Ahad, 30 Ogos 2009

Bila manusia menganut politik...



Takbir!!!

Takbir!!!

Takbir!!!


Allahuakhbar!!

Allahuakhbar!!

Allahuakhbar!!..



Cuba bandingkan dengan gambar di atas. Perkataan takbir ditukar kepada TAKE BEER oleh manusia-manusia najis ini. Kerana perbezaan ideology dan fahaman parti politik mereka sanggup meneksploitasikan pekataan takbir dengan tujuan merendah-rendahkan parti lawan. Saya tidak pasti mereka sedar atau tidak(manusia-manusia najis) mereka dengan bongkak membawa banner TAKE BEER mempersendakan kalimah yang suci itu.


Itulah hasilnya politik tanpa tarbiyah Islam. Mungkin dialah orang yang menganjurkan program ceramah, dialah yang menganjurkan solat terawih di kampungnya, beliau lah yang mengajak orang solat hajat apabila anaknya hendak ezam. Tapi soal politik jadi jahanam lagi bodoh..Manusia yang memisahkan politik dan Islam. Jadi punah ranah habis


Wooiiii!!!

Tarak otak ka???

Read more...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Ilusi yang hilang...


Dalam menjalani kehidupan ini yang penuh berliku dan ranjau berbagai halangan perlu ditempuhi. Halangan-halangan yang ditempuhi kadang-kadang menguatkan dan kadang-kadang amat melemahkan jiwa.


Tida manusia yang tidak akan diuji. Baik Islam ataupun kafir pasti akan diuji oleh Allah. Ujian untuk orang Islam bagi lebih menguatkan keislamannya. Ujian untuk si kafir untuk menebalkan kekafirannya. Walau seberat mana ujian sedarlah itu datangnya daripada Allah. Kerana apa? Kerana kasihnya Allah kepada kita. Kerana penciptaan kita di dunia ini bukan main-main.


Hati kadang-kadang cukup perit dalam menghadapi ujian-ujian yang berkunjung tiba. Kadang-kadang ia datang setahun sekali, kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang seminggu sekali dan ada juga datang bertubi-tubi tanpa belas kasihan hari-hari. Maka hari-harilah hati ditimpa kerisauan dan kegundahan dek ujian Allah. Tapi ya Allah.. betapa ku bersyukur atas ujianMu itu. Betapa cintanya Mu kepada hambaMu yang lemah ini. Hamba yang tidak lekang dari dosa dan kemaksiatan.


Hari ini kita masih bernyawa. Menaip, membaca, berfikir, menghayati maksud dan kepayahan hidup. Hidup dalam bermain-main dengan ilusi. Harta dihadapan.. itulah ilusi.. wanita dihadapan.. itulah ilusi.. kemewahan dihadapan.. itulah ilusi.. Kita ditipu.. ditipu oleh kebodohan dan kejahilan. Terlalu asyik bermain-main dan bersenda gurau dengan ilusi.


Betapa kita diperbodohkan oleh ilusi ciptaan Allah. Kenapa Allah menciptakan ilusi ini? Jawabnya untuk mencari mana hambanya yang beriman, yang mengenal Allah, yang takut akan Allah, yang tahu tentang hakikat kematian, yang tahu hakikat kehidupan. Tahu apa tujuan kita dihidupakan.. tapi sahabat.. Ramai yang tidak tahu. Ramai yang leka. Lebih teruk ramai yang tahu tetapi masih dilekakan oleh kebuasan nafsu. Betapa celaka manusia..


Esok hari akan mendatang lagi. Ilusi akan menayang lagi dengan berbagai bentuk. Manusia khayal diulit ilusi. Terus khayal dalam kenikmatan ilusi ciptaan Allah. Dicipta sebagai ujian untuk mencari hambaNya yang soleh..


Jika ilusi itu datang lagi mampukah aku mengolah ilusi itu untuk mencari redha Allah???

Mampukah aku????? Ilusi datanglah.. datang dengan seribu harapan untuk diri aku...

Read more...

Rabu, 26 Ogos 2009

Lelaki Melayu bermasalah?



Tulisan tambahan adalah surat pembaca di bawah sekali
Petikan Berita Utusan

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.

Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?

Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; "Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini."

Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, "Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?" Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, "Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?"

