Isnin, 29 Jun 2009

Pemuda UMNO ajak Tok Guru berdebat plak dah..

Nak tergelak aku baca berita-berita lawak yang tersiar dalam AKhbar SINAR HARIAN pada hari ini. Kata orang tua kalau nak gelak jangan tahan-tahan lagi nanti kena penyakit. Aku pe lagi terus gelak kuat-kuat. Hehe.. Tapi aku masih ingat pesan Rasulullah agar jangan banyak gelap nanti gelap hati maka aku sekadar tersenyum sinis je lah..Ermm… Nasib baik.

Pergerakan pemuda UMNO menyifatkan cadangan Mursyidul Am PAS yang ingin berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Najib Altantuya adalah satu langkah baik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dua parti itu.

Mereka juga melaporkan ingin mencabar TGNA agar berdebat dahulu dengan Pemuda UMNO negeri sebelum layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri. Kata pemuda UMNO “Jika beliau Berjaya melepas debat Pra-kelayakan ini, maka Nik Abdul Aziz layak berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia.” Adeh… hebat sangat ke pemuda UMNO Kelantan nie? Belajar setara mana? Lepasan Universiti Mana UMNO Kelantan nie? aku ibaratkan Pemuda UMNO Kelantan nie ibaratkan seorang anak kecil yang kehingusan marahkan seorang tua yang begitu hebat ilmu dan persilatannya. Kanak-kanak hingusan ini marahkan ilmuan tua itu kerana ilmuan tua itu mencabar ayahnya berlawan kata-kata maka diajaklah si ilmuan tua itu berdebat.

Cis!!! Budak hingusan. Gelaran ini pernah dikeluarkan oleh TGNA terhadap UMNO sebelum ini. Jangan sampai TGNA pgl budak berak merata sudah la..

Read more...

UMNO fikir rakyat Manek Urai tu bodoh..

Macam2 takik UMNO untuk memenangi pilihanraya pada kali ini. Baik taktiknya yang baik hingga ke taktik yang paling jahat xbertamadun. Boleh dikatakan strategi yang pernah digunakan oleh Arab Jahiliyah masih digunakan oleh UMNO untuk melawan PAS. Kejahilan dan kejahiliyahan UMNO semakin terserlah dek kebangangan mereka sendiri.

Apa nak peliknya. UMNO memang keturunan arab jahiliyah keturunan Abu Jahal anak murid abu jahal laknatullah. Yang terbaru aku dengar daripada mulut Husam Musa semasa malam pengisytiharaan calon PAS, UMNO sekali lagi menggunkan taktik yang bodoh lagi bengap.
Satu perjumpaan dibuat di rumah Dato’ Stopa mamat di rumahnya di Kuala Lumpur bersama anak-anak Kelantan kelahiran Manek Urai. Dalam perjumpaan itu mereka dijanjikan duit sebanyak Rm 300 seorang dengan syarat jangan balik mengundi untuk pilihanraya ini.

Adeh!! Poyo punya taktik. Aku ingatkn bayar Rm 300 soh balik mengundi pangkah UMNO. Tapi rupanya soh jangan balik mengundi. Sebenarnya UMNO masih ingat lagi sejarah ngeri mereka membawa balik 80 ribu rakyat Kelantan untuk mengundi UMNO pada PRU-12 yang lepas tetapi sebaliknya yang terjadi apabila sebahagian besar mereka memilih untuk memangkah PAS. Disebabkan itulah kepercayaan UMNO kepada rakyat Kelantan sudah pudar dan menukarkan taktiknya aga rakyat Kelantan jangan balik mengundi tetapi dibayar Rm 300.

Yang paling melucukan saya ada hadirin yang bertanya pada malam itu bilakah UMNO nak tunaikan janji bayaran yang pilihanraya yang lepas. Hahaha.. Itulah bengapnya UMNO apabila cuba untuk menipu rakyat Kelantan tetapi rakyat Kelantan sudah cukup matang dengan perangai jadian UMNO ini. Usahlah berjanji yang baru kalau bayaran janji yang dulu pun tidak ditunaikan lagi. Aku tak tahula cam mane muka Stopa Mamat bila diajukan soalan tersebut.

Mungkin Stopa Mamamat fikir rakyat Kelantan di kawasan kampong seperti Manek Urai bodoh untuk berfikir tentang taktik jahat UMNO. Sebenarnya UMNO silap percaturan kalau fikir rakyat Manek Urai sedemikian. Kampong memang kampong tapi otak dan cara politik orang manek urai lain dari yang lain.

Apa-apa pun kita tunggu apa lagi taktik bangang UMNo selepas ini. Taktiknya menyerlahkan lagi bangang UMNO dan sekutu2nya begitu juga penyokong-penyokong tegarnya.. Tegar melebihi penagih dadah.

Read more...

Ahad, 28 Jun 2009

Lawan PAS sudah tiba..

UMNO akhirnya mengumumkan calonnya pada petang tadi iaitu Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Dalam pada itu pihak PAS pula mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya untuk mengalas cabaran di Manek Urai. Kedua-dua calon adalah antara orang yang dikenali ramai di Manek Urai.

Read more...

Sabtu, 27 Jun 2009

Calon PAS selamat diumumkan..

Alhamdulillah....
Calon PAS bagi pilihanraya Dun Manek Urai telah selamat diumumkan.

Pengumuman yang diadakan dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang di kawasan Peti Undi Manek Urai Lama dihadiri beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat dan pemimpin kerajaan negeri seperti Mursyidul Am, Presiden PAS, Penasihat DAP, Husam musa, saifuddin Nasution dan ramai lagi pemimpin kerajaan Kelantan.

Seperti yang dijangka oleh aku sebelum ini Saudara Fauzi akan diumumkan sebagai calon PAS utk pilihanraya kecil pada kali ini. Beliau adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai juga merupakan seorang penjual ikan yang warak. Berserban sejak zaman mudanya lagi. pengisytiharaan beliau sebagai calon disambut dengan laungan takbir yang menaikkan bulu roma aku.

Menurut sumber oleh Tok Penghulu kampung aku kalau Fauzi naik jadi calon UMNO bakal bungkus tikar sebab perwatakan Fauzi sama hebat dengan Arwah Poksu Weil. Jadi dengan perkembangan yang terbaru ini akan menambahkan lagi kerja jahat UMNO dalam pilihanraya pada kali ini. kejahatan demi kejahatan yang tidak pernah serik dilakukan UMNO untuk penduduk manek urai.

Walau apapun kita doakan calon PAS pada kali ini selamat dan selalu diawasi agar keselamatannya terjamin daripada kerja jahat UMNO.

Read more...

Khamis, 25 Jun 2009

Isu Manek Urai : Aduan Polis Pemuda UMNO Buka Pekung Sendiri


yang di bawah ini memadai:







Banyak pihak hari ini menyifatkan aduan polis yang dibuat oleh Pemuda Umno Kelantan berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis sebagai tindakan yang mendedahkan pekung UMNO sendiri.

Malaysiakini yang memetik laporan Bernama menyatakan kenyataan Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu (angka sebenar mengikut seorang sahabat yang kebetulan lalu hanyalah disekitar 20-30 orang) yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Di dalam membuat aduan berkenaan Pemuda UMNO tidak menyedari bahawa merekalah yang perlu ditahan dan didakwa kerana membawa sepanduk yang menimbulkan dan menyemarakkan api perkauman di kalangan rakyat.

Mereka ingin sangat mengetahui "berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya" yang mudah sahaja bagi PAS membuktikannya dengan apa yang mereka pemuda-pemuda UMNO Kelantan telah lupa mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan.

Sebelum itu, pada 18 Januari 1985 tercetus pula apa yang disebut ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap. Dikatakan di mana lebih 200 ahli UMNO menyerang pekerja pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia, esok harinya.

Dan mengenai persoalan Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, Ketua Pemuda itu bertanya berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno.

Untuk menjawabnya kita nyatakan kalau ingin dibuktikan penghinaan dan penolakan UMNO terhadap Islam necaya blog ini terlalu sempit ruangnya untuk disenaraikan semua kisah pencabulan UMNO terhadap Islam dulu, kini dan selamanya.

Read more...

Memang haram jadah...




fuh.. rokok kat tangan tuh.. maju betol
xpelik kalau mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah mereka.. apa nk pelik
Inilah satu bukti kegagalan sekolah kebangsaan yan diterajui oleh kepimpinan sekarang. Tengok alangkah teruk keadaan masyarakat kita tanpa agama sebagai panduan hidup. Gambar ini aku ambil daripada blog MSO. Klau gmbar nie adik atau sedara mara korang aku mintak maaf la ek. Terpaksa aku sebarkan. Sakit hati nengoknya. Terkesan juga diri aku sebagai guru nanti. Banyak tol tanggungjawab yg nk kena buat. Bukan sahaja politik malah pentarbiyahan. Tapi bagi aku fikrah politik yang aku ada sekarang yg banyak mentarbiyah diri aku. Alhamdulillah…

Read more...

