Sabtu, 30 Mei 2009

Bukan stakat Komunis..Nasionalis pun ambo tolok..

Alhamdulillah hari nie sempat untuk aku berjumpe kawan-kawan lama setelah menjejekkan kaki ke Kelantan kembali awal pagi tadi. Petang setelah selesai solat jumaat aku berkesempatan untuk ronda-ronda Bandar Rantau Panjang bersama Ikmal dan pipi. Sambil dop membeli dan membelah sempat sembang-sembang pasal kehidupan dalam cuti sem nie.

Malam nie sempat pegi lepak kat umah mamat kat Pulai chondong. Adala sampai kol 11. Skrg mamat nie dop buat praktikal kat Hospital Pasir Mas. Huhuhu.. bukan doctor.. tapi MA..MA tu stand kepada Mak Aku..eh..bukan.. Medical Assistant kot..hihihi.. aku xpandai ongputih..


Dop sembang la skit2 ngan mama pasal perkembangan politik sekarang. Ade sentuh skit2 pasal Komunis yang dop bising dalam media 3 4 hari nie. Gawat dong.. kadang2 naik muak dengan isu komunis nie. Mamat de citer kat aku bila wartawan Tanya Tok Guru Nik Aziz iaitu Menteri Besar Kelantan pasal Komunis. Tok guru bagi jawapan yang tidak disangka2 kan.. baik punya jawapan tok guru bagi. Tergelak besar aku bila mamat citer kat aku pasal jawapan tok guru kepada wartawan. Tapi aku xpasti la benda nie kuar ke x kat television. Aku rase xmungkin keluar. Kalau kuar xpasal2 kena banned stesen tv yg keluarkan itu. Nak tahu pet ok guru jawab… lebih kurang mcm nie la..”ambo bukan stakat fahaman Komunis jer ambo tolok. Fahaman Nasionalis yang memisahkan agama dan kehidupan pun ambo tolok..”


Hehehe…nampak?? Baik punya jawapan. Kalau media Tanya pemimpin2 lain mesti dorg akan cakap “ kita mesti tolak komunis sebab komunis dah bawa banyk bencana kepada kita”..”kita mesti tolak komunis sebab komunis merosakkan Negara kita”..”komunis boleh membawa ketidakstabilan kepada ekonomi dan Negara kita”…hiihihi.. alih2 datang sorg ulama jawab macam tu. Lain daripada yang lain.. fuh!!! Memang aku respek lah ngan jawapan tok guru. Pendek dan padat. Penuh bermakna.

Read more...

Selasa, 26 Mei 2009

Kebesaran Allah

MasyaAllah...

Besarnya keagungan Allah..Besarnya kekuasaan Allah.

Sahabat Sahabiah semua tengoklah video ini bagaimana air laut yang berbeza warnanya tidak bercampur. saya dapat video ini daripada metacafe. semoga dengan video ini akan menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah. betapa tingginya kekuasaan Allah. semoga kita menjadi makhluk yang berfikir.

Read more...

Dah habis dah latihan aku..

Alhamdulillah selesailah sudah latihan menembak Palapes UPSI pada kali ini dihiasi dengan adegan ganas dan hiburannya yang tersendiri. Latihan selama seminggu di Kem Hobart GUrun, Kedah memberi kepuasan tersendiri dan lain daripada yang lain.
huhu... Ade macam gaya komando x??
Nie dah bersiap sedia nak balik UPSI
Hari pertama dan kedua kitorg hanya berlatih kat Markas Palapes UPSI jer. Hanya latihan fizikal dan pentadbiran. Perjalanan ke Kedah baik punya perjalanan bila aku diarahkan untuk menaiki trak 3 tan. Aduh!! Banyak punya siksa daa.. Naik trak mcm naik kuda. Da ler jauh. Klau dekat xdela kisah sgt. Huhuhu.. Tapi yang penting best sbb banya pngalaman yg aku dapat masa naik trak. Yang paling aku suke tgk ialah MP (Polis Tentera) halang kereta awam untuk bagi trak kami teruskan perjalanan. Huhuhu.. skali tgk mcm beri laluan kat anak raja. Tp yang hampehnya keadaan xdela mcm anak raja sbb dop kat atas trak yg xselesa.


Brader2 MP pun otai punya orang. Xde nmpk penat kat wajah dorg untuk escot kami dari Tanjong Malim ke Gurun. Cayalah Askar Malaysia. Mantap dan hebat. Yang xmantap ialah solat jer xjaga..hehehhe.. tp aku jagala. Ape barang xjaga solat. Brader2 MP kejap dop blakang trak kejap dop depan trak. Xde dop pk letih nk kawal kenderaan lain supaya pergerakan kami lancar.
Skali aku tgk mmg letih kerja dorg nie. Dahler berisiko tinggi. Ape x nya. Klaulah masa pandu moto berkuasa tinggi tu tiba2 terbabas atau terlanggar kreta lain kan naya tu. Tp dorg memang pro lah. Kalah mat rempit. Mungkin dorg nie sebelum masuk askar mereka nie adalah antara mat rempit haram jadah yang membuat onar di Negara kita. Huhuhu… mungkin lah kan. Tp xpelah. At least dorg sedar dan sekarang dorg berkhidmat untuk Negara.

Sampai kat Hobart Gurun lebih kurang dalam 6 jam kot. Adeh!! Lama tu. Dalam hati memang dup dap dup dap takut nk tembak mortar. Huhuhu… tu bukan jenis peluru mcm peluru M16 atau AK47 ataupn Styer. Tu salah satu BOM beb. Klau meletup di badan bukan cedera tapi hancur berkecai ler jawabnya. Alhamdulillah aku Berjaya menembak 2 biji mortar. Nak tahu brape harga sebiji bom mortar?? RM 700. Aku tembak 2 biji so harganya RM 1400. Tu baru aku sorang. Pastu korang darab ngan 109 orang kadet yang menembak setiap seorang 2 biji bom mortar. Bukan main banyak duit rakyat daripada kementerian Pertahanan digunakan untuk latihan. Tu baru Palapes UPSI jer. Klau campur ngan Palapes lain mmg banyak gilerkan duit rakyat digunakan untuk latihan tentera. Huhuhu… Tp xpelah. Tu pun untuk kepentingan rakyat Malaysia gak. Jgn seleweng duit rakyat dah ler. Jgn la harga bom mortar RM 200 pastu claim lak RM 700. Kan tu haram jadah namanya. Bagi yang haram ler…

Dah banyak kali berlaku kn???? Ape?? Sukhoi.. huhuhu.. aku xnk tuduh sape2…

Jadi akhir katanya latihan pada kali ini memang best dan mantap ler. Pentadbiran pun ok jer walaupun aku ade skit xpuah hati ngan beberape senior. Tp xpelah…LAYAN!!!!!!!!