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.

Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?

- AKMAL FAIRUZ, Victoria University of Wellington, New Zealand.
KOMEN UST ZAHARUDDIN

Apa pandangan anda? Sekali baca tulisan di atas, saya tidak dapat mengelak dari bersetuju dengan apa yang disebutkan. Walaupun tidak semua lelaki Melayu demikian tetapi kebanyakkan mereka mungkin tergolong dalam kategori itu.

Saya tidak berpeluang mengulas panjang, tetapi cukuplah bagi kita mengambil pengajaran bahawa ia semuanya berpunca dari ketiadaan ilmu, malas, iman yang tipis dan jauhnya Islam dalam kehidupan. Hiburan menjadi rutin, seks dan duit menjadi kiblat dan Tuhan rekaan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.

Firman Allah SWT :
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا

Ertinya : Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.." ( Al-An'am : 70)

Memang benar ia satu masalah sebahagian lelaki melayu yang jenis 'sampah' ( sebagaimana dibahasakan tadi) , tetapi jika dilihat lebih mendalam, mengapa lelaki seperti ini berani mensampahkan dirinya untuk bersiul dan mengganggu wanita yang lalu lalang, jawabnya kerana ramai juga wanita yang mensampahkan dirinya dan 'amat murah' , boleh dimiliki hanya dengan top up prepaid card RM 10.

Ini petikan email yang amat memening dan merungsingkan saya :-

Sekarang nie masalah sosial dan seks bebas sangat serius di kalangan kawan² saya.. oh ya, utk pengetahuan ustaz saya baru habis blajar dari univ ( XXX saya delete-uzar) ..sebenarnye benda nie saya tau dah lama, tapi tak tau kepada siapa harus saya mengadu..

kawan² saya walaupun bergelar siswa, sembahyang tak penah miss, kalo ade kwn lain yg tak sembayang, dia siap marah lg.. tp hidup dia bergelumang maksiat..sepanjang 1 semester..lebih kurang 2 minggu sekali dia akan ke (deleted by uzar) atau tempat² yang ramai pompuan..dia just duduk n menunggu pompuan tegur..dengan bermodalkan senyum..tentu ade pompuan yang tegur.. bersembang dan pergi minum²..lepas minum, diorang akan cari tempat untuk lepas gian..kadang² rumah sewa pompuan tu...sebelum 6 pg kawan saya tu akan balik..nie baru 1 kes yg saya cerita..ade lg 2-3 kes, pengakuan ikhlas dari kawan saya yg lain lebih kurang sama jer kisahnyer..

Pompuan skarang nie begitu murah..dengan modal senyum, belanja minum, kadang² blanja topup..dah boleh dapat 'one night stand'..yang paling kerap saya dengar, dalam bas on the way nak balik kampug..kalau kebetulan kawan saya dapat dok sebelah pmpuan..dia akan try tekel pmpuan tu..pastu dpt la 'ringan²' sebelum sampai ke destinasi..>>>>(deleted).., lain kali kat tempat yg lebih selesa lagi..tu kes yang dlm bas..dia penah citer..stakat nie stiap kali balik kg, kalo dok sebelah pompuan jer, mesti dapat 'benda' tu..

dia penah citer jugak, dia ader pegi mandi kat wet world..nampak 2 orang pompaun (deleted by uzar).. bila saya dgr benda nie..saya fikir betapa teruknyer remaja sekarang..pompuan murah sangat..pmpuan kat (univ ....) nie sendiri tak terkecuali
dari terlibat dlm seks bebas..yang saya cerita nie cuma kawan² saya dia (deleted)..bukan sorang dua, tapi ramai lagi.