H1N1 menyerang UPSI..

Aduh..Bala.. Ya Allah jauhkan hamba mu ini dari bala tersebut. aku baru sahaja sampai Kelantan daripada UPSI. dop best layan jiwang atas bas tiba-tiba kawan aku calling cakap Kolej Harunaminurrashid UPSI kena kuarantin sebab 8 Jawatankuasa Mahasiswa Kolej yang baru pulang daripada program di Indonesia terkena wabak H1N1.

Dorg sume sampai kolej petang tadi. aku plak kuar kolej pada petang tu jugak. nasib baik balik hari nie. klau aku balik esok xpasal2 ngan aku skali kena berkurung kat kolej.

Aku xpuas hati betol la. Dah tahu sekarang wabak H1N1 dop tengah menganas kenapa la HEP dop benarkan plaja buat program kat luar negara. Apa salahnya kalau ditangguhkan dahulu. Nie kalau jadi mcm nie susah la. Cam ne la ngan program minggu suai kenal pelajar baru. Pelajar baru nak masuk 1 julai nie. Klau koleh dikuarantin cam ne plaja nk masuk. Aku yakin klau betol2 betol2 ade kes kat kolej penagguhan kemasukan pelajar baru akan ditangguhkan.. haha.. haram jadah. padan muka.

Tapi apa pun aku harapkan panggilan maut daripada kawan aku tu tak betol. ermm... ape2 hal kena tunggu subuh la dulu. tengok berita pagi esok. klau xdak ape2 Alhamdulillah.....
Bala-bala...
KENA UBAH KERAJAAN NIE (hehehehe...)

Read more...

Rabu, 24 Jun 2009

Perancis haram purdah

Inilah demokrasi ala barat. Hanya baik dari sudut pandangan kebaratan tanpa mempedulikan ajaran agama. sememangnya barat menganut fahaman sekular dan inginkan orang lain menganut fahaman ini kerana bagi mereka inilah kemajuan. kita sebagai orang Islam tidak seharusnya memperiakan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Perancis ini kerana bagi saya ia sudah melanggar hak asasi. orang nk pakai purdah biaq p la.. dop kecoh pasai apa.


Bukan jer kat Perancis berlaku perkara mcm nie. kat Malaysia sendiri pun berlaku. klau kita masih ingt seorang wanita ditegah untuk bertudung semasa bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Lantas die membuat laporan kepada Pemuda UMNO Malaysia (eh.. kenapa xbuat laporan kepada puteri UMNO ek.pelik tol..hehe). itu satu kes yang dilaporkan. sebenarnya banyak kes seperti ini yg berlaku di Malaysia yg kononnya sebuah negara Islam.


Apa nak jadi..



PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.
Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.



Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.
Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.



Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.



Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.



Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.



Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.



Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. - AFP

Read more...

hentikan segera polemik UG.

Ada lagi blogger2 nyamok cube memecahbelahkan pakatan rakyat walaupun isi ini sudah ditalkinkan oleh pimpinan PAS dan juga pimpinan Pakatan Rakyat. Sesudah keputusan yang jitu dikeluarkan setelah perjumpaan semua pemimpin pakatan rakyat sewajibnya para bloggers jangan lagi menulis atikel yang boleh membangkitkan perpecahan dalam pakatan rakyat.

Saya memuji sikap TGHH apabila menolak untuk komen berkenaan tindakan 10MP PAS yg menetang UG. Sikap ini diambil TGHH setelah kepimpinan bersetuju untuk menghentikan polemic UG yang cube dibesar2kn oleh UMNO.
Hormatilah keputusan kepimpinan. Jangan menyalak lagi dalam terang yang bersuluh ini. Isu dah selesai. Klau nk bercakap lagi baik masuk umno. Jangan buat sampah (hehe.. ambil kata-kata TGNA)

Read more...

Selasa, 23 Jun 2009

Alhamdulillah... Syukur pada Allah... Maha Besar Allah

Alhamdulillah segalanya telah selosai. Xdak lagi Istilah keramat iaitu “kerajaan perpaduan” yang boleh dimainkan oleh UBN. Parti lahanat itu semakin tersepit dengan kenyataan sendiri. Harapan UBN utk menyerang PAS menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk menawan manek urai akhirnya hancur berkecai dengan “kerajaan perpaduan” yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dengan perjumpaan “anak beranak” pada hari ini.


Tok Guru Nik Aziz secara terbuka menarik semula kenyataan kerasnya terhadap Ust Nasha. Perjumpaan berlaku dengan wajah yang ceria bagaikan menyelesaikn masalah dikalangan adik beradik. Itulah pemimpin yang memperjuangkan Islam. Aku menyaksikan video ini dengan kesayuan hati dan kekaguman yang amat terhadap pemimpin PAS dan juga sikap merendah diri Tok Guru.

Read more...

Cina India pun masuk Usrah.. Kita bila lagi.. xdak makna berjuang tp xde tarbiyah


Oleh Misbahul Munir Masduki


Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam.


Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.


Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.


Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.


Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.


Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.


Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.


Cuba baca komen daripada pengunjung blog idhamlim


ahmadz berkata...
Tu belum lagi Islam memerentah Malaysia,orang Cina dan India yang belum Islam cuba mendekati diri mereka dengan kesymukan Islam.


Apa kiranya selepas Malaysia merdeka UMNO melaksanakan perlembagaan Islam,mungkin hari ini kita dapat lihat berduyun-duyun bukan Islam memeluk Islam,tapi pakan daya pemimpin UMNO dari dulu kini dan selamanya tidak berjiwa Islam dan tidak ada pucuk pimpinanya yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah,bahkan mereka takut apabila desebut untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun untuk pengikut Islam sahaja.Juga menakut-nakutkan bukan Islam dari memahami dan mendekati Islam.


Pemimpin UMNO termasuk mereka-mereka berkelulusan Agama Mesir dan sebagainya tidak melaksanakan perentah Allah dalam Surah Taubat ayat 6 berrmaksud 'dan sekiranya ada orang musyrik minta perlidungan (bersekongkol atau berada di kalangan kamu) berilah perlindungan sehingga mereka 'musyrik' mendengar kalam Allah (al-Quran).........kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti.


Mereka,pemimpin UMNO dan pengikutnya juga tidak menghayati Firman Allah bermaksud , Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,Allah akan bukakan kepadanya jalan keluar dan memberikan rezeqi yang tidak diduga.


Ayat di atas hanya menjadi perhiasan dinding di pejabat atau di rumah sahaja tanpa melaksana dan menghayatinya.


Tanpa Nama berkata...
teman berusrah juga.. tapi yang ni dah lebih advanced..! teman makin semangat nih!


Tanpa Nama berkata...
tak pernah terpikir akan ada org bukan islam dengar usrah.Tahniah! teruskan berdakwah


kita tak boleh mengharapkan umno sbb bini masing2 pun ramai yang pala gondol, siap bersentuh pipi dgn jantan lain. Orang bukan islam tengok dia org pun takde beza gaya hidup dgn mereka.


member pencen keramat berkata...
Tahniah kepada PAS kawsan Bagan Dato'Saya mengharap sangat semuga pada PRU ke 13 nanti dapat tua-puan kuburkan UMNO disana. TQ

Read more...

Manek urai dan UG

Ape cerita ngan manek urai?? Bahagia ke x bahagia UMNO kat manek urai sekarang? Owhh!! Syahdunya melihat sang pelakon di dalam Unity C4 Govermant. Ada baiknya cadangan TGHH menaikkna isu ini sehingga Najib Altantuya terbelit dengan kenyataan sendiri. Ibarat serigala yang x dapat makan buah anggur pastu kerana nk melepaskan kekecewaannya dia kata buah anggur tu xsedap pun. Masam rasanya.

Hahaa.. memang dasar serigala jadian la pak najib nie. Aduh.. rindu nk ronda-ronda manek urai. Tapi sekarang terpaksa datang kampus nk selesaikan beberapa kerja. Esok aku balik Kelantan. Terus ke manek urai. 26 nie ada ceramah besar kat manek urai. Tok guru, anwar Ibrahim akan menghangatkan ceramah pada malam itu.

blogger2 nyamok (hehe..bak kata nasaruddin tantawi di suatu majlis bersama GAMIS) jom kita rapatkn saf kita gempur UMNO habis habisan. jgn biarkn makhluk jadian tu mengangu kerja Islam lagi..