Read more...

Isnin, 25 Mei 2009

Siapa Aminah?? "pelacur politik"???

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan.
Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.
Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut.
Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu?Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang.
Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor.
Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan.
Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur.
Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa.
Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

Read more...

Sabtu, 16 Mei 2009

Jangan Hidup Sambil Mati

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

"WAH", perniagaan awak semakin besar. Bila sudah kaya, jangan lupa pada kami," kata tauke kedai fotostat yang sering menjadi pilihan saya untuk memfotostat kertas kerja kursus kewangan Islam."Awak sudah masuk semua syarikat besar, termasuk ke Brunei juga. Hebat dan selamat berjaya," isteri tauke yang berumur sekitar 50-an pula menyampuk.


PELANGGAN DAN PENDAKWAH?

Hasil kerja yang bersih, cepat dan murah serta bijak berinteraksi dengan pelanggan antara punca saya memilih menjadi pelanggan tetapnya, selain faktor ketiadaan kedai fotostat lain di kawasan berkenaan, khususnya milik orang Islam.
"Jangan bimbang, itu pun jika umur saya panjang, manakala tubuh badan pula sihat," balas saya ringkas.

"Aiya, awak jangan cakap berkaitan mati, susah hati la. Jangan fikir mati lagi, hilang semangat nanti. Kita kerja, kerja, kerja dulu, nanti hidup baru senang," kata tauke dengan bahasa Melayu pelat Cina.
Isterinya turut mengangguk tanda setuju dengan saranan suaminya.
"Aiya tauke, jika tidak fikir mati, hidup senangkah?" duga saya selanjutnya, cuba meninjau ‘dalam kepala' sang tauke dan isteri.

"Kalau fikir mati, buat itu dan ini pun boleh jadi malas, sebab rasa mahu mati saja," kata tauke nampak yakin sambil tangannya ligat menulis bil fotostat saya.
Wajahnya masih tersenyum, mungkin gembira menerima sejumlah wang yang saya hulurkan secara tunai.Dua pekerjanya adalah anak gadis Melayu, mungkin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka turut tersengih mendengar celoteh kami.
"Tapi tauke, kerja cari duit saja tanpa fikir mati, satu daripada punca utama orang ceroboh hak orang lain, menipu, merompak dan samun, semua sebab tidak fikir pasal mati.
"Orang buat jahat dan tamak kerana lupa pasal mati la tauke. Nanti mati, semua pun tinggal," jawab saya sebagai balasan kepada logik yang diberinya tadi.

"Kami orang Islam yakin mati adalah waktu terima ganjaran kebaikan ketika bekerja di dunia atau balasan seksa jika menipu waktu kerja.
"Oleh itu, jika individu terbabit penganut Islam tulen, mereka kerja kuat dan tidak menipu kerana mahu selamat dan terima ganjaran," tambah saya.
"Baiklah, awak betul," kata tauke dan isterinya hanya mengangguk sambil tersenyum manakala tangan menghulur resit.

Entahlah, sama ada difahami atau tidak oleh tauke, tidak dapat saya menduga. Namun, cukup sebagai pembukaan awal satu dakwah kepada individu bukan Islam.
Bukankah molek jika kita semua ambil peluang sebagai pelanggan kerana mereka hormat pelanggan, lalu saya gunakan penghormatan itu bagi meraih sesuatu untuk Islam. Sudah tentu anda juga boleh. Namun lebih tepat jika anda sudah agak kenal lama dan sang tauke sudah sedikit sebanyak mengenal hati budi dan amanahnya anda.

Saya sudah lama kenal tauke itu dan isterinya sehingga boleh saya katakan, saya amat dipercayai mereka. Manakan tidak, sehingga pada Ahad, saya masih boleh meminta tauke datang untuk menyiapkan satu kerja fotostat kecemasan kursus bagi kegunaan pagi Isnin.Pengesahan pihak penganjur pada saat terakhir pasti membebankan urusan persiapan. Alhamdulillah, tauke sanggup datang dan membuka kedainya khas untuk saya. Bab pembayaran, tidak pernah saya lewat sehingga meresahkan tauke. Bila janji tempoh bayaran, saya akan pastikan ia ditepati.

Ini menyebabkan saya dicop sebagai pelanggan tetap berkualiti yang dipercayai dan sering pula diberi diskaun. Diskaun sering diberi sebagai penggalak dan penambat hati secara psikologi, memang bijak.Teringat sikap seorang peniaga langsir Pakistan di Leicester, United Kingdom (UK), yang mulanya cukup baik bersembang, namun bila saya minta sedikit diskaun, hanya GBP 50 pence (RM2.50), lalu dibentaknya."Apalah kamu ni, aku sudah beri harga terbaik dan boleh beli apa sangat dengan GBP 50 pence itu," bentaknya."Itulah kamu, sebagai peniaga kamu perlu tahu, ada kalanya pelanggan meminta diskaun bukan kerana ingin jimat tetapi sekadar kepuasan dan memberi keyakinan untuk membuat keputusan dan membeli, kena faham itu," bentak saya semula .

Dia kelihatan tersenyum pahit dan akhirnya memberikan saya diskaun lebih dari GBP 2. Namun, saya sudah pun membatalkan pembelian alas meja kerana sikapnya tadi selain hati juga sudah tawar dengannya, walaupun dia cuba memulihkan semula dengan sembangan berkenaan Malaysia selepas itu.Kembali kepada kisah tauke Cina Malaysia tadi, benarlah kata sahabat dan rakan saya ‘orang Cina, sekali sudah mempercayai kita, mereka akan terus percaya sehinggalah terbukti sekali kita bersifat sebaliknya. Tatkala itu hilang punah seluruh kepercayaan yang lalu'.Saya memanfaatkan kepercayaan itu untuk memulakan idea Islam di dalam minda mereka. Benar, memang sukar untuk anda terus pergi ke bertemu rakan bukan Islam dan berkempen idea berkaitan Islam secara tiba-tiba.