Saya ader jugak adik angkat..baru 16 tahun..tapi dah terlibat dengan seks bebas sejak usia 13 thn lg..saya try nasihat tapi tak guna, bila dia rasa nak..kadang² saya pun dia ajak..dia tu yg tinggal kat felda..dia ckp kebanyakan budak² felda dah biasa dgn benda nie..mak ayah tak tau..tu kes yg kat pedalaman..yg kat bandar pun sama..mak ayah benarkan anak pompuan dia bawak kawan laki tido kat rumah, bila smua org dah tido, yang laki² td menyusup masuk ke bilik pompuan..berlaku la adengan yg tak perlu saya cakap.. saya cakap nie berdasarkan pengalaman saya tangkap org buat camtu..dia mengaku dia rapat sangat dgn parents pompuan tu, so diorang tak kisah laki² tu tido rumah dia..dan dia ade ckp jugak, kawan² dia yg lain pun buat benda yg sama..dan saya sendiri pernah diizinkan tido di rumah kawan pompuan saya..tu baru kawan..camner la kalo pakwe dia dtg rumah.. - tamat petikan -

Inilah yang disampaikan kepada saya oleh seorang pelajar Univeristi melalui email, memberitahu berkenaan masalah ke'murah'an wanita di areanya, hingga sekadar senyum pun seorang lelaki itu sudah mampu memiliki gadis itu secara haram.

Sudahnya? ..mungkin lelaki sebegini bersifat tidak beradab kerana dalam kamus hidupnya mendapati tidak ramai wanita yang marah atau menolak ajakan 'sampah' mereka.. menyebabkan mereka sangka semua wanita boleh ber'sampah' dengan mereka.

Maka ia adalah silap kaum wanita dan kaum lelaki sekaligus sebenarnya. Fikirkan..

Kemunculan 'wanita' sampah akan melahirkan lebih banyak lelaki 'sampah'. Akhirnya telur dulu atau ayam dulu??,. Jawabnya ..?

Jawabnya, jangan salahkan 'dahan' dan 'ranting' yang rosak..tapi carilah puncanya iaitu akarnya yang beracun dan ubatilah, nescaya ia akan subur kembali. Firman Allah SWT :
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لاَ يَخْرُجُ إِلاَّ نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Ertinya : Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur ( Surah Al-A'raf : 58)

Justeru dari firman Allah SWT, tanahnya adalah punca kesuburan atau keracunan dahan dan buahnya. Hari ini lelaki 'sampah' dan wanita 'sampah' lahir akibat tanahnya tidak dibajai iman dan ilmu yang benar.

Hal ini menjadikan beberapa wanita bertanya kepada saya akan apakah hukum wanita itu tidak berkahwin kerana tidak menjumpai lelaki soleh yang sesuai dijadikan suami yang boleh diharap. Saya tangguh jawapannya dulu.

Ini pula adalah bukti kesopanan lelaki asing ? gambar di bawah menunjukkan Sejumlah 18,000 orang dengan sukarelanya berbogel di Zocalo Square, Mexico City kononnya atas nama seni. Tanpa rasa malu mereka berkumpul awal bulan lalu, semata-mata memenuhi hasrat seorang jurugambar profesional, Spencer Tunick untuk mencatat rekod dunia

Kerja GILA


Sekian Ust Zaharuddin
005 . Apa Kata Yang Lain - "Jangan hukum lelaki Melayu" Forum - utusan Malaysia 23.05.07
SURAT 1
SAYA amat tertarik dengan komentar saudari Akmal Fairuz dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2007.

Sebagai individu yang pernah belajar di United Kingdom selama empat tahun, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang menyatakan lelaki barat jauh lebih bermoral daripada kebanyakan lelaki Melayu di Malaysia.

Mereka lebih mudah memberikan tempat duduk mereka kepada wanita atau kanak-kanak semasa menaiki kenderaan awam.

Mereka juga bersedia membuka pintu jikalau kita mendukung anak atau waktu tangan kita sarat membawa barang-barang.

Namun saya terkilan dengan kata-kata Akmal Fairuz di akhir tulisan beliau.

Beliau mengatakan, "Mereka ini (lelaki Melayu) perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini."

Atas dasar apakah Akmal Fairuz membuat kenyataan bahawa wanita dahulu bodoh? Pada pengamatan saya, walaupun ibu bapa atau nenek moyang kita dahulu tidak belajar hingga ke universiti apatah lagi keluar negara, tetapi kebanyakan mereka pandai mendidik anak-anak.

Kerana didikan wanita-wanita dahulu maka kita mempunyai pemimpin yang berkaliber, pentadbir dan pengurus yang berwawasan, anak-anak muda yang mencipta pelbagai kejayaan di persada dunia.

Kenapa sampai mengecam wanita dahulu sebagai bodoh hanya kerana marahkan lelaki-lelaki yang tidak menghormati wanita?