Kita gempur UMNO..
Telanjangkan UMNO..
Hancurkan kerja jahat UMNO..

Read more...

Sabtu, 20 Jun 2009

Ganasnya makcik nie..

huhuhu... makcik ini mengganas..


Totok UMNO memang tetap menjadi bodoh dengan ketotokannya. Haha.. kesian sungguh. Pandai berhujah tapi malas aku nak lawan. Takut bergaduh kat kg dorg xpasai2 aku kena balun ngan kapak. Kata makcik tu mana boleh kita undi PAS. Kita keje ngan kerajaan, kerajaan buat jalan, kerajaan bagi tu bagi ni jadi kena undi die la. Kalu x undi UMNO berdosa besar. Kalau xpercaya pegi Tanya ustaz hukumnya. Hati aku plak jawab “ bodoh la lu makcik hokum buat sendiri kea pa tuh??” . aku ngan member2 aku dop main angin makcik tu smpai die syak aku nie org PAS. Haha.. menjadi jugak aku nk kenakan die. Bila mak cik tu dh syak aku org PAS Tanya aku soalan yg bukan2 aku n dag eng ape lagi mula berundur diri la sebelum kapak naik kepala.. hehee… terima kasih makcik kerana menonjolkan kepada aku perangai orang UMNO.. pak cik pun sama ja walaupun pakai kopiah. Pakai akidah UMNO jugak.. hampeh..

Read more...

nate apo anok wei kerajaan pepadue tuh?? pok cik xtahu..

pakcik nie bekas UMNO.. UMNO penipu. pilih kasih .kata pakcik yg belakang tu
Unity C4 Government… apa kata penduduk manek urai?? Huhuhu.. sungguh aku terharu dengan perkembangan ini. Sungguh menyedihkan. Buat UMNO la..huhu. aku baru jer balik dari manek urai selepas ditugaskn untuk menyelesaikn misi penting disana dibawah MSK(Markas Siswazah Kelantan).


Alhamdulillah pakcik-pakcik kat sana xkira UMNO atau PAS memang sporting. Xdak tanda-tanda dorg akan menganas mcm harimau macam kata pemuda AMENO tuh. Jadi kesempatan itu aku sempat sembang-sembang lebih daripada 50 org penduduk kg setelah misi aku sehari setengah mengerahkan tenaga utk berjumpa penduduk kg nk tahu mengenai keberkesanan isu kerajaan perpaduan yg cuba dipanaskan oleh AMENO.


Rata-rata bagi orang PAS kawasan tu menyerahkan isu kerajaan perpaduan kepada pemimpin atasan untuk menyelesaikannya.katanya “tok guru kito bijok doh. Xpayoh dop pening palo la piki bendo nie”..hehe.. aku tersenyum sendirian mendngr jawapan pak cik tu. Adal yang mengambil sikap berkecuali dan ada yang xfaham langsung isu kerajaan perpaduan. Katanya “ menato apo kerajaan pepaduan. Pok cik ado tgk tibi tapi pokcik xtahu gapo2.” Hahaha.. Bagus pak cik ku..


Jadi kesimpulannya senjata UMNO utk megelegakkan isu kerajaan perpaduan di Manek Urai dianggap sampah oleh orang Manek Urai. Sememangnya UMNO parti sampah dan suka buat kerja sampah..

Read more...

Jumaat, 19 Jun 2009

Manek Urai dah nk terburai kena lanyak UMNO

Sekejap lagi aku nk p Manek Urai. Keje boh keje.. banyak keje nk kena buat. Kedudukan sekarang 50 berbalas 0 ko tahu x. 50 kali UMNO serang kita tp kita xbalas satu pun lagi. Serang bertubi-tubi dalam tv Unity C4 Government punya pasal. Blogger pun turut sama2 menyumbangkan..

Huhuhu…xpe.. ada hikmahnya jugak. Sekarang baru tahu sapa yang tol2 tahu akhlak berjamaah dikalangan jemaah PAS. Ramai2 bloggers WAK ALBANJARI je lah yang paling aku respek. Walaupun die menentang UG tapi cara penulisan die kat blog memang menonjolkan cirri seorang Islam yang reti base. Maknanya bukan sahaja penulis yang mempunyai prinsip sendiri tapi reti cara nk pikat hati orang. Huhuhu… kita orang Islam jangan jadi bangang sangat.
Hari nie nk kena jumpa penduduk kampong nk tahu ape kecenderungan penduduk kampong setelah kena serang 50 berbalas 0. Adeh… berat tuh!!!

Read more...

Khamis, 18 Jun 2009

Marah TGNA bagaikan panahan untuk rakyat Kelantan


Kemarahan TGNA adalah wajar..Beliau adalah antara yang paling senior dalam PAS. Begitu mengenal UMNO leh dikatakan kalau tu taik UMNO pun tok guru Nik Aziz kenal.


Selepas Isya tadi aku sempat sembang ngan 3 orang penduduk kampong aku kat masjid. 3 orang nie antara orang yang menyokong UG kecuali abah aku la. Saja nak tau setakat mana mesyarakat kampong ambil tahu mengenai politik semasa. masyaAllah!!! Dorg punya penjelasan memang power gak la. Tapi malam nie bila tgk TGNA marah kepada Ust Nasha semua mula celik mata.


Celik mata bukn marah pada TGNA tapi mula berfikir tentang idea TGHH sblm ini. Syg mereka dan percaya mereka kepada TGNA mnyebabkn mereka trsentak apabila TGNA betol2 marah isu UG.


Semua jadi benci kepada idea UG. Haram jadah punya idea katanya. Mana2 pemimpin PAS dalam Malaysia nie aku rasa tak bleh tandingi kebijaksanaan TGNA dalam politik Malaysia. Marah TGNA bukan marah kosong tapi marah dan kecewanya die sebab die dh matang dengan perangai UMNO. Dulu UMNO cekik tok guru, dulu UMNO jerat kerajaan Kelantan, dulu UMNO terajang kepimpinan PAS Kelantan.


Selama 20 tahun menjadi MB Kelantan itulah diri tok guru yang sebenarnya. Matang dan tahu bena dengan perangai jahat UMNO..


Kepada semua aktivis gerakan Islam Parti Islam SeMalaysia PAS mailah kita ramai2 berdoa agar diuraikan segala kekusutan yang berlaku dalam PAS sekarang nie. Ini adalah sejarah yang memang buruk sedang berlaku dalam PAS demi tatapan anak2 muda nnti.

Read more...

Bom jangka TGNA...



Aduh..


Berat sungguh hati ini nk terima kenyataan sekarang. Bom jangka TGNA dah meletup dengan hebat sekali di Kota Bharu. Hancur berkecai darah-darah perjuangan dan penghormatan yang ada dalam diri TGNA yang memang selama ini amat aku kasihi sebagai seorang pemimpin di Kelantan.


Sikap yang tidak harus ditunjukkan oleh tok guru sebagai seorang yang separuh Tasawur dan ahli politik Islam yang dihormati. Menangis air mata darah skali pun kenyataan TGNA tidak boleh ditarik balik. Masih banyak kekurangan di dalam PAS sebenarnya. Banyak sgt. Bukannya kurang dari segi siasahnya tapi kurang dar segi pengurusan organisasi. Nampak sangat tiada MUZAKARAH antara pemimpin-pemimpin PAS sendiri.


Walaupun hancur berkecai sekali pun, retak terbelah, digilis sampai penyek renyak aku tetap akan bersama PAS untuk membetulkan hal ini. Perjuangan bukan semata-mata ingin menuntut keadilan tetapi yang paling besar dan mulia ialah demi menegakkan Islam dan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.


Esok janganla ade lagi bom jangka yang meletus di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Berteriak seronok pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO. Kalau PAS xde nk berjuang dalam ape yer?? Hizbit Tahrir?? Tabligh?? Abim?? Jim??....


Grrr…. Aku keliru

Read more...

Rabu, 17 Jun 2009

Facebook kepunyaan Israel laknatullah..Betoi ka??

Salam Semua
Please comment whether this is true? FACEBOOK actually belong to Israel.
Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?


Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya. 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!!
Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Read more...

Selasa, 16 Jun 2009

Siapa calon PAS di Manek Urai??

Hari dah semakin hampir. Kerja semakin banyak. Aku sendiri ditugaskan untuk bekerja di PRK Manek Urai dibawah sebuah Persatuan pelajar di Kelantan. Alah.. takut lak nk cakap.. Markas Siswazah Kelantan lah.