Sewajarnya, kita menggunapakai cara yang ditunjuk oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW, baginda digelar Al-Amin atas sifat amanah baginda oleh seluruh penduduk Makkah, termasuk sang kafir.Dengan imej demikian dan izin Allah SWT, baginda mampu mempengaruhi sejumlah besar penduduk Mekah untuk menerima Islam pada awal kebangkitannya

FIKIR MATI AKAN SENANG ATAU SUSAH ?

Inilah pertentangan antara keyakinan seorang bukan Islam dan seorang mukmin.
Idea bukan Islam sering menjauhkan seseorang dari berfikir tentang kematian, kerana sangkanya ia hanya akan melambat kemajuan diri seseorang.

Malang, kepercayaan ini semakin meresap dalam diri kebanyakkan umat Islam, khususnya mereka yang sedang mabuk dilambung oleh ketamakan wang, pangkat dan harta. Kematian semakin dilupai, membawa sama kelupaan terhadap redha dan cinta Allah dan Rasul, turut lupa dan lalai terhadap larangan, tegahan dan arahan ilahi.

Kejauhan daripada Allah swt semakin terbukti apabila disebut berkenaan hukum perniagaan, mereka melenting dan tergesa-gesa menempelak :-

"kalau asyik haram, haram, haram aja, sampai bila kita nak maju!!, bukankah Islam suruh kita maju!"

Ini idea jahiliyah, yang sepatutnya hanya tersemat kukuh dalam hati dan minda seseorang yang sepatutnya berpakaian ‘kafir' bukan dari seseorang bernama Muslim. Moga kita dijauhi dari minda buruk ini. Islam menyuruh kita maju hati dengan kekayaan yang halal.
Allah swt berfirman :-

قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى
Ertinya : "Allah berfirman: ""Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan" ( Toha : 126 )
ZIKIRAN KEMATIAN YANG MENGHIDUP
Ya Allah, NabiMu menangis deras mengingatkan nasib kami yang lemah ini. Ingin sahaja Nabi berdoa kepada Allah agar dapat diperdengarkan bunyi manusia yang sedang diazab di kubur. Catatan Imam Muslim menyebutkan kalam Rasulullah s.a.w :-

إن هذه الأمة تبتلى في قبورها ، فلولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه
Ertinya : Sesungguhnya umat ini akan diazab di dalam kubur mereka, nescaya jika sekiranya ia tidak sampai terlalu menakutkan kamu (sehingga takut untuk dikafankan dan dikebumikan), sudah tentu akan aku berdoa kepada Allah swt agar diperdengarkan bunyian azab kubur sebagaimana yang aku dengari ini" (Hadis riwayat Muslim)
Itulah salah satu mu'jizat Nabi s.a.w yang diizinkan oleh Allah untuk mendengari bunyian pukulan azab seseorang hamba. Ingin sahaja Nabi berkongsi kesedaran itu dengan kita..
Ya dengan kita, untuk apa ?

Agar kita tersedar dari dodoian indah dunia dan harta sementara yang melupakan dari tugas dan tanggungjawab hakiki di muka bumi sementara ini.
Azab atau nikmat di barzakh akan kekal sehingga kita dibangkitkan, jika ia enak, akan enaklah sepanjang penungguan dan selepasnya, jika pedih akan pedih jualah perjalanannya bermula dari diletaknya ia di ruang kecil lagi sempit yang bernama liang lahad.
Nabi bersabda :-

إن أحدكم إذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي إن كان من أهل الجنة فمن أهل الجنة وإن كان من أهل النار فمن أهل النار يقال هذا مقعدك حتى يبعثك الله إليه يوم القيامة
Ertinya : Apabila seorang kamu telah mati, dibentangkan tempat tinggalnya di pagi dan petang hari, sekiranya ia dari kalangan ahli syurga, maka ia akan menikmati tempat tinggal seperti ahli syurga, sekiranya ia dari kalangan ahli neraka, nescaya ia akan merasakan tempat duduk ahli neraka dan dikatakan kepada mereka : Inilah tempat tinggal kamu sehinggalah kamu akan dibangkitkan di hari kiamat kelak (Riwayat Bukhari dan Muslim)

BILAKAH ?

Wahai diriku dan teman-teman, apakah kehidupan kita hari ini sudah akan melayakkan kita untuk disenaraikan sebagai penghuni neraka atau syurga?
Sedarkah kita, kematian sentiasa mengintai dan malang bagi diri yang masih sering melupakannya, kehidupan dan hartanya disirami unsur haram lagi terlarang. Tubuhnya disaluti pekakas haram, pergerakannya sentiasa melanggar sempadan kemurkaan Allah dan dukacita Rasul. Keluarga ditadbir mengikut telunjuk nafsu.
Adakah sudah kita tempah ruangan barzakh yang luas sebagaimana kita tempahi kereta mewah idaman kalbu?

Bilakah lagi mahu tiba rasa ghairah dan kesungguhan untuk pahala besar sebagaimana rakusnya kita dalam mendapatkan kontrak dan tender besar?
Apakah kita sudah mampu tersenyum puas kerana usaha kita mentaati Allah, sebagaimana mereka yang tersenyum bangga memasuki rumah baru dibelinya yang luas lagi indah, bagaimana nasib rumah kuburnya kelak?
Jikalau kita masih belum, mengapa harus kita berlengah lagi?. Masih belum sedarkah dari lena dunia dan isinya?

Kematian seharusnya menjadi satu waktu yang dinanti kerana ia permulaan nikmat hakiki, bukan ditakuti dan dirisaukan. Namun jangan sampai enggan berubat apabila sakit, berubat adalah tuntutan Islam yang ditegaskan oleh baginda Nabi s.a.w.
Bilakah kesediaan itu akan tiba wahai diri, bila lagi?

Ya Allah, kami berdoa agar kami tidak tergolong dalam kategori mereka yang melupaimu, berikan kami sekelumit rasa cinta dan kasih kepadaMu, moga ia mampu mencetus getaran hati yang merubah diri lalu menyelamatkan kami dari azabMu. Jadikan kematian sebagai satu garisan yang tidak digeruni kami, tetapi ditunggu oleh kami dek kerana keghairahan untuk bertemuMu dan RasulMu yang membawa sinar dan rahmat kepada seluruh alam.
Memperbanyak fikir berkenaan mati akan menghidupkan seseorang, kegagalan berifkir tentangnya akan mematikannya.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
17 Rabiul Thani 1430 H
13 April 2009

Read more...