Wanita dahulu lebih terjaga adabnya dan terpelihara maruahnya. Mereka tahu menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Bersifat pemalu dan bersopan-santun. Adakah sikap sebegini yang menyebabkan mereka ini dikatakan bodoh?

Hari ini kita dapat lihat betapa ramai wanita yang cemerlang dari segi akademiknya tapi runtuh moral dan peribadi mereka.

Wanita-wanita yang hebat dalam bidang akademik ini belum tentu pandai dan bijak mendidik anak-anak mereka.

Apa yang penting sebenarnya ialah kita semua tahu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam, sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang perempuan. Tegur-menegur itu penting tapi jangan sampai menghina sesiapa sebagai bodoh.

- DR. FAUZIAH MOHD. NOOR,
Kuala Lumpur.
SURAT 2
SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan England kesemuanya lebih 22 tahun (bukan dengan kedutaan Malaysia), saya kira saya layak mengulas tulisan Akmal Fairuz ini.

Pertama, inilah sindrom anak-anak muda kita yang dihantar belajar ke negara-negara berbahasa Inggeris.

Tidak sampai pun empat tahun di sana mereka pulang dengan pemikiran semua yang terdapat di negara berkenaan baik belaka.

Walhal pemikiran-pemikiran ini kadang-kadang sempit dan tidak objektif.
Sebagai seorang terpelajar Akmal seharusnya mengemukakan pertanyaan kenapa setengah-setengah muda-mudi Melayu berkelakuan demikian, sebab tiap fenomena buruk mesti ada sebab musababnya.

Adakah ini kerana agama sudah diabaikan. Atau adakah ia disebabkan persekitaran yang kita wujudkan sendiri di mana hiburan adalah segala-galanya.

Atau adakah ia disebabkan masalah sosio-ekonomi di mana bangsa Melayu sendiri merasa seperti mereka merempat di tanah airnya sendiri.

Akmal pergi belajar di New Zealand, sebuah negara di mana bilangan kambing-birinya jauh melebihi penduduknya dan nilai-nilai dan cara-cara hidup adalah lebih baik dari England sendiri.

Waktu saya di New Zealand 30 tahun lalu, hari Ahad memang hari agama. Kedai-kedai ditutup, semua orang bangun pagi dan pergi ke gereja. Bandar-bandar sunyi senyap.

Tetapi sekarang Auckland, Wellington atau Christchurch sudah pun dicemari dengan gaya hidup 7-eleven dan sudah tidak tahu tidur lagi.

Semasa di Melbourne 30 tahun lalu, saya sudah pun berdepan depan dengan anak-anak muda dalam kereta menunjukkan punggong kepada saya di satu hentian bas dan waktu melihat kawan-kawan main billiard saya dilontarkan dengan panggilan perkauman.

Di Amerika dan England pun orang-orang bukan kulit putih (termasuk warga negara itu sendiri) sentiasa berdepan dengan kata-kata dan perbuatan yang terang-terang menyatakan mereka tidak dikehendaki.

Soalnya ia bergantung kepada di kawasan mana kita berada. Kalau Akmal di London atau Birmingham dia bukan akan diganggu oleh anak-anak muda kulit putih tetapi anak-anak muda keturunan India, Bangladesh, Pakistan, Arab atau Filipina.

Tetapi kalau di Scotland, Ireland atau Wales maka Akmal akan berdepan dengan muda-mudi kulit putih yang kurang ajar dan tidak menghormati wanita.

Di California atau New York, Akmal akan berdepan dengan pelbagai bangsa, kulit hitam, Korean, Hispanic dan lain-lain bergantung kepada kawasan.

- SAAD HASHIM,
Ampang, Selangor.


SURAT 3
SAYA merupakan penuntut tahun ketiga University of Auckland, New Zealand dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan.

Pada hemat saya, pendapat yang saudari Akmal Fairuz utarakan amat keterlaluan dan tidak melambangkan sikap keseluruhan pelajar lelaki Melayu sama ada di tanah air mahupun di luar negara.

Meletakkan tuduhan yang begitu serius dengan hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saudari alami, ternyata menampakkan saudari berhujah dengan emosional dan bukannya secara rasional.