Sapa calon PAS untuk mengalas cabaran di Manek Urai masih menjadi teka teki lagi. Tapi menurut Tok Penghulu kampong aku lah katanya Saudara Fauzi antara bakal calon kegilaan di Manek Urai. Die xdela blaja tinggi sangat tapi peranannya dalam PAS cukup besarla di Kuala Krai. Orangnya bleh tahan jugak lah. Berserban dan wataknya lebih kurang dengan Arwah Pok Su Weil.

Sambil meneroka dunia yang serba luas nie aku singgah kejap kat blog MSO Melayu. Pergh!!!! Memang betol2 kebetulan. MSO membariskan 2 orang yang bakal menjadi calon PAS di Manek Urai iaitu Dr Basit dan juga saudara Fauzi. Dr Basit nie seorang pensyarah di KIAS dan juga Musyriff di pondok Sungai Durian dan juga seorang lepasan Universiti di Madinah.
Tapi apa pun pilihlah calon yang tol2 disenangi rakyat setempat dan yang memang dh cukup dikenali rakyat. Aku rasa saudara fauzi lah lebih layak untuk mengalas cabaran ini kerana wataknya yang sederhana dan cukup disenangi oleh rakyat Manek Urai.

Read more...

Suara Hati Ustaz Hadi di London

oleh Muhaiminsulam
1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.

3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul (semangat sebenarnya) mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.

Read more...

Antara 16 Sept. dengan Unity Government


oleh Muhaiminsulam

1. Antara idea 16 September dengan Unity Government, ada persamaan di sebalik perbezaan yang wujud. Satu idea daripada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan idea unity government adalah cetusan idea Presiden PAS.


2. Kedua-dua melibatkan kerjasama dengan PR dan juga BN/Umno secara peribadi demi mendapatkan kuasa. Kedua-dua pemimpin PR bersetuju bahawa tanpa BN/Umno, peralihan kuasa tidak boleh berlaku pada masa sekarang. Oleh sebab itulah, Tuan Guru Mursyidul Am menolaknya kerana melibatkan Umno, tambahan pula langkah 16 September dianggap tidak bermaruah. Namun, ada pihak yang cuba melegitimasikan bahawa itu adalah keperluan dalam suasana yang terdesak. Dururiah.


3. Abdullah Ahmad Badawi dan BN/Umno naik kecut. Ahli Parlimen mereka dibawa melawat sambil belajar di Taiwan secara mengejut. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga turut bergegas ke Taiwan untuk cuba membuat rundingan. Jika ada ahli Parlimen BN/Umno yang setuju berpaling tadah semasa 16 September bermakna mereka `berkerjasama’ dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan dianggap sebagai perwira perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi 16 September berlalu seperti hari-hari yang selalu.

4. Walaupun 16 September tidak berlaku. Untungnya, Anwar tidaklah dilanyak oleh pengikutnya. Namun yang lebih beruntung ialah Najib Tun Razak yang berjaya praktiskan idea tersebut di Perak. Tidak seperti nasib Presiden PAS, jadi cacamarba dalam parti. Idea unity government berhadapan dengan ketidaktentuan dalam membuat pandangan. Mengapa bersikap double standard apabila melihat dua isu yang sama? Aku percaya, semua ada hujah dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Membaca sesuatu perkara bermula dengan persepsi sendiri memang akan memperkukuhkan persepsinya. Di saat itulah idea seorang pengarang mati apabila tulisannya dibaca mengikut fikiran pembaca.

5. Orang yang khatam Usul 20 Hasan al Banna, tidak faham-faham wala' & siqah. Yang tak pernah reti apa itu menatang wala' & siqah, boleh takjub dengan 16 September yang tak menjadi. Demokrasi katakan. Kita bebas bersuara.

Read more...

Ahad, 14 Jun 2009

Xperlu berbincang dengan SIS..Haramkan saja. Hak Asasi Konon

http://www.tkodaily.net...

Kebebasan bersuara adalah laungan keramat pejuang asasi manusia termasuk di Malaysia. Di Malaysia, PAS turut mengetengahkan pendirian kebebasan bersuara sebagai hak warganegara Malaysia. Al-fadhil mantan Presiden PAS DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR dalam ucapan penangguhannya sebagai ketua Pembangkang pada 10 Julai 2000 pernah menyatakan, “Kebebasan bersuara merupakan antara hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan negara seperti yang diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 10. Hak ini merupakan suatu kurniaan Allah yang digunapakai oleh setiap bangsa yang bertamadun..” Hakikatnya, idea kebebasan bersuara sama datang dari Barat iaitu pemikir-pemikir terdahulu seperti Socrates, Plato, dan Aristotle.


Definisinya mudah, sebarang tindakan membendung seseorang daripada bersuara seperti kes yang sedang berlaku di Myanmar sekarang, junta tentera menghalang pelopor demokrasi Myanmar, AUNG SAN SUU KYI daripada meluaskan fahaman itu dianggap melanggar hak asasi manusia.



Persoalannya, adakah setiap kerajaan di dunia ini benar-benar mendokong kebebasan bersuara? Bagaimana jika ianya bertentangan dengan hukum Allah dan menghina Rasulullah SAW seperti yang berlaku di Denmark dan Britain? Ringkasnya, DIMANA LIMIT BERSUARA DALAM ISLAM? Jawapannya, mestilah ada limitnya!


Kebebasan itu pada pandangan Islam perlulah mempunyai adab dan pertanggungjawaban. Sebab itulah masih ada elemen dosa pahala, wajib, sunat, hukum halal, haram, makruh dan harus dalam Islam sebagai panduan atas tindakan manusia.


Orang menyatakan, mengapa diperbesarkan isu Sisters In Islam? Apa yang saya paparkan dibawah adalah sebahagian kecil daripada tindakan SIS yang telah bertentangan sebagai sebuah organisasi Muslim :-


1. Menolak fatwa kebangsaan berkaitan dengan isu Yoga
Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?"


2. Menyokong IFC
Bersama-sama dengan golongan Kuffar menyokong IFC Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) yang bertujuan meletakkan lunas perlembangaan Islam setara dengan agama lain di Malaysia. Ia akan menjadi kesan kemudharatan paling besar dalam sejarah akidah umat Islam Malaysia sekiranya permintaan mereka dipenuhi.

3. Menyokong Imam wanita dalam solat
SIS telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada April 2005 berbunyi “Adakah konsep perempuan mengimami solat jamaah yang terdiri lelaki dan perempuan itu bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah serta tidak pernah berlaku langsung dalam sejarah Islam? Katanya, yang nyata, tiada ayat Al-Qur'an yang melarang perempuan menjadi imam solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini. Tambahnya lagi, Khalifah Walid II dari Bani Umayyah telah mewatikahkan serban baginda kepada seorang perempuan di masjid Damsyik dan menitahkan perempuan itu untuk mengimamkan sembahyang Jumaat. Kisah ini tersebut dalam sejarah Damsyik dan telah dipetik oleh beberapa ulama Islam. (Justice Syed Ameer Ali, Short History of Saraceans Page No. 196). Rujuk artikelhttp://www.sistersinislam.org.... ontent&task=view&id=440&Itemid=194

4. Melantik wanita sebagai hakim dalam mahkamah syariah
Menyokong pelantikan wanita sebagai Hakim di dalam mahkamah Syariah berdasar dalil tiada arahan dan dalil yang jelas di dalam Al-quran dan Sunnah dan ianya hanyalah berpandukan percanggahan pendapat di kalangan jumhur ulama.

23 June 1999 - “Sisters in Islam support the appointment of women as judges for the following reasons:There is no specific and direct injuction in the Qur’an and Sunnah concerning this matter. There are only conflicting opinions of the jurists.”http://www.sistersinislam.org.... ontent&task=view&id=442&Itemid=194

5. Menentang hukum memakai tudung bagi Kes SMK Teluk Sentang
SIS telah menjadi pembela kepada kes individu-individu yang melanggar tatasusila aurat muslim dan mengaggapnya hak invidu.
27 February 2006 – “Sisters in Islam is opposed to any attempt by any government, public institution or the private sector, to force girls and/or women to cover or uncover their heads. In reference to the two recent cases of an employee of a five-star hotel’s decision to wear the tudung and the cutting of the schoolgirls’ tudungs in SMK Teluk Sentang, Kuala Krau, Temerloh, SIS maintains that the personal choices of the girls and women must be respected and no punitive measure or harsh treatment should be imposed.”Rujukhttp://www.sistersinislam.org.... ontent&task=view&id=400&Itemid=194

6. Menentang pandangan Ulama – Ust Abu Hassan Din Al-Hafiz apabila mengemukakan pandangan penggunaan cawat besi bagi mengelakkan rogol
16 February 2007 – “Sisters in Islam is shocked at recent comments by high-profile religious leaders this week blaming women for the allegedly uncontrollable sexual desires of men. Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz is recommending the use of chastity belts to prevent rape. What we are amazed with is that even Datuk Abu Hassan acknowledges not all men are potential rapists and that the majority of men out there are actually civilized and good.”