(264) Nizar vs Zambry - BN tak akan terjun ke lubang tahi !

Dipetik daripada http://politikbanjar.blogspot.com/

Masa keluar dari masjid tadi wak sempat berbual dengan seorang anggota Topi Merah yang kebetulan jiran wak pun, berhubung dengan Krisis Perak. Kebetulan dia pun baru saja balik dari Ipoh kelmarin, cuti 2 hari katanya, lusa nak kena balik ke markas semula, katanya. Huh!! Saja provoke dia tentang kemelut politik sekarang. Dengar kata DUN Perak nak bubar ! Sapa kata..! hang ingat senang-senang ker Zambry nak bubarkan DUN..nak cari nahas ! BN tak kan bubarkan DUN ! Nak mamposss...!! BN tak terjun ke lubang tahi !!Pasal apa ? wak provoke lagi..Hang ingat, kalau depa bubarkan DUN, depa boleh menang ? Aku boleh kata, depa akan kalah...silap haribulan dengan Zambry tu pun kantoi kat Pangkor..elok2 ada 28 Adun BN, nanti dah P'Raya tinggal 14 saja..Mahathir pun tau, depa tak boleh nak menang !Memang gila laa..kalau depa saja cari nahas..nak bubar DUN !! habis tu..tak kan nak biar Krisis Perak macam tu terus ! Polis pun tak boleh nak rehat kat rumah, wak sental taruh cili wak radenjowo lagi, kasi pedas..!!Sebut pasal tu. dia jadi hangat...hahahaha..! Tau apa dia jawab...!! Kena BUBARKAN DUN !! kah...kah..kah ! wak gelak...dalam hati, wak cakap " mangkaq laa...hang! " Give up la tu !

Off topik kejap, kat bawah ada artikel bagus dari rakan blogger, Mr Kolumpo..pandangan peribadi beliau tentang isu sokongan non-muslim terhadap PAS kini..layan !Semakin hari semakin kuat dan meningkat sokongan non muslim di dalam PAS. Sehinggakan kelab penyokong pas sudah dikatakan hampir tepu. Sebenarnya ini lah yang ditakuti oleh UMNO. Parti yang berasaskan perjuangan kaum sudah tidak relevan.

Teori pecah dan perintah yang diserap masuk oleh british sudah lapok dan tidak laku.Ini dibangkitkan oleh saudara Hu Pang Chow pengerusi Kelab Penyokong PAS. Dan Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas bahawa menangguhkan keahlian kerana bimbang diserang oleh UMNO.Pada hemat saya yang daif, sebenarnya UMNO bukan menyerang kerana mahu mentertawakan PAS tetapi SEBENARNYA MEREKA AMAT TAKUT AKAN TERJADI HAL INI.

Betul...ada sesetengah org PAS yang tak mahu satu hari nanti org non-muslim bertanding untuk pegang jawatan presiden,tetapi sebenarnya bukan itu cara nya.Pada hemat saya, PAS perlu menubuhkan satu sayap seperti sayap Pemuda dan Muslimah, khas untuk ahli non muslim. Sayap parti untuk non muslim membolehkan mereka menjadi ahli. Walaubagaimanapun kita hadkan keahlian mereka paling tinggi boleh pegang Ketua sayap untuk non-muslim.

Sekurang2nya mereka tidak rasa dipinggirkan sedangkan mereka sama2 berjuang,bekerja dan mengundi untuk parti.Bukan kah ini juga satu cara untuk mendekati dan berdakwah kepada mereka?? Jika dibukakan hidayah untuk mereka memeluk Islam maka mereka boleh di serap kedalam sayap Parti PAS yang lebih kanan.Apa yang HU cakap ada kebenarannya..seperti sepasang kekasih yang mengungkap kan kata I LOVE YOU seribu kali pun, bila diajak kahwin tapi ditolak, lama2 mereka boleh lari.Mungkin ramai di antara mereka ini yang tidak berparti. atau bekas dari ahli serpihan MCA dan MIC.

Mereka seperti kita juga, mungkin mereka tak berapa nak ngam dgn DAP dan PKR, jadi mereka terus mendampingi PAS yang satu2 nye parti yang saya lihat lebih adil,telus dan bersih (hanya pendapat saya). Mungkin mereka tak suka dgn PKR setelah terjadinya isu lompat parti gara2 kebangangan 2-3 ekor munafik tu.Mungkin juga mereka tak berapa suka akan DAP dengan pendekatan segelintir DAP yang tidak mahu bertolak ansur tentang hukum Islam contoh Karpal Singh. Mereka ini kebiasaannya rapat dgn org melayu dan Islam. Mereka tahu kebaikan dalam Islam. Jadi inilah masanya untuk kita menyelamatkan mereka.Saya sayangkan PAS dan saya sayangkan Pakatan Rakyat. Jika sekiranya satu2 cadangan itu boleh mendatangkan keuntungan kepada kita, tidak salah kita menerimanya. Jangan kita lupa mereka yang non-muslim ini lah yang menjadi penggerak kemenangan PAS di Kedah , P.Pinang , Perak dan Selangor.

Kepada Tuan Guru yang saya hormati, janganlah takut akan ancaman UMNO. Selama ini Tuan Guru dah menempuh pelbagai ancaman ugutan tawaan dan kejian dari UMNO tapi lihatlah sekarang, kita berada di ambang kemenangan. Kepada ahli PAS pula, jangan lah risau, jangan pedulikan hasutan UMNO. Mereka sebenarnya takut dan risau dengan penyertaan non muslim di dalam PAS. Kita hanya tubuhkan satu sayap kiri dalam parti dan kedudukan mereka paling tinggi hanya di dalam sayap itu sahaja selagi mereka tidak memeluk Islam. Dalam pada itu bayangkan kita boleh berdakwah dan mereka pula boleh mendekati kita dgn lebih erat seperti dalam sebuah keluarga yang besar.Itu hanya pandangan peribadi saya yang daif lagi tidak berkepentingan. Masing2 ada pendapat masing2.terpulang samada setuju atau tidak.

Harap PAS boleh mempertimbangkannya...demi perpaduan dan tertegaknya Daulah Islamiah seperti Makkah dan Madinah di zaman Rasulullah s.a.wp/s :Di zaman rasulullah dahulu, puak kristian dan yahudi dibenarkan duduk dalam masjid Nabi semasa mereka ingin bertanya tentang konsep ketuhanan dalam Islam dan tatkala itulah turunnya surah Al-Ikhlas.jadi apa kurangnya perbandingan seperti yang berlaku sekarang.Berikut saya copy paste kenyataan saudara Hu dari malaysiakini tentang penyertaan bukan Islam dalam PAS.