Cuba saudari fikirkan, adakah dengan penghujahan seperti itu dapat menginsafkan kaum Adam yang saudari gelar sebagai bodoh?

Sudah pasti, tidak! Saudari harus melihat situasi semasa dengan skop yang lebih luas. Bukan sahaja pemuda Melayu, pemudi pun dua kali lima teruknya. Merokok, seks bebas, berpakaian menjolok mata, isu lesbian, pengkid, bohsia dan sebagainya antara isu yang melibatkan beliawanis masa kini.

Saya pasti pengalaman saudari selama dua tahun di New Zealand boleh membantu saudari melihat permasalahan ini dari perspektif yang lebih luas.

Sebagai contoh, tidakkah pernah saudari mendengar kisah pelajar-pelajar perempuan bertudung dikacau oleh lelaki-lelaki Inggeris?

Dicemuh dengan panggilan yang menjijikkan, diludah, serta dibaling dengan telur dan botol arak ataupun diekori lelaki Inggeris untuk dijadikan ‘rakan sekatil'. Ini adalah di antara seribu satu pengalaman pahit yang mungkin tidak dapat saya lupakan.

Bahkan, saban hari media tempatan seperti New Zealand Herald kerap membicarakan isu pemuda New Zealand yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial; lumba haram, memandu secara mabuk, seks bebas, sumbang mahram, kes buli, gangsterisme dan sebagainya.

Bahkan masalah keciciran di kalangan pemuda New Zealand di sekolah. Di New Zealand budaya berparti lebih-lebih lagi pada Jumaat malam, sudah sebati dengan kehidupan sosial mereka.

Mereka hidup tanpa haluan dan tujuan yang jelas. Adakah ini contoh perlakuan pemuda-pemuda New Zealand yang saudari banggakan?

Biarpun masalah yang hampir serupa turut melanda segelintir lelaki-lelaki Melayu, saudari tidak boleh meletakkan tuduhan serius sedemikian rupa kepada majoriti lelaki Melayu Muslim, yang rata-rata masih bertanggungjawab serta mempunyai misi dan visi dalam hidup mereka.

Membebankan pemuda Melayu dengan pelbagai cemuhan dan tuduhan yang bias, bukanlah suatu tindakan yang bijak. Sewajarnya jika mereka dianggap bermasalah, kita wajar mengkaji penyelesaian yang sesuai untuk menangani permasalahan ini.

Terima kasih kepada saudari kerana membangkitkan isu ini. Cuma lain kali, tajamkan minda sebelum ingin menajamkan pena.

Lelaki Melayu yang boleh diharap, tidak bodoh, dan tidak bermasalah,

- PELAJAR,
University of Auckland,
New Zealand

dicedok:
www.zaharuddin.net

Read more...

Keputusan PRK Permatang Pasir


Berita dari Permatang PASir..


PAS mendapat 9618 undi

BN mendapat 5067 undi.

PAS menang dengan undi majoriti 4551


Undian untuk PAS turun, undian untuk UMNO pun turun..

Aih.. Ramai xkuar mengundi la nie..

Salah sapa??

Hari mengundi hari apa ek??


Peringatan.. blog aku bukan tempat berpolitik tapi tempat untuk menyampaikan maklumat dan ilmu..

huhuhu... terpaksa meletakkan peringatan ini bimbang ada yang tak puas hati..


Read more...

Selasa, 25 Ogos 2009

Puasa dan diriku...

Begitu gembira bila hendak berbuka puasa bersama kawan-kawan :)

Alhamdulillah sykukr pada Allah Taala kerana masih lagi memberikan kesempatan dipanjangkan nafas dibiarkan jantung dan nadi masih berdenyut lantas aku masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


Setahun demi tahun kita melalui Ramadhan yang kini baru aku sedar Ramadhan adalah bulan pentarbiyahan. TARBIYAH.. Satu perkataan yang begitu sinonim dengan hidup kita sebagai umat Islam yang cintakan mati dan ingin mencari redha Allah.


Dalam mencari kelainan antara puasa pada tahun ini dengan puasa tahun lepas akhirnya aku mencari sebuah ketenangan yang begitu indah. Puasa dalam konteks pemahaman yang luas. Bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum malah juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Barulah kita dapat merasakan betapa lazatnya puasa.


