Ibrahimgaya Mantan Perdana Mentari Gaya yang nie pun ok pe??

InsyaAllah pada petang yang mulia ini sekali lagi aku bakal berdiri dihadapan kawan-kawan sekuliah dengan agenda perbentangan yang kedua terakhir untuk sem ini. Inilah lumrah sebagai seorang pelajar universiti dalam mencari ‘skills’ yang mesti ada lebih-lebih lagi sebagai seorang guru. Apa guna menjadi seorang guru kalau gugup berada dihadapan orang ramai. “cakap jangan tak cakap. Grrr.. aku kata cakap la mangkuk”…Masih ingat dengan dialog ini?

Bila bercakap soal perbentangan atau lebih dikenali dengan perkataan ‘presentation’ oleh pelajar universiti teringat aku pada sejarah awal mula-mula aku menjejakkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setiap tugasan yang dibuat biasanya akan diakhiri dengan perbentangan oleh setiap individu. Bila tiba sahaja soal nak bentang dihadapan khalyak ramai hati mula gelisah. Tekak rasa kering, rasa nak pitam, tangan sejuk dan bermacam lagi simptom-simptom tindakbalas yang dikeluarkan oleh tubuh. Bukan aku sahaja yang merasai sedemikian malah ramai lagi orang yang merasai pengalaman yang sebegitu. Itulah pengalaman diawal masa menjejakkan kaki ke universiti.

Segalanya kekok dalam membuat sesuatu yang baru. Masa disekolah dahulu tidak pernah terlibat dalam apa-apa persatuan ataupun aktiviti. Cuma yang aku ingat semasa disekolah dahulu ialah pernah sekali berlakon secara spontan tetapi bercakap loghat Kelantan. Ia berlaku dengan penuh harmoni tanpa ada rintangan. Itulah lakonan yang aku rasa amat pelik kenapa ia boleh berlaku dengan penuh harmoni dan lawak sedangkan aku begitu takut untuk berada dihadapan orang ramai.

Kini setelah masuk tahun ketiga di universiti keadaan memang agak berlainan. Saat perbentangan sangat ditunggu-tunggu seolah-olah masa inilah masa yang terbaik untuk tunjukkan kehebatan kita dan kepimpinan kita. Walaupun aku selama ini tidak pernah dinobatkan sebagai ‘best presenter’ di dalam kuliah tetapi apa yang penting kita semakin mendapat keberanian dan keyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan memegang microfon dengan gah sekali. Pakaian yang paling segak dan cara berdiri dan ayunan tangan yang paling mantap itulah cerita segala-galanya.

Apa yang penting dalam kita nak mendapat keyakinan dan keberanian ialah kita mesti ada latihan dan juga pengalaman. Pengalaman adalah satu benda yang susah kita nak dapat kerana rata-rata antara kita suka menolak apabila ada orang memberi peluang untuk kita bercakap dihadapan. Malu, segan, tak layak, itulah yang sering bermain dibenak fikiran. Benda itu memang berlaku didalam diri aku apabila sahabat seperjuangan meminta aku memberi tazkirah di surau aku merasakan itu amat berat. Padahal apabila microfon berada di tangan mulut akan bergerak dengan spontan dan fikiran akan ligat mengatur ayat. Tetapi itulah perangai kita dan perangai ramai diantara kita sekalian. Apabila kita berjaya membuang sikap tidak yakin itu dengan mudahnya kita dapat membangunkan potensi yang ada di dalam diri kita.

Pengalaman juga memainkan peranan. Memang akan wujud perbezaan yang ketara diantara pelajar yang suka melibatkan diri dengan organisasi dan usrah berbanding pelajar yang hanya tahu belajar subjek kuliah. Penglibatan di dlaam persatuan atau usrah banyak melibatkan sesi komunikasi diantara satu sama lain. Tanpa kita sedari kita akan membina keyakinan untuk bercakap di hkalayak ramai. Itulah pengalaman yang aku dapat apabila menyertai Persatuan Bahasa Arab dan juga Rakan Surau. Pengalaman banyak aku dapat daripada persatuan ini.

Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabiah sekalian, binalah keyakinan di dalam diri insyaAllah kita akan menjadi pemimpin yang bakal digeruni suatu hari nanti. Mungkin kita akan jadi sehebat Anwar Ibrahim atau sehebat Tun Dr. Mahathir Mohammad. Siapa tahu….

Read more...

Selasa, 20 Oktober 2009

Rakan Surau nak program giler-giler..