Read more...

Luahan hati penulis yahudi- kita telah kalah

Satu akhbar Russia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:


Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kami pulang tanpanya.
Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.


Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat, sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita , sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah Hamas.

Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin-pemimpin Hamas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya,

"Siapa yang menakutkan siapa?"


Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas.

"Siapa yang menakutkan siapa ?"

Read more...

Mencari sedikit ilham...

Aku samapi ke UPSI dengan hati yang berat. Masih rindukan suasana di Pondok Pasir Tumbuh. Sempat aku berlabuh disana selama 3 hari tetapi cukup membuatkn aku jatuh cinta dengan keadaan disana. Pondok yang cukup member erti kepada sesiapa yang dapat menjiwai suasana disana.

Tiada apa benda yang mewah yang boleh menjatuhkan cinta manusia dengan suasana pondok. Dengan pondok-pondok yang burok macam rumah setinggan, tandas yang terpaksa berkongsi dengan ramai pelajar-pelajar lain, mandi di kolah yang besar dengan suasana yang cukup padat. Akan tetapi hati tidak ambil peduli dengan suasana keadaan tersebut. Suasana berada seolah-olah di sebuah Negara yang mengamalkan pentadbiran Islam yang syumul dapat aku rasai di Pondok Pasir Tumbuh. Setiap sudut-sudut masjid dam madrasah penuh dengan para da’I datang menadah kitab untuk mengorek secebis ilmu. Suasana muslimin 99.9 peratus berserban dan muslimah yang semuanya berpurdah menjanjikan suasana yang lain dari tempat-tempat biasa.

Kini aku terpaksa datang ke UPSI lagi. Adeh!!! Boring. Xnak datang. Malas.. jerit hati aku sekuat-kuatnya. Tapi siapa yang tahu kan. Datang kerana ingin menjalani latihan menembak untuk sesi yang ke-2. Kai ini dapat aku menjejakkan kaki ke Negeri Kedah setelah setahun sudah aku tidak menjejakkan kaki kesana.Latihan aku pada kali ini akan dijalankan di Gurun Kedah. Dulu sempat aku belajar kat kedah selama setahun di Matikulasi Changlun. Kini untuk latihan menembak skali lagi aku pijakkan kaki aku di tanah bertuah Negeri Kedah. Sejak pemerintahan berpindah daripada kerajaan UMNO hadhari kepada kerajaan PAS kini kali ke-2 aku smpai ke Kedah. Cukup rindu dengan loghat kedah yang aku memang sukai bahasanya sejak berada di Matrik Kedah lagi. Dulu kawan yang satu bilik dengan aku 2 orang budak kedah iaitu Zam dan Sulhi. Semoga mereka sentiasa sihat walafiat dan tekun menuntut ilmu.

Kini aku terpaksa datang ke UPSI lagi. Latihan selama seminggu aku harakpan tiada aktiviti yang memenatkan. Stamina yang ntah ke mana dan badan yang sudah mula naik membuatkan aku lagi malas untuk menghadapi latihan ini. Janganlah ade aktiviti “compass matching” jangan la ade “jalan laju 8k”..huhuhu.. itu memenatkan sih….xbersedia aku nak menempuhinya.
Kini aku terpaksa datang ke UPSI lagi. Boring sungguh dop kat bilik sorang-sorang. Kawan-kawan yang satu peringkat ngan aku dlam Palapes sume dah bertolak balik kerana mereka menjalani latihan dalam fasa 1. Malangnya nasib aku terpaksa bersama geng2 senior menjalani latihan ini. Adus!!!! Malas betol lah. Hubungan xberapa rapat dengan geng-geng senior sebab dorang senior. System kasta dalam ketenteraan memang aku tak suka. Suka xsuka adat dalam ketenteraan memang mcm tu kan.. terpkasalah hadapi..tapi ok jer..Layan!!!!!...hehehe..

Kini aku terpaksa datang ke UPSI lagi. Lusa aku akan memulakan latihan. Mungkin akan terus bertolak ke Kedah Darul Aman. Tapi esok sempat lagi untuk aku luangkan masa untuk ke Kuala Lumpur seketika. Mencari sedikit ilham di kota raya Kuala Lumpur itu. Ilham yang cukup penting dan bermakna dalam hidupku. Tanpa ilham itu aku rasa tak bermakna. Aku harap ilham itu datang kepada ku dengan penuh senyuman dan harapan. Member sedkiit harapan dan semangat untuk menempuh kehidupan yang menuntut kesabaran dan keilmuan yang tinggi.

Kini aku terpaksa datang ke UPSI lagi. Jam dah menunjukkan kol 1 pagi dh nie. Baiklah kirenya aku mengundur diri dulu. Kepada sahabat sahabiah semua seminggu aku di Kedah mungkin aku xkan mengupdate blog aku nie. Mustahil nk update. Nk dapatkn line kat ne. so sahababt-sahabat yang mengunjungi blog aku leh la kiranya tinggalkan satu dua pesan kat ruangan chatbox yer. Sebagai penghargaan persaudaraan kita sesame Islam.. Wassalam..

Read more...

Selasa, 12 Mei 2009

Budak hitam VS Sepet

Alkisah seorang budak itam. Bolehlah kiranya mengelarkan dirinya sebagai Men In Black. Tajuk movie sensasi dari barat. Tapi kisah budak hitam ini lebih sensasi dengan persilatan dan sepak terajangnya yang membuta tuli akhirnya memakan diri.