Sakit hati ini bila awal-awal puasa lagi ada manusia yang sudah memasang lagu raya. Apakah sebenarnya yang mereka fakir tentang puasa? Adakah misi dan objektif puasa untuk menyambut hari raya? Kalau itulah objektifnya aku dapat merasai orang tersebut tidak dapat merasai kelazatan sebenar berpuasa kerana perangainya pernah ada dalam diri aku semasa puasa yang lepas.


Saya tidak katakana benda itu salah tetapi biarlah bertempat. Seeloknya dibulan puasa kita mengharapkan kepada keampunan daripada Allah. Banyakkan menangis mengenang dosa-dosa lalu dan berazam untuk meninggalkan dosa-dosa tersebut. Ambillah masa untuk khatam Al-Quran. Munkin kesempatan yang ada kita boleh baca 3 juz dalam satu hari. Memang diri ini lemah tetapi kalau tiada usaha untuk mencari iman yang mantap kelazatan iman itu kita tidak akan rasa.


Alhamdulillah syukur dan sampai ke akhir hayat syukur kepada Allah keran menganugerhkan kepada aku anugerah perasaan kelazatan yang tidak terhingga dalam menempuh ibadat puasa pada kali ini..

(~malam ini ada kelas.. Ermm… Gangu terawih aku~)

Read more...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan yang mulia

Salam Ramadhan Al-mubarak..


Selamat datang Ya Ramadhan..

Bulan Pentarbiyahan bagi umat Islam. Bulan untuk menguatkan iman dan peribadi muslim agar 11 bulan yang akan datang terkesan dengan pentarbiyahan di bulan ramadhan ini.


Masuk bulan ramadhan segalanya berubah. Dulu tak pernah datang ke surau tapi bila masuk bulan ramadhan akulah orang yang pertama datang ke surau. Dulu tak pernah membaca Al-Quran kini di bulan Ramadhan akulah orang yang paling awal membaca Al-Quran sesudah sahur. Dulu aku tidak pernah bersedekah tapi kini sedekah begitu ringan buat tangan ini..


Rintihan muslim dibulan ramadhan.


~diharap amalan dalam bulan ramadhan berkekalan sampai bila~

Read more...

Khamis, 20 Ogos 2009

Pentingnya kritikan kita..

Jangan dikongkong kita punya pemikiran..


Bagi saya pemikiran mahasiswa ibarat Taik Yang Akan Keluar Daripada Lubang Najis. Ia tidak boleh disekat atau dihalang sewenang-wenangnya dengan alasan memberi kesan kepada sesuatu organisasi. Macam mana rasa peritnya taik yang disekat untuk keluar macam itulah perit rasanya kepada kepada segolongan orang muda yang agak kritikal pemikirannya.


Biarlah mahasiswa meluahkan pendapat atau buah fikiran yang penting ia tidak bercanggah dengan norma dan hukum hakam Islam.. Pemikiran atau idea yang diluahkan atau kritikan yang dilemparkan sebenarnya banyak membantu perkembangan sesebuah organisasi tidak kiralah dari sekecil-kecil organisasi hingga sebesar-besar organisasi.


Lebih-lebih lagi dalam soal pemerintahan Negara, Golongan pemerintah harus mengambil cakna setiap kritikan dan buah akal rakyat agar segala pentadbiran dan keputusan tidak akan merugikan neraga dan rakyat. Saya ambil contoh dalam isu PPSMI. Bila dasar ini dijalankan tanpa kajian dan ketidakpedulian teguran rakyat menyebabkan Negara kita kerugian berbilion-bilion ringgit kerana dasar yang karut ini.


Banyak lagi isu-isu yang kerajaan masih mengabaikan kepentingan rakyat dan kepedulian rakyat dalam menghadapi isu itu. ONE MALAYSIA….


Satu konsep yang baik. Tetapi masih kabur dalam perlaksanaannya. Ramai lagi mahasiswa tidak tahu tentang ONE MALAYSIA.. janganlah ONE MALAYSIA sama nasibnya dengan nasib Konsep Islam Hadhari…

Read more...

KJ grilled by da students..







Read more...