7. Menyokong Ayah Pin dan menentang hukuman yang dikenakan kepada Ayah Pin dan pengikutnya atas dasar kebebasan beragama!
27 July 2005 – “Sisters in Islam views with concern the punitive action taken by the Malaysian authorities on Ayah Pin and members of the Sky Kingdom. This attempt has resulted in detention of the 48 followers - including a three-year-old boy -without bail pending re-mention of their case on July 28th, and a state-wide police search for Ayah Pin. In addition, some quarters - including religious leaders and politicians - have even called for the use of detention without trial on the followers.”http://www.sistersinislam.org.... ontent&task=view&id=402&Itemid=194

8. Menafsirkan hukum poligami berdasarkan pandangan bertentangan dengan Al-quran dan as-sunnah
8 January 2002 - Sisters in Islam (SIS) wish to point out that Islam neither invented nor encouraged polygamy. Unlimited polygamy was a pre-existing practice prior to the revelations of the Qur'an. The Qur'anic revelations relating to polygamy are clearly restrictive rather than permissive.http://www.sistersinislam.org.... ontent&task=view&id=420&Itemid=194

9. Memohon hak kesamarataan gender dalam semua hal yang bertentangan dengan hukum syarak
13 Dis 2005 - Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mengalu-alukan sikap Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet yang begitu peka dan prihatin terhadap suara rakyat, terutamanya golongan wanita, dalam isu Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2005 ini. Maka kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang perlunya sistem Shariah dikaji semula bagi memastikan ianya selari dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender (Star 13 hb Dis 2005).

10. Menentang tindakan JAIS dalam isu penangkapan pelayan bar
24 June 2000 - The decision of JAIS to charge a pub singer for insulting the religion of Islam by being in a premise that servers alcohol reflects the problem of using laws as a means to regulate the person's conscience, faith and lifestyle. Section 10 of the Selangor Syariah Criminal Offences Enactment that makes it a crime for any person to insult Islam opens itself to abuse because it is a "catch all" provision that gives wide discretion for interpretation to enforcement officers. From the JAIS action, it appears that any Muslim, found in premises where sins are committed by other Muslims or non-Muslims, could be charged for "insulting Islam". As has been pointed out, does this mean that a Muslim who is in an airplane or a restaurant or a hotel where alcohol is served or in a supermarket where alcohol and pork are sold is "insulting Islam"? Could it also mean that it is an offence for Muslims to live with non-Muslims housemates whose belief and lifestyle could be regarded as sinful inIslam?
http://www.sistersinislam.org.... n=com_content&task=view&id=429&Itemid=194

11. Membenarkan hukum perayaan Kongsi-Raya dan meminta Ulama’ Malaysia mempromosikannya!
16 June 2006 - SISTERS in Islam wish to urge the ulama in Malaysia to play an active role as bridge-builders among people of different faiths. They should take heed of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's personal commitment that as a Muslim Malaysian leader, he is responsible not just to fellow Muslims, but also to Malaysians who profess other religions aswell.
http://www.sistersinislam.org.... =com_content&task=view&id=431&Itemid=194

1 2. Terlibat dalam banyak forum-forum luar tajaan Barat yang bertentangan dengan etika sebuah organisasi Muslim

SIS juga banyak terlibat dengan organisasi-organisasi luar, forum-forum antarabangsa yang mempromosikan agenda kesamarataan gender atas dasar hak asasi manusia yang bertentangan dengan prinsip Islam yang qati'e dalam al-quran. ia juga menjadi duri dalam daging masyarakat Islam Malaysia apabila menjadi penentang utama dalam isu bertudung di Malaysia sejak pertengahan 90-an. Walaupun wanita UMNO tidak serius dalam isu aurat, ia tidak sampai mengeluarkan kenyataan rasmi menghalang organisasi kerajaan mengamalkan pemakaian muslim.
Oleh yang demikian, http://khairulrijal.wordpress..../ menyeru para pengibar perjuangan ini mendokong sepenuhnya tindakan PAS agar tindakan tegas dan segera perlu diambil dengan serta-merta. Tindakan sewajarnya seperti menukar nama pertubuhan atau mengharamkan adalah disokong.

Selain itu, sekiranya tindakan kenyataan SIS sebelum ini terkeluar dari akidah Islam dan Ahli sunnah wal jamaah, maka hukuman setimpal berdasarkan peruntukan yang ada perlu dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam seluruhnya

Read more...

Khamis, 11 Jun 2009

Sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Datuk Mustafa Ali ke dalam jawatan yang lebih kanan dan penting di dalam Pas iaitu selaku Setiausaha Agung Pas memang telah dijangka dan diramalkan ramai pihak. Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat semua tokoh Pas yang terpilih menganggotai jawatan-jawatan penting di dalam Pas yang baru diumumkan tadi. Kesyukuran juga diucapkan kerana terpilihnya Husam Musa dan Mat Sabu serta Dr Mariah ke dalam AJK Pas Pusat.

Tanpa mahu mengulas panjang tentang perlantikan tersebut, saya cuma dapat menyandarkan harapan agar kesemua tokoh yang terpilih dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan efisyen. Menyelami hati dan perasaan ahli-ahli serta rakan-rakan di dalam PR amat penting bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih adil dan bijaksana. Sikap mengutamakan parti dan jemaah di samping mengutamakan `rakan-rakan serumah' amat penting agar Pas terus berkembang serta dihormati dan disegani rakan dan lawan. Lupakan kisah pahit jika ada, lupakan niat serong jika masih berbuku dihati kerana kepimpinan Pas serta kepimpinan PR telah membuat keputusan muktamad baru-baru ini bahawa PR tetap diutamakan sepertimana kenyataan media oleh DS Anwar semalam.

Kepada YB Husam dan Mat Sabu yang telah dilantik menganggotai AJK Pas Pusat, diharapkan mereka menerimanya walaupun tidak meminta. Tenaga serta buah fikiran kedua-dua tokoh ini amat penting buat Pas dan PR meskipun amat digeruni oleh Umno. Tunaikan janji kelian iaitu untuk menentukan bahawa Pas tidak akan `terperangkap' dengan Umno lagi. Kami mahu agar suara-suara kelian lantang di dalam Pas semata-mata kami mahu Pas sentiasa dihormati dan tidak dicaci selama-lamanya.

Perlantikan Ketua Penerangan yang kini diterajui oleh Us Idris Ahmad memang dialu-alukan kerana beliau juga seorang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Beliau juga sentiasa aktif berceramah dan juga aktif di dalam kuliah-kuliah serta usrah. Manakala, kepada tokoh yang akan menerajui akhbar Harakah juga diharapkan berupaya mengekalkan tahap profesional media berkenaan. Perlu diingat, akhbar tersebut kepunyaan parti dan semua ahli parti perlu diberi kepuasan dan keadilan di dalam bahan beritanya. Sekiranya akhbar tersebut semakin merosot pengedarannya, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara atau pengisian beritanya.

Mudah-mudahan Pas bangkit selepas ini setelah melutut seketika. Masih banyak perkara yang perlu Pas lakukan selepas ini untuk memperbaiki beberapa `luka dan kecederaan' yang terhasil daripada muktamar yang lalu. Apa yang penting, semua pihak yang mengkritik atau menegur Pas beberapa minggu ini adalah untuk membuktikan bahawa sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas. Memang tidak dapat dielakkan, kadangkala kritikan terhadap Pas disertakan dengan sentimen dan emosi yang kadangkala melampau batasan. Di dalam Pas juga begitu, kadangkala bila sesetengah pimpinan Pas mengkritik kerajaan Umno/Bn, mereka juga tidak dapat lari dari sentimen dan emosi apatah lagi melibatkan sesuatu isu yang terlalu mengganggu fikiran mereka. Cuma yang perlu dilihat, isi hati dan isi perut masing-masing samada ikhlas atau tidak meluahkan kritikan. /wfauzdin.blogspot.com.

Read more...

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Idea pimpinan tidak rugikan parti,
Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat."

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.

"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

"Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog 'darigaunghati'.

Read more...

KERAJAAN PERPADUAN : PANDANGAN NAIB PRESIDEN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

Read more...