Dia dan gerangan pesilat-pesilat handal melayu akhir zaman bersama-sama senjata-senjata berat datang dengan angkuh menakluk tanah Darul Gamuda. Kononnya akulah hebat. Akulah yang bisa mengalahkan si Melayu sepet si Penderhaka(Sepet terkenal dengan ayatnya “Patik Mohon Derhaka”). Maka langkah-langkah persilatannya dihayun penuh dengan langkah sumbang dan menjijikkan. Persilatannya bermula dengan dua orang melayu yang memang pondan yang suka melompat-lompat macam kera mendapat bunga melompat kegembiraan. Mungkin bunga yang si haprak dua ekor tu dapat nilainya berjuta-juta. “Arrgghhhh…Ape aku peduli. Janji aku dan anak bini selamat dapat makan. Persetankan harapan rakyat. Ape yang rakyat dapat bagi aku sekiranya aku dapat penuhi harapan rakyat. Baik aku melompat jadilah kera dan aku semacam serupa sama”

Semboyan peperangan terus ditiup dengan rakusnya oleh sang ‘perogol’ demokrasi. Terus berkokok dengan gah dan kuat skali untuk menonjolkan akulah yang terhebat. Akulah si perompak yang paling mahsyur yang tidak dapat digugat lagi. Sepet sudah jatuh tersungkur. Aku kemegahan tertawakan kepada si sepet. Pejuang Islam konon..”hancur kau sepet”.. “bangunlah kalau kau betul-betul hebat dan pejuang jemaah yang sejati”. Kata budak hitam dengan sombongnya.

Si sepet tesenyum pasrah dengan pekikan dan lolongan itu. Senyunman yang mengambarkan segala penyerahan hanya pada Allah. Hanya kepada Allah tempat untuk mengadu, merayu, merintih, meminta dan segala macam permintaan selaku sepet makhluknya yang tawaduk. Segala cabaran dan dugaan dilalui dengan penuh kepasrahan dan berlapang dada. Tidak sedikit pun diluahkan kegelisahan dan kekacauan hati oleh sepet. Baginya penindasan ke atas haknya makin menguatkan dirinya selaku hamba Allah yang kecil lagi hina. Dikuatkan azamnya di laksanakan kerja disusun strategi untuk membalas balik serangan budak hitam dengan cara yang paling jantan dan berhikmah.

Sepet dan sekalian ahli jemaah dengan bantuan akal fikiran dariapda Allah Taala memperjalankan strategi dengan hebat skali. Segalanya berjalan dengan baik lagi lancar. Segala buat kerja diniatkan kerana Allah Taala tanpa sedikitpun untuk kepentingan diri. Segalanya untuk agenda perjuangan Islam yang cukup banyak rintangannya.

Strategi dirancang, tetapi budak hitam menganas lagi. Speaker ditukar dengan cara yang paling tidak bertamadun. Macam singa gila yang gilakan pangkat dan jawatan. Sekali lagi sepet dan barisan jemaahnya hampir jatuh tersungkur. Tapi dengan sisa-sisa kekuatan kekuatan yang ada sempat bergayut di tali yang ampuh. Talian hayat barangkali.

Maka tanggal 11 Mei 2009 Mahkamah mengisytiharkan kemenangan bergaya hak milik sepet dan jemaah. Maka bergembiralah jemaah dan sekaliannya. Tetapi apa-apa pun ingat pesan sifu kita di Pulau Melaka(Otai lama dalam Jemaah) iaitu jangan terlalu gembira dengan keputusan ini. Maka buatlah sujud syukur dan puasa sunat esok…

Read more...

Ahad, 10 Mei 2009

Ibuuuuuuuuuuuuuuu....."Selamat Hari Ibu"

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut besday.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wanguntuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
.Berderai air mata jika kita mendengarnya. ....... Tapi kalau mak sudah tiada....... ...MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudisibunya
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanmalam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yangdihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan olehsiibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TelahDibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Read more...

Revolusi yang ditanguhkan..Angkuh dan biadabnya manusia

Alhamdulillah sykur kepada Allah Taala setelah berhempas pulas selama dua minggu akhirnya aku Berjaya menghabiskan kelapan-lapan paper aku dengan jayanya. Huhu.. jawab tu memang boleh jawab betol atau salah tu lain kire. Semoga ada kejutan untuk sem nie walaupun study xdela seberapa. Hehehe.. insyaAllah.

Penghabisan paper aku iaitu pada 8 mei paper Pedagogi Pendidikan disambut dengan peristiwa-peristiwa menyayat hati dan menyakitkan hati melihat Demokrasi politik Malaysia. Maksud aku ialah suasana politik di Perak. Bagaikan perang saudara yang tidak kehabisan. Aku yakin dan pasti sidang dun yang berlangsung pada 7 Mei akan menambahkan lagi parah dan kacau bilau di Perak “Darul Gamuda”.

Pada 8 Mei 2009 rakyat disajikan dengan berita-berita busuk penuh sensasi di Berita Harian, Utusan, Metro dan lain-lain ahkbar Pr UMNO. Tajuk-tajuk berita yang mengkhabarkan kepada rakyat jelata bahasa UMNO lah sebaik-baiknya dan PR lah sejahat-jahatnya makhluk ciptaan Allah. Ayat-ayat cuba diolah sebaik mungkin untuk mengambarkan kejahatan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan juga penyokong-penyokongnya.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ditangkap semacam penjenayah yang dikehendaki oleh Negara. Contonha Saudara Mat Sabu ditangkap dengan tidak bersebab. Polis dengan bersenjatakan senjata-senjata moden yang begitu mengerunkan berkeliaran sekitar Mahkamah Tanjong Malim. Sungguh menghairankan kerana tugas polis sekarang lebih kepada ingin menjaga pemimpin-pemimpin PR yang berupaya menjatuhkan UMNO. Nak jaga “botak chin” dulu xdela sehebat nak jaga mat sabu. Betapa bahayanya mat sabu sorang nie. Patutla rogol, bunuh, rompak semakin naik bilangannya dek kesibukan polis menjaga orang politik. Bilakah benda ini akan berakhir?? Macam tiada kesudahannya. “Ya Allah jauhkan bala keatas bumiku Malaysia yang tercinta ini. Tangguhkan dulu Revolusi yang telah engkau tetapkan. Aku tahu para jemaah revolusi bersiap sedia memusnahkan manusia yang semakin tidak terkawal lagi perangai kesyaitanannya”.. sengaja aku berkata-kata sebagaimana penulisan Syahnom Ahmad di dalam buku “revolusi Yang Ditangguhkan”.. Belilah buku ini. Sangat berguna dan bagus walaupun ayat-ayat yang digunakan kasar dan keras. Kadang-kadang diri kita mesti dididik dengan cara tersebut.