Rabu, 19 Ogos 2009

Jangan cakap banyak lagi..Dakwa saja di Mahkamah Syariah..


Dakwa saja Nik Aziz di mahkamah Syariah..

Itu salah satu cara yang paling betol dan tepat kalau betul kenyataan Nik Aziz yang mengatakan “Ahli UMNO tidak akan masuk syurga” satu kenyataan yang sesat.

Alangkah bodoh kita bercakap kalau kita sendiri tak reti dalam bidang agama. Senang saja.. Dakwa Nik Aziz dalam mahkamah Syariah dan kita tengok sapa yang salah. Barula nampak cerdik skit..

Read more...

Ahad, 16 Ogos 2009

Teori Darwin dan Kepalsuannya...


Teori evolusi dan penipuannya..


Satu pendedahan yang begitu berharga oleh Harun Yahya yang perlu diketahui oleh semua peminat-peminat dan penkaji-pengkaji ilmu sains.


Seperti mana yang kita tahu Teori Darwin yang mengisahkan kita dan segala kehidupan yang melata di dunia ini saling berkaitan dari segi pembentukannya berubah secara evolusi dari satu kejadian dan kepada kejadian yang lain. Teori ini dipertahankan bermati-matian oleh evolusionis kerana hanya tujuannya yang satu iaitu ingin menafikan kenyataan sebenar yang setiap hidupan diciptakan oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa…


Tetapi dengan penghayatan ilmu dan kajian yang dilakukan oleh Harun Yahya mampu mengoncangkan Teori Evolusi hinggakan beliau meringkuk dalam penjara dan dituduh gila kerana berjaya mendedahkan kepalsuan teori evolusi.


Kini Teori Evolusi satu persatu didedahkan kepincangannya dengan penemuan-penemuan teori sains terkini. Teori Evolusi boleh dikatakan subjek wajib diambil oleh penuntut biologi di setiap universiti. Walaupun telah terbukti teori ini dangkal dan tidak saintifik tetapi ramai yang masih berpegang kepada teori ini dan saya bimbangi bakal meruntuhkan akidah umat Islam.


Jadi kepada orang Islam yang meminati biologi cuba dapatkan buku ini yang mendedahkan penyelewengan teori evolusi yang kita belajar. Beberapa eksperimen yang cuba menyokong teori evoludi juga berjaya dipatahkan oleh Harun Yahya seperti eksperimen Fox, Eksperimen Miller dan lain-lain lagi. Jadi dapatkan buku ini dengan segera. Buku keluaran SABA ISLAMIC MEDIA wajib dimiliki oleh setiap umat Islam..


Patahkan penipuan DARWIN!!!!!

Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

Satu Kehilangan Besar..

"Pergi tak kembali lagi"..Satu kehilangan besar kepada industri nasyid tanah air setelah pemergian insan berjiwa besar yang bernama Ustaz Asri Ibrahim ke Rahmatullah pada jam 11 pagi tadi.

Penyanyi yang begitu popular dengan nasyid "Pergi Tak Kembali Lagi" itu semestinya akan menjadi kenangan kepada setiap peminat nasyidnya kerana irama nasyidnya mempunyai unsur-unsur yang tersendiri yang mampu memberi kelainan kepada peminat nasyidnya.

Al-Fatihah.....

Read more...

Ketagihan & Nyalaan Nafsu Seks 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?


Soalan

Assalamualaikum warahmatullah..

Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

Jawapan

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.

Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.

Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ

Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya sebelum ini :-

Allah swt juga menegaskan :-

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.

Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -

  • Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
  • Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
  • Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.

Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.

Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.

Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.

Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  • azab api neraka,
  • azab kubur,
  • mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  • kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  • tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  • dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

  • penceraian akan berlaku akibatnya,
  • pasangan zina mengandung,
  • bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  • mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  • apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  • kejian masyarakat,
  • ditangkap basah dan diumum di media,
  • adik beradik mengeji,
  • akan dijangkiti AIDS,
  • dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
  • dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  • 1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

  • 2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

  • 3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

  • 4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

  • 5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

  • 6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

  • 7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

  • 8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

  • 9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

  • 10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

  • 11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

  • 12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

  • 13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

  • 14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

  • 15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

  • 16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

  • 17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

  • 18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

  • 19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

  • 20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Julai 2009

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.