Selasa, 9 Jun 2009

Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'

MALAYSIAKINI

Sejak dibentuk Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat kini menghadapi "krisis keyakinan" susulan tindakan PAS menggerakkan kerajaan perpaduan dan menggesa sebuah NGO wanita diharamkan.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua warga, tetapi kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat Sisters in Islam (SIS) membawa "kesan sebaliknya".

DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi penyokong pembangkang.

Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan "tidak relevan" kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai.

"Kita nak benamkan Umno, nak benamkan BN. Cakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini.

"Sebab, kalau menggunakan istilah kerjasama, ia akan disalahertikan. PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan engagement, ya.

"Ia digunakan untuk bercakap dengan sesiapapun, sama ada dengan MCA, MIC atau Umno. Bukan berunding, tetapi bercakap. Itu tidak salah," kata Mustafa dalam satu sidang media.

Walaupun idea kerajaan perpaduan pernah dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di satu mesyuarat jawatankuasa PAS tetapi satu keputusan tidak dicapai untuk menerimanya.

"Tidak salah melontar satu idea dan ia tak jadi satu keputusan," kata Mustafa.Tambahnya, dalam ucapan dasar presiden pada muktamar hujung minggu lalu, Abdul Hadi juga tidak membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan."Beliau tidak sebut, jadi ia tidak menjadi agenda parti," katanya.

Mustafa juga berkata, setakat pengetahuannya, idea pernah dimaklumkan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perbicangan.Bagaimanapun Mustafa tidak mengingati tarikh perbincangan tersebut."Selepas itu Datuk Seri Hadi, Datuk Seri Anwar dan (timbalan mursyidul am PAS) Datuk Dr Haron Din pergi ke Kota Bharu, berjumpa dengan (mursyidul am PAS) Datuk Nik Aziz, yang saya faham dalam konteks untuk menerangkan tentang perkara ini.

"Saya tidak tahu respons Tok guru (Nik Aziz ) selepas itu,” katanya."Pada saya, mungkin presiden PAS, bila beliau memaklumkan kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan, mungkin dia mengandaikan maklumat itu sampai kepada DAP."Tetapi mungkin maklumat itu tidak sampai kepada DAP sebab DAP kata ia tidak tahu. Mungkin benar mereka berkata begitu. Jadi ini yang menimbulkan cakap-cakap begini." Oleh itu, beliau berharap semua pihak di dalam PAS dapat menjernihkan suasana agar perkara tersebut tidak berbangkit lagi isu mengenai perpaduan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Musatafa turut menyatakan bahawa jentera pilihanraya PAS di peringkat Pusat dan negeri telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Katanya, jentera pilihanraya di peringkat Pusat akan di ketuai oleh timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa manakala jentera operasi di serahkan kepada jabatan pilihanraya negeri yang diketuai oleh pengarahnya, Datuk Abdul Fatah Haron.

Tambah Mustafa, PAS menggunakan strategi dan format yang digunakan oleh parti tersebut dalam dua pilihanraya kecil parlimen, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang - masing-masing pada Januari dan April lalu.Ditanya mengenai calon yang akan dipilih, beliau berkata, ia akan diumumkan seminggu sebelum penamaan calon.

"Saya tak ada senarai calon, yang ada hanya di Kelantan," katanya.Katanya, calon yang dipilih adalah calon yang diterima oleh rakyat dan boleh memenangkan parti tersebut dalam pilihanraya.

Read more...

Isnin, 8 Jun 2009

Mat Saman Kati.... Blogger rakyat??

Pagi-pagi lagi sesudah subuh aku terus ngadap laptop. xdak la blogger yang aku kunjungi dulu melainkan blogger kesayangan ramai iaitu Mat Saman Kati. Wah!!!..ingat nak hentam PAS lagi tapi dh sejuk kot nampaknya abat mat kita nie. Tapi apa pun aku tetap respek die sebab die blogger hebat dalam bloggernetwork. Jadi kerana kehebatan die aku paparkan tulisan pasrah die untuk kali nie. tp xtahula kalau2 esok die nak mengamuk lagi. hehehe.... Tapi ok ja kot sbb die kata die blogger rakyat. Rakyat Punya la tu..Sedar xsedar aku byk blaja ngan die supaya jgn takut nak bagi pendapat. Orang nak hentam, hentam la. Asalkan kita blaja bagi idea kita walaupun idea kita memang bangang

Ikuti Buah Fikiran Mat Saman Kati

Jangan risau..aku bukan nak tulis pasai cerita-cerita dalam Pas lagi. Jauh sekali nak cerita pasai skandal dalam Pas. Aku tak ada hak nak cerita pasai Pas sebab aku bukan ahli Pas.

Kalau aku nak cerita..aku kena cerita baik-baik. Kalau yang kurang baik…maknanya aku nak pecahbelahkan Pas. Sori la. Kalau nak baik saja…pi beli Harakah. Kalau nak cerita baik saja pasai PKR…pi beli Suara Keadilan.

Bila time pilihanraya…hangpa punya sanjung…sampai kelangit. Bila habih pilihanraya…kita cerita yang tak betui…dan-dan tu juga kita diberi bermacam label. Tapi aku bukan nak salahkan hangpa. Bukan hangpa yang suruh aku jadi blogger…aku yang gatai nak jadi blogger. Orang politik memang macam tu…baik Pas, PKR, DAP…serupa saja. Masa pilihanraya depa punya tatang…lepas pilihanraya..mampuih pi la kat hangpa.

Dan Perakexpress bukan dimiliki oleh mana-mana parti. Bukan dimiliki oleh mana-mana individu. Ia sudah jadi milik rakyat. Tak ada bos…tak ada kuli…semua serupa. Dan team Perakexpres boleh tulih apa yang depa suka. dan pembaca pun boleh pilih…sama ada nak baca atau tidak. Hangpa tak paksa aku…aku tak paksa hangpa.

Bukan macam Pakatan Rakyat. Orang PKR tak boleh tulis pasal Pas. Orang Pas tak boleh kutuk PKR. Hanya orang Pas boleh kutuk Pas…hanya orang PKR boleh kutuk PKR. Pirrrah!!
Buang “Pas for all”…gantikan dengan “For members only”. Buang “keadilan untuk semua”…gantikan dengan “untuk ahli PKR sahaja.”

Cukup…aku tak akan cerita pasai Pas lagi. Dan aku tak mau cerita pasai PKR lagi. Biar orang lain yang cerita. Nak tau macam mana layanan Pas terhadap blogger…baca kat blog Ummi. Yang ni Muslimat Pas yang tulih. Nak tau macam mana layanan DAP..baca kat anje-online. Serupa saja.
Aku nak pi tengok kugiran. Siang tadi ada orang kahwin…dan malam ni ada kugiran dan joget lambak. Aku nak tengok orang tua menyanyi lagi tahun enam puluhan. Aku nak tengok anak muda berjoget lambak.

Mampuih pi la dengan Kerajaan Perpaduan. Mampuih pi la dengan cakap-cakap hipokrit

Read more...

Lu jangan jadi BODOH Nasha..

""Nasharuddin berkata, kerajaan perpaduan itu berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat, bukannya perkongsian kuasa dengan Umno. ""

Malaysiakini

Read more...

Menatang apa Kerajaan Perpaduan tu?? Aku sendiri pun tarak tahu daa.

Pot pet pot pet semuanya sibuk nak bercakap pasal kerajaan perpaduan yang ditaja oleh TGHH(Haji Hadi). Xkire dari PAS, PKR, Dap dan juga ameno sendiri. Cakap ada yang bernada lembut dan ada yang lagaknya keras. Seolah-olah nielah satu projek TGHH yang paling bodoh dan sial di abad ini. Ada sesetengah blogger yang menulis umur baru setahun jagung tapi sebab ghairah nak menulis(xtahu la pengaruh sapa) maka ditulis la ikut nafsunya tanpa membuat kejian apa yang dimaksudkan dengan Unity Government ataupun Kerajaan Perpaduan.


Dengarnya memang bunyi hebat dan menakutkan. Gerun gak aku dengar istilah kerajaan Perpaduan nie. Naik bulu roma. Nak berpadu ngan sapa?? Sudah pasti dengan UBN lahanat tuh. Macam mana pengabungan ini boleh berlaku? Macam mana mekanis yang akan berjalan dalam gabungan ini? Hahahaha… Aku tahu ramai yang xtahu kan? Menghentam memang sedap. Tapi tahunya tarak. Memang bodoh bangang.