Kini aku berada di kampong. Kelantan tidak sepiruk Perak yang kini negeri ku UMNO tidak lagi bernafsu untuk “merogolnya”. Nafsu itu seolah-olah musnah setelah Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Alangkah bertuahnya kerajaan Islam dibawah pimpinan tok guru Nik Aziz sekarang. Semoga Allah panjangkan usia tok guru dan memperjuangkan hudud agar dapat dilaksanakan di negeri Kelantan tercinta ini. Draf sudah ada tetapi terpaksa ditangguhkan perlaksanaannya kerana perangai UMNO yang sememangnya bencikan hudud. Terbatas dek Perlembagaan. Sialnya manusia mencabar hokum-hukum Allah. “Ya Allah tangguhkan dulu revolusi yang dirancang. Berilah masa kepada mereka untuk bertaubat.”

Read more...

Rabu, 6 Mei 2009

Hasad Dengki : Penyakit Hati Yang Menghanguskan Segala Kebaikan. Bagaimana Mengobatinya?

HASAD DENGKI, kita tentu sudah sangat familiar dengan kata-kata tersebut. Bahkan dulu mungkin sewaktu pelajaran agama , kita sering memilih sifat tercela yang satu ini ketika diminta menuliskan contoh sifat tercela. Hasad dengki sering disebut juga dengki atau iri dan hasad. Untuk mendiagnosis gejala penyakit hasad dengki ini sebenarnya cukup simpel, yaitu dengan cukup bertanya kepada diri kita, apakah kita termasuk orang yang senang lihat orang susah dan susah lihat orang senang? Nah, apabila di dalam hati kita terdapat tanda-tanda atau sifat diatas itu maka boleh jadi kita termasuk orang yang sedang terjangkit penyakit Hasad Dengki, sebuah penyakit diantara sekian banyak penyakit ruhani yang amat berbahaya. Kita mesti segera mencari obatnya, sebab kalau kita kekalkan penyakit ini di dalam hati, maka kita takut tidak selamat di dunia terlebih di akhirat.

Tetapi sayang hingga saat ini belum ada Rumah Sakit Spesialis Penyakit Hasad Dengki. Berarti ya kita mesti cari dokter ruhani alias Mursyid yang dapat mengobati penyakit hati hati kita..
Hampir setiap orang menderita penyakit hasad dengki ini, cuma bedanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang enam golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, satu diantaranya adalah orang atau ulama yang di dalam hatinya terdapat hasad dengki.
Rasulullah SAW bersabda, yang artinya : “sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”
Orang yang di dalam hatinya terdapat penyakit hasad dengki ini, hidupnya tidak akan pernah bahagia, jiwanya senantiasa menderita dan tersiksa. Hatinya selalu tersiksa jika melihat orang lain lebih dari dirinya atau mendapat nikmat serta kejayaan. Dan sebaliknya dia akan bergembira bila orang lain susah dan gagal.
Maka dari itu, hasad dengki inilah penyakit kronis yang merusak perpaduan dan ukhuwah. Akan timbul di dalam masyarakat fitnah memfitnah, dendam mendendam, buruk sangka,mengumpat, mengadu domba, dan dosa-dosa lain yang akan menghapuskan segala kebaikan.
Seseorang yang melayani sifat hasad dengkinya, maka pada hakikatnya dia adalah orang yang paling biadab dengan Allah, sebab secara tidak langsung dia benci kepada Allah, dia tidak redha pada apa yang Allah telah berikan kepada orang lain serta kepada dirinya.Sekalipun ibadahnya banyak, tahajudnya banyak dan shalatnya banyak.
Dalam sebuah kisah para Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, terjemahannya : “ wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang hari dan shalat tahajud di malam harinya, tetapi selalu menyakiti tetangganya dengan lidahnya”. Jawab baginda Rasulullah SAW : “ Tidak ada kebaikan lagi baginya, ia adalah ahli neraka”.

Kemudian dalam sebuah kisah yang lain menyebutkan, ketika Rasulullah berkumpul bersama para Sahabatnya, tiba-tia baginda berkata, “ wahai para sahabatku, sesaat lagi dalam majelis ini akan datang seorang pemuda ahli syurga”. Para Sahabat pun penasaran, siapa yang akan datang ke dalam majelis tersebut, yang Rasulullah sendiri menyebutnya sebagai pemuda ahli Syurga. Maka tak lama setelah itu datanglah Sa’ad bin Abi Waqash ke dalam majelis itu. Rupanya beliaulah yang disebut Rasulullah sebagai Ahli Syurga tersebut. Lantas para sahabatpun sangat “cemburu”, bereka ingin tahu kenapa si pemuda ini disebut sebagai ahli syurga, apa yang menjadi amal ibadahnya sehingga ia layak untuk disebut ahli Syurga oleh Rasulullah?
Maka selepas majelis itu, ada sahabat yang berinisiatif untuk melihat secara dekat si pemuda tadi, akhirnya sahabat ini mengikuti si pemuda sampai rumah. Kemudian sahabat ini meminta izin kepada si pemuda untuk menginap di rumahnya. Maka di izinkanlah sahabat ini menginap.
Tetapi ajaib, sepanjang hari dan sepanjang malam si sahabat ini mengamati si pemuda, ternyata tidak ada ibadah yang istimewa pada diri si pemuda. Dia hanya beribadah yang wajib-wajib saja, malam hari pun si pemuda ini tidak bangun untuk shalat malam. Maka bertambah penasaranlah si sahabat, lantas bertanya, “ wahai saudaraku, engkau disebut oleh baginda Rasulullah sebagai pemuda ahli Syurga, tetapi aku lihat tidak ada yang istimewa pada amal ibadahmu, bolehkah aku tahu rahasia engkau?”

Si Pemuda terkejut mendengar pertanyaan dari si sahabat, lantas merenung dan menjawab, “mungkin yang menjadikan aku disebut ahli Syurga oleh Rasulullah adalah bahwa hatiku tidak pernah sedikitpun hasad dengki dengan orang lain, bahkan niat untuk hasad dengki pun aku tidak punya”

Orang yang ibadahnya banyak pun masuk neraka karena hasad dengki, apalagi yang tidak pernah tahajud, tidak pernah puasa sunat dan masih bergelimang dengan hasad dengki. Kalau bentul kita beriman kepada Allah, marilah kita insyaf akan penyakit-penyakit hati kita dan memperbaiki dengan cara MUJAHADATUNNAFSI atau bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang jahat.