Semalam selesai sudah mesyuarat yang kesekian kali pimpinan Rakan Surau KHAR dan ahli rakan surau. Mesyuarat yang dikendalikan oleh aku sendiri sebagai pimpinan dalam rakan surau KHAR membuat post mortem untuk program kami yang lepas.

Alhamdulillah dalam mesyuarat tersebut bukan sahaja membincangkan post mortem program tetapi diselitkan juga dengan beberapa perkara yang dikira penting untuk ahli dan juga penduduk Kolej Harun Aminurrashid umumnya.

Ahli melontarkan cetusan idea bagaimana untuk mngeratkan lagi hubungan diantara ahli rakan surau. Sememannya dalam organisasi yang berterapkan agama macam rakan surau hubungan silaturrahim ataupun ukhuwah amat dititikberatkan. Ia menjadi titk tolak kepada berjayanya sesuatu program apabila perasaan kasih-mengasihani diantara ahli itu kuat.

Cadangan yang diberi adalah memantapkan perjalanan usrah dan juga membuat taaruf setiap kali meeting. Cadangan itu agak baik tetapi itu sudah menjadi kebiasaan dan tidak menunjukkan kelainan. Ahli-ahli rakan surau inginkan prgram yang bersifat santai dan outdoor.

Ermmm… aku dan Presiden rakan surau merangka satu program yang agak lasak iaitu ‘jungle trekking’. Tapi masih diperingkat cadangan dan insyaAllah akan diimplemenrtasikan pada awal sem hadapan. Agak seronok juga kalau program ini menjadi kenyataan. Sesuatu pengalaman yang luar biasa ahli rakan surau membuat program sebegitu kerana kebiasaannya aktiviti atau program rakan surau selama ini agak terbatas di dalam surau sahaja.

Apa salahnya mencari kelainan dalam sesuatu program. Yang penting pokok pangkalnya kita kena jaga hak Allah. insyaAllah apa yang kita buat akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Selain itu apa lagi program yang sesuai untuk rakan surau???

Read more...

Isnin, 19 Oktober 2009

Bidadari...temanilah resahku..


Layan lagu bidadari nyanyian Saudara Munif. Indah merdu mengulit telinga. Mengingatkan aku mengenai persediaan diri bakal menerima bidadari hidup suatu masa lagi.

Dialah pelengkap hidup ini. Dialah pelengkap perjuangan diri ini. Jatuh dan bangun harap terus bersama diri ini. Harapan aku terhadap bidadariku di masa hadapan.

Kini semuanya gadis bagaikan bidadari. Tetapi bidaddari yang digelarkan biarlah bidadari syurga. Bukannya bidadari dunia.

Betapa besar peranan wanita dalam diri lelaki. Wanita sebagai aset yang bernilai bagi lelaki. Bagi lelaki tidak rugi kamu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri-isteri kamu(wah bajet kawin 2 la nie..hehe). agar dengan kasih sayang ini bisa mengikat hati antara pasangan. Hati ini akan bertaut dan sama-sama berganding mencari redha Allah. Sama-sama mendirikan keluarga yang bahagia. Mendidik anak-anak agar takutkan Allah. Maka segala-galanya lengkap. Pendidikan bermula dari rumah. Pendidikan harus datang dari ibubapa. Ibubapa datang dari pasangan yang ideal. Yang membina keluarga atas dasar iman dan takwa.

Keluarga menjadi unit-unit kecil dalam masyarakat yang menghiasi kerenah-kerenah masyarakat. Kerenah itu penting kerana kerenah itu yang mewarnai masyarakat. Tetapi biarlah kerenah itu kerenah yang baik-baik. Kerenah yang membawa keuntungan. Kerenah yang membawa kedamaian dan kesepaduan.

Bidadari…. Datanglah yang terbaik buat diriku. Ya Allah jadikanlah aku yang terbaik buat diri bidadariku..

Amin ya Rabbal’alamin…

Read more...

Hari yang cukup "kejam"..

sesie perubatan Islam bersama Ust. dari Darussalam
Hari ini cukup indah bagi diri aku. Dari pagi menjelma hingga ke lewat malam masa diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Walaupun tarikh ezam makin menjelang tiba tetapi hasrat untuk berprogram tidak akan padam dalam diri. Program-program di UPSI lah yang cukup bermakna buat diri ini sebagai seorang pelajar.