Kesannya sekarang UMNO mengambil kesempatan dek kebodohan Aktivis2 PR berperang isu ini. Sekarang peranan media UMNO bertalu-talu menyuluh PR dan menkabarkan kepada rakyat jelata PR sudah berpecah. Berperang bagai nak rak. Ada seorang blogger tu sanggup menulis “Nasha Bangsat”.. hahaha… nie cara politik sapa nie?? Sapa ajaq nie??? Hishhhh… Buang perangai lama. Jgn amlkan sangat.


Sambil aku melayari blog-blog blogger yang memang panas punggung malahan sekarang mungkin dah terbakar sejak kemenangan Ust Nasha aku terjumpa penerangan mengenai Kerajaan Perpaduan. Dulu aku pernah baca kat harakahdaily tapi xsempat habis sbb ada kerja lain. Terima kasih kepada saudara Pria Malaya atas informasi ini. 'Kerajaan Perpaduan' VS 'PAS the only choice'


So menatang mana yang xtahu skit habuk pun pasal kerajaan perpaduan nie tolongla baca skit2. Aku tahu benda nie memang amat asing dalam politik Malaysia sebab orang Malaysia lebih suka dengan politik kepartian. Sebab itu bila isu ini dibangkitkan oleh TGHH semua melenting macam bangang. TGHH haji hadi sendiri menegaskan benda ini sangat asing untuk rakyat Malaysia dan tidak boleh dilaksanakna secara gopoh.


“””“Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.””””mStar


Yang penting kita kena tahu kat sini Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan oleh TGHH bukanlah sama macam PAS bergabung ngan UMNO zaman Dato’ Asri dulu yang mana menyaksikan PAS diceraikan dengan talak 3 selepas kedudukan UMNO kian selesa. TGHH bukan la bodoh sgt nk bergabung ngan UMNO mcm yang PAS pernh kena dulu. TGHH kenal UMNO bukan sari dua malah dan lama, lebih lama daripada PKR ditubuhkan..huhu
Aku secara peribadi tidak bersetuju dengan dasr ini sebab nk xplain kepada rakyat memang memakan masa dan susah. Lagi satu keikhlasan UMNO boleh dipertikaikan. Tapi kerana aku ingin benda ini reda (kira nie tindakan bijak aku la) maka aku cuba x buat kalut dalam menghadapi isu ini.

Jadi lepas nie jangan la jadi mat2 bodoh lagi dop berperang sana sini. PRU-13 dah makin dekat. Tumpukan pada kekuatan kita nak hadapi PRU-13.

Read more...

Ahad, 7 Jun 2009

Mujahiddin lahir di kandang thogut-Kisah menyayat hati

Di tengah malam buta, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, suamiku pamit untuk pergi menuju suatu kota . Malam ini ada pertemuan penting ikhwan, katanya. Kuhantar kepergian mujahidku dengan senyum dan untaian do’a. “Jaga amanah kepergianku ini dik, dan jaga pula calun mujahid kita”. Ucapnya seraya membelai perutku yang mulai besar.

Adzan subuh baru saja berkumandang ketika rumahku digeledah tentera rejim ‘Gamal Abdel Naser’. Thagut itu memporak-porandakan kamar kerja suamiku dan mengambil dokumen dokumen penting milik ikhwan. Penjahat-penjahat berwajah buruk itu membelenggu dua tanganku dengan rantai besi. “Hai Sumayyah, ke mana suamimu pergi…. ?” Herdik salah seorang tentera itu. “Kerja over time!!” Jawabku ketus. “Bohong kau….!! hardik tentera itu sembari melayangkan tendangan ke perutku. Duh ….Robbana. … betapa sakitnya perutku. Janin di tubuhku yang berusia tujuh bulan, seakan-akan hendak keluar sebelum masanya. Mataku mendadak jadi berkunang-kunang, kepalaku serasa berputar. Selanjutnya tak tahu lagi apa yang mereka perbuat pada diriku.

Ketika sedar, aku sudah berada di kamar tahanan yang pengap dan berbau busuk. Rupanya kamar ini memang tak pernah dibersihkan, hingga baunya begitu menusuk hidung. Waktu terus berlalu. Tak terasa aku mendekam di dalam neraka ini telah beberapa hari. Tengah kurebahkan diri ke dinding kamar, tiba-tiba seorang penjaga penjara menghampiri. Dia membawa piring usang dan segelas air. Ya, aku tahu betul dalam piring itu ada ‘menu makanan’ yang menjijikkan untukku. Sepotong roti kering yang diolesi - maaf - kotoran manusia serta disiram sayuran basi. Jangankan untuk memakannya, menciumnya saja aku sudah muntah. Sudah seminggu makanan itu mereka berikan kepadaku, namun sedikitpun belum pernah kusentuh. Kondisi badanku semakin melemah, akupun akhirnya mulai sakit-sakitan.

Kelakuan para thogut biadab itu rupanya tak puas sampai di situ, setiap pagi dan petang aku disoalsiasatnya habis-habisan. Manakala mulutku membisu, sebagai balasannya mereka menginjak-injak perutku yang berisi janin ini, tanpa perasaan. Walau rasa sakit sudah tiada terperikan aku harus tetap menjaga amanah tentang kepergian suamiku, aku tak boleh menjadi ‘pembelot’ dalam jalan dakwah. Allah telah menggariskan hal ini dalam kitab-Nya yang mulia:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu khianat terhadap Allah dan Rasul-Nya. Dan jangan pula khianat terhadap apa-apa (barang-barang) yang diamanatkan kapadamu. Sedang kamu mengetahui.” (QS.8:27).

Malam ini, suasana penjara yang hening mendadak ramai oleh suara anjing menyalak. Perlahan namun pasti suara itu semakin mendekat ke arahku. Tak lama kemudian terdengar suara seseorang berkata, “Hai Hitam! beri pelajaran pada wanita ini agar dia buka mulut!!”. Si Hitam, anjing herder berbadan tinggi gemuk itu, segera dimasukkan ke selku. Mata binatang itu amat liar dan tak bersahabat lidahnya yang merah dijulurkannya panjang-panjang. Lalu herder itu berputar-putar mengelilingiku sambil menyalak hebat. Makhluk itu benar-benar siap merobek-robek tubuhku. Hatiku menjadi ciut dibuatnya.

Alhamdulillah, aku segera teringat suatu kisah di zaman Rasul. Ketika itu suatu kampung gempar kerana kedatangan seekor harimau buas. Semua penduduk lantas beramai-ramai pergi meninggalkan kampung. Ketika mereka dalam ketakutan, tiba-tiba muncul sahabat. Beliau pun bertanya, kenapa kalian lari meninggalkan kampung…? Mereka serempak menjawab bahawa kampung mereka kedatangan harimau buas. Mendengar jawaban itu sahabat berkata, “Barangsiapa hanya takut pada Allah, maka akan Allah jadikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini menjadi takut padanya. Barang siapa takut kepada selain Allah maka akan Allah menjadikannya takut pada semua makhluk yang ada di bumi.” (AI-Hadits).

Sahabat itu pun lantas pergi menemui sang raja hutan, dan benar saja ketika bertemu dengan sahabat, raja hutan tersebut menundukkan kepala. Kemudian binatang itu meninggalkan kampung.

Keberanianku segera muncul. Kutatap herder itu dengan tatapan penuh keberanian. Aku menyapa Si Hitam: “Selamat datang wahai hamba Allah, apakah kamu sedang bertasbih pada Rabb-mu…? Demi Allah aku tidak takut padamu. Aku hanya takut kepada Allah, Rabbku dan Rabbmu”. Subhanallah, …. setelah mendengar ucapanku, herder itu segera berhenti menyalak. Mata garangnya mendadak meredup dan sendu. Sebagai tanda syukurku kerana binatang itu menjadi jinak, segera kulabuhkan wajah ke lantai penjara untuk sujud syukur. Ketika terbangun betapa aku terkejut kerana kulihat Si Hitam pun tengah tersungkur sujud pula. Perlahan… lantas kepalanya terangkat, dua kaki depan binatang itu kemudian diangkat ke atas seolah olah rnemanjatkan do’a. Aku semakin heran dan terpana ketika melihat tetesan berjatuhan dari kelopak mata si Hitam, Robbana….. . binatang itu benar-benar tengah menangis. Gumamku dalam hati.

Keesokan harinya, seorang tentera memeriksa ke selku. Betapa terkejutnya setan itu ketika tahu tubuhku masih utuh. Manusia jelek itu lantas menjadi murka, Hai Hitam kamu sekarang menjadi dungut ! Kenapa tidak kau jalankan tugasmu dengan baik….? Umpatnya geram. Laki-1aki itu kemudian mengeluarkan cambuk dan sakunya, lalu dicambukknya Si Hitam habis-habisan hingga anjing itu mengeluarkan darah. Sedang aku hanya dapat menggigit bibir menyaksikan tetesan darah Si Hitam yang menciprat memenuhi ruangan sel.