Diantara tips yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah :
Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan selamat kepadanya. Dan sebaliknya apabila dia tertimpa kesusahan maka kita menumpang sedih juga atas apa yang menimpanya serta menghiburnya.
Sanjung, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia, dan kalau ada keburukannya kita rahasiakan. Doakan kebaikan untuknya.
Sering-sering bersilaturahmi serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut.
Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan melayani syeitan yang hendak merusakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk ikut mengumpatnya.
Berdoa kepada Allah agar dimudahkan membuang penyakit hasad dengki yang ada dalam diri kita.
Memang berat dan terasa pahit tetapi itulah obat, sebab selama ini Ego kita sudah mendarah daging. Tapi obat ini mesti kita makan dan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan ingat selalu firman Allah dalam QS Al Ankabut :69 yang artinya : “ dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami, niscaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu “.


Timbulnya hasad dengki pada orang lain adalah karena orang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan lebih dari yang kita miliki. Atau bila seseorang mendapat nikmat lebih dari kita atau bila kita terasa seseorang telah mengalahkan kita dalam perjuangan, persaingan atau kompetisi maka datanglah hasad dengki itu.

Sepatutnya tidak begitu.Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilanNya mengatur pemberian kepada hamba-hambaNya maka kita tidak akan hasad dengki dengan orang lain.
Firman Allah dalam QS An Nisa: 32, yang artinya : “ janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain”.
Allah yang melebihkan dan mengurangkan pemberianNya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sadar dirinya sebagai hambaNya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menunggu ujian.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang artinya : “ barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cobaan dariKu, maka carilah Tuhan selain Aku “
Kalau Allah melebihkan seseorang itu dari kita, artinya Allah mau menguji kita apakah sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, artinya Allah mau menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, congkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.
Kalau begitu kenapa mesti hasad dengki? Kalau masih hasad dengki juga, artinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan saja bermusuhan dengan orang yang didengki itu tetapi juga bermusuhan dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah, maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Read more...

SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR ADALAH SEDEKAH ALLAH

Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

SUMBER
Setiap amal ibadah wajib dimulakan dengan niat. Dalil wajibnya niat adalah Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam :

Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”[1]

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah tentang hadis di atas ia membuktikan:

Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan, “Seakan-akan Rasulullah memberi pengertian bahawa niat itu bermacam-macam sebagaimana perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan apa yang dijanjikan kepadanya, atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.[2]

Namun begitu sering terjadi perbincangan samada niat sebelum memulakan sesuatu ibadah itu perlu dilafazkan atau ianya hanya amalan dalam hati. Adakah disyari’atkan melafazkan niat أصلي فرض (Sahaja aku sembahyang fardhu)….” sebelum mengerjakan ibadah sembahyang atau memadai di dalam hati kita terlintas bahawa kita akan mengerjakan ibadah tersebut?

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan : “Qasad (maksud yang digerak dan dikehendaki oleh hati), azam (atau ‘azamul qalb, iaitu apa yang telah dicita-citakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan hati dalam keadaan yang sedar).

Adapun menurut syara’, niat adalah : “Berazam (bertekad) untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Qasad, azam dan iradah tempatnya di hati kerana ini kerja hati (‘amal al-Qalb) bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang disepakati oleh jumhur ulama’ dan etimologis (ahli ilmu asal-usul kata).

Niat juga diertikan : “kehendak, maksud (tujuan) dan keazaman bukan paksaan.[3]

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah:

“Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”[4]

Seterusnya al-Hafidz menyatakan:

Al-Baidhawi berkata, “Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syari’at adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.”[5]

Dari keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa setiap amal seseorang mukmin yang terbit dari kehendak, azam, cita-cita dan gerak hatinya yang disedari dan tidak dipaksa, maka itulah yang dinamakan niat. Dan niat ini tempatnya di hati tanpa perlu dilafazkan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga memulakan sembahyangnya dengan takbir (الله اكبر) tanpa melafazkan apa-apa sebelumnya. Dalilnya adalah seperti hadis yang dikemukakan oleh Aishah radhiallahu 'anha:

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka sembahyangnya dengan Takbir.[6]


Jelas melalui riwayat di atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melafazkan niat أصلي فرض (“Sahaja aku sembahyang fardhu….”) sebagaimana yang biasa diamalkan di Malaysia.[7] Malah Imam al-Syafi’i rahimahullah Ta’ala juga berpendapat bahawa sembahyang itu dimulakan dengan takbir tanpa melafazkan niat. Berkata Imam al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm :

“Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah ia memulakan sembahyangnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah الله اكبر.”[8] Menurut Syaikh Mohammed Abdul Qoder al-Mandeeli: “Adapun orang yang berkata sunnat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan Imam al-Syafi’i sendiri.”[9]

Malah sebenarnya telah menjadi satu kesepakatan antara keempat-empat imam mazhab bahawa niat itu tempatnya di hati dan tidak perlu dilafazkan. Imam Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah telah berkata:

Tidak ada seorang ulama’ pun dari imam empat, tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam sembahyang. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafi’i. Al-Nawawi rahimahullah berkata: “Itu tidak benar.”[10]

Sementara itu Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (jld. 1, ms. 1) telah berkata:

Melafazkan niat secara jahrah (kuat) tidak pernah disyari’atkan walaupun oleh salah seorang ulama’ Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para Khulafa’ baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga tidak pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulama’nya.[11]

Kaedah yang sama juga perlu diterapkan dalam sembahyang jamak dan qasar. Oleh itu memadailah sekiranya di hati kita terdetik untuk mengerjakan sembahyang tertentu secara jamak atau qasar atau kedua-duanya sekali tanpa melafazkan niat tersebut. Telah tersebar dalam kitab-kitab fardhu ‘ain di Malaysia di mana penulis kitab-kitab tersebut telah menurunkan lafaz-lafaz dengan formulasi tertentu yang tidak ada contohnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lafaz-lafaz tersebut tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis. Malah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga tidak pernah memerintah atau mengajar para sahabat radhiallahu 'anhum lafaz-lafaz niat yang tertentu. Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah :

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menjamak dan mengqasar sembahyang bersama dengan para sahabatnya, namun baginda tidak memerintahkan mereka untuk niat jamak dan qasar… Selain itu Rasulullah juga pernah mengerjakan sembahyang Zuhur di padang Arafah tanpa memberitahu para sahabatnya terlebih dahulu bahawa setelah itu akan terus dilaksanakan sembahyang Asar (jamak taqdim). Baginda terus sahaja sembahyang Asar dengan para sahabatnya. Tidak ada seorangpun dari mereka yang berniat jamak… Begitu juga ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sembahyang berjemaah bersama para sahabat di tempat yang bernama Dzil Hulaifah sebanyak dua