Seawal pagi jam 6 pagi bangun menyiapkan diri untuk menghadapi ujian Kimia. Walaupun ujian ini tidaklah seberapa penting sebagaimana final ezam tetapi markah yang aku bakal dapat akan mengiringi semangat untuk menempuh final ezam. Persediaan walaupun tidak rapi tetapi insyaAllah mampu untuk mencoretkan jawapan yang terbaik di atas kertas jawapan. (alah… sume soalan objektif jer…).. Persediaan tetap persediaan, rapi atau tidak rapi tu belakang kira.. Janji gempak..huhuhu..

Seperti yang dijangka soalan tidaklah susah sangat. Dah faham dengan perangai Miss Linda. Dia memang tak suka menyusahkan student dia. Sayang Miss Linda sangat..hehehehe..Gatai..

Habis sahaja test kimia terus membawa diri menyusuri jalan menuju kolej tercinta. Fikiran terus memikirkan aktiviti yang bakal aku tempuh untuk hari ini. Muka tersenyum lebar mengigatkan ‘backdrop’ yang terpapang di kolej aku semalam. Pada hari ini akan diadakan Bengkel Perubatan Islam. Ermm… anjuran sape ntah.. JMK khar kot… memang teruja sangat untuk bersama para ‘tokmoh’ dalam sesi perubatan itu. Katanya segala kaedah perubatan berlandaskan Islam tanpa menggunakan sebarang unsur tahyul dan pertolongan JIN. Alhamdulillah itulah yang sebaiknya..

Aku cuba memberanikan diri untuk “menscankan” diri kot2 ada sebarang jin ‘bercuti makan angin’ dalam badan aku. Segala ayat suci Al-Quran dibaca dan dihembuskan di kepala aku. Terasa naik bulu roma seakan-akan ada makhluk jin di dalam tubuh aku. Dada terasa dicucuk-cukup. Hati gementar. Rasa takut.

Kami 'dibacakan' ayat suci Al-Quran beramai-ramai....(SERAM!!!!)

Cis!!! Rupanya itu hanya perasaan aku sahaja. Rasa mencucuk di dada kerana lenguh duduk kaki berlunjur ke depan. ‘tok moh’ mengesahkan aku sihat walafiat tanpa ganguan jin. Sekali lagi Alhamdulillah….

Selepas zohor aku dan rakan-rakan sempat berkungjung keluarga JIM (Jemaah Islah Malaysia) untuk jamuan hari raya yang diadakan di Tanjung Malim. Sungguh rindu rasanya untuk bersama keluarga JIM setelah aku tidak aktif dengan JIM. Memang sejak sekolah menengah lagi aku sudah mengikuti usrah dan tarbiyah dari JIM. Tetapi apabila menjejakkan kaki ke Universiti suasana tidak lagi begitu. Ada tuntutan lain yang terpaksa aku penuhi. Apa pun belajarlah dan kuasailah Fiqh Awlawiyyat. Satu kaedah Fiqh tentang keutamaan di dalam kehidupan kita. insyaAllah kita akan ada panduan yang jelas dalam kehidupan kita dalam memilih sesuatu.

Pulang ke Kolej bersolat asar bersama kawan-kawan di surau Koleh Harun Aminurrashid. Sesudah solat asar kami membuat persiapan untuk Ijtima’ hari raya Surau KHAR. Ukhuwah terpancar antara kami. Sikap tolong menolong, Berat Sama Dijinjing, Ringan Sama Dipikul dikuatkan lagi dengan ukhuwah Islamiyyah. Pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Begitu manis hidup ini. Allah menciptakan kita bukan secara kebetulan tetapi telah ditetapkan hidup kita untuk merasa nikmat Iman dan Islam untuk kehidupan yang manis.

Muslimin yang hadir Ijtima Aidilfitri Rakan Surau KHAR.. macam biasa. tetap sikit and cool..hehe

Bersama Pengerusi Majlis saudara Adnan dan member sekapal Fazli

Ijtima’ pada malamnya cukup indah dan meriah. Ucapan-ucapan yang penuh dengan semangat dan memberi satu anjakan yang baru daripada abang-abang yang bakal meninggalkan UPSI. Nama yang gah seperti Abg zul, Salim, Malik, Azman, Kak Syitar, Kak Mas 1, Kak Mas 2, Kak Qilah dan lain-lain memberi satu suntikansemangat yang cukup kuat. Senyuman mereka, harapan mereka, dan perjuangan mereka dalam memantapkan pegangan umat Islam di KHAR akan kami teruskan. InsyaAllah…

“Sayonara…Sayonara… Sampai berjumpa lagi.. Sayonara..Sayonara.. Sampai berjumpa lagi..”

Muslimat... sume cun-cun..huhuhuhu..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.