Setelah puas menyiksa sang herder, laki-laki itu lantas beralih ke arahku. Manusia itu kemudian menyeret tubuhku yang lunglai pada suatu ruangan yang berbau amis darah. Di sana kudapati teman-teman karib suamiku, Daud, Ahmad, dan Abdullah. Tiga ikhwan itu tengah disiksa dengan disuruh berjalan di atas pedang tajam berkilat. Karuan saja darah segarpun mengucur deras dari telapak-telapak kaki mereka. Di tengah penyiksaan para thagut durjana itu, masih sempat kudengar mereka mendesahkan Hasbunallah wani’mal wakil…” . ” Hai Sumaiyyah… besok kau akan disiksa seperti mereka, jika kau tetap tak mau mengatakan kemana perginya suamimu!!” Laungan suara manusia jelek itu tiba-tiba mengejutkanku.

Tangis merdu seorang bocah yang baru hadir ke dunia memecah senyapnya bangunan tua penjara. Seorang penjaga penjara yang menjaga selku mendadak terjaga dari tidurnya. Kemudian laki-laki itu membuka pintu sel kamarku. Perlahan ia berjalan mendekat ke arah bayiku yang tengah menangis keras. Tangannya yang kekar dijulurkannya ke leher anakku, seakan-akan hendak mencengkeram dan melumat tubuh tak berdosa itu.

Belum sempat tangan itu menyentuh tubuh anakku, tiba-tiba Si Hitam menggigit dan mencakarnya. Lelaki itu kewalahan, lalu terguling, di lantai. Menyaksikan penjaga penjara yang tak berdaya ditarkam Si Hitam, tenagaku yang telah lemah mendadak menjadi kuat. Semangatku untuk kabur dari penjara semakin menyala-nyala. Tanpa pikir panjang lagi segera kuraih anakku, dan kudekap ia dalam selimut jilbabku yang panjang. Aku berlari menyusuri lorung lorung penjara yang panjang dan gelap. Dan akhirnya aku berhasil keluar dan rumah penjara. Kini dapat kuhirup kambali udara Mesir yang dingin.

Dalam remangnya malam, kulihat wajah mungil dalam dekapanku membuka mata perlahan- perlahan. Kutatap ia dengan sejuta sayang seraya berucap, ‘Salamat datang wahai jundullah kecil, engkau terlahir di kandang thogut. Mudah-mudahan suatu ketika engkau dapat menumpas para thogut durjana itu. Insya Allah ummi akan menjadikan rumah kita sebagai kandang bagi singa-singa Allah. bukannya kandang bagi ayam-ayam yang mudah disembelih oleh para thogut”

Wallahu Alam bissawab.Cerita seorang al-Akh murid Mohammad Outb ketika sang ustadz menceritakan pengalaman beliau di penjara bersama seekor anjing.

Tazkiyatun Nafs Az-Zahra

Read more...

Palestin Dinodai Tatkala Orang Islam Menjadi Badut Sarkas

Oleh: Admin
Tribute to : http://palestineevergreen.blogspot.com

Saya bagaikan ditampar dari lamunan apabila sahabat saya menzahirkan hajatnya apabila berjumpa dengan saya dengan menginginkan saya supaya menyertai komuniti gerakan di dalam mencetuskan semangat Palestine yang berbunyi 'Scent of Palestine, Scent of Jannah'. Mendengarkan bunyi motonya sahaja, sudah cukup meremangkan bulu roma saya memandangkan saya agak tidak mengambil peduli skesta kehidupan di Palestine yang di tatkala ini agak lengang dengan letupan bom. Saya seperti anak kecil berlari riang di tatkala hujan berhenti. Hanya berduka tatkala palestin diserang oleh zionist dan tersenyum lupa apabila palestine tidak lagi dihujani bom. Semenangnya saya merasa sungguh hina apabila menghadirkan diri untuk memasuki program yang sahabat saya aturkan ini. Keinsafan ini saya berharap dapat dikongsi bersama-sama pembaca kalian dan yang pasti Palestin masih lagi dinodai.

Kita adalah orang Islam di akhir zaman yang diuji oleh tuhan dengan ujian perampasan Palestin oleh Zionist. Tuhan meletakkan ujian ini sebagai matlamat kita untuk muhasabah diri supaya dapat mengembalikan semula tebing barat kepada orang Islam. Walaubagaimanapun, bagaimana kita hendak mendapatkan semula tebing barat sedangkan diri kita sendiri telah dirampas oleh yahudi?? anda faham maksud saya???.

Contoh mudah, berapa ramai umat islam yang pergi ke masjid mendengar majlis ilmu dengan umat Islam yang leka pergi ke konsert hiburan???. Lucunya konsert itu pula ditaja oleh orang Islam. Wah... Orang Islam membantu Zionist di dalam menghancurkan Islam itu sendiri.

Anda boleh bergelak sambil membaca tulisan yang bagaikan sarkas ini, tetapi inilah realitinya yang anda tidak boleh sangkal. Kemana arah tuju kita?? Kemana laungan semangat jihad yang diagung-agungkan itu??. Janganlah menjadi bak kucing hilang gigi, tikus terjoget-joget dan jangan pula menunggu sehingga tuhan turunkan bala baru kita semua hendak sedar bak kata ayah memukul anak, Sekali ketuk sekali jalan.

Nah.. sekarang ini bumi dilanda swine flu, bird flu, panas terik dan apa bala lagi yang berjangkit. Bumi menjadi panas maka terciptalah pula Earth Hour oleh zionist, maka umat Islam yang menjadi pak turut bak boneka patung mengikut gerak tangan yang gemah gemalai dari si penarik iaitu zionist.

'Earth Hour' yang direka-reka oleh puak yahudi yang kononnya bumi akan terselamat dari bencana kepanasan jika setiap kediaman ditutup bekalan elektrik selama sejam sebenarnya adalah suatu APRIL FOOL!! untuk umat islam. Puak yahudi mentertawakan kita berdekah-dekah di tatkala kita bergelap. Puak yahudi merasakan bahawa mereka benar-benar berkuasa dan berpengaruh apabila earth hour dirancang dan umat islam terpedaya. Ini menunjukkan bahawa umat islam bergantung harap daripada canakkan pemikiran daripada puak yahudi.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan? Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan puak yahudi yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya yang majoritinya ialah umat islam sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia yahudilah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.


Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.


Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan. Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang. Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan rancangan yahudi yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat iaitu yahudi khasnya termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT? Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Tidak cukup dengan Earth hour, kita semakin lemah dengan perpecahan didalam kelompok umat islam itu sendiri. Isu jemaah, berlainan fahaman, berlainan ikutan dan berlainan pemikiran menjadi duri dalam daging umat islam yang bagaikan menjadi barah yang sukar diubati. Kita tidak dapat duduk semeja dan bersentuhan bahu sesama kita disebabkan keegoan kita sendiri. Dunia arab sudah cukup memberikan kita gambaran jelas bahawa persaudaraan yang wujud didalam Islam itu sendiri semakin lemah dan longlai.

Apa telah terjadi di Iraq, Afganistan, lebanon dan yang terbaru di Pakistan. Ini semua berpunca daripada keegoan umat islam itu sendiri. Ego dan jaki dengan pendirian masing-masing. Ego sehingga merasakan fahaman mereka benar dan sanggup menggadai maruah islam dengan cara membenarkan puak yahudi dan barat menodai puak Islam yang berlainan ideologi dengan mereka.

Pada diri kita pula, kita sanggup bertekak dan berkelahi sesama kita semata-mata juah dengan fahaman yang kita cernakan dan jemaah yang kita dokongi. Menang sorak, kampung tergadai. Rejim saddam dijatuhkan, tanah Iraq dinodai. Ini bodoh belaka.Kita sudah terpedaya dengan mainan badut-badut sarkas daripada rejim zionist. Kita sudah terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Kita perlukan tebing barat untuk menegakkan kembali syiar Islam dan mengembalikan sinar ketamadunan umat islam itu sendiri. Andalah yang menentukan semua ini samaada terjadi atau tidak. Tiada gunanya jika seorang jurulatih menzahirkan taktikal yang termantap jika tiada pemain-pemain yang menterjemahkan kecemerlangan di atas padang bolasepak dan begitulah jua jika ada seorang pemimpin alim ulama tanpa sokongan padu dan persaudaraan dari umat islam seluruhnya. Jika kita hendakkan AQSA. kita perlu ikut AQSA iaitu Agungkan Quran Sunnah dan Allah!!!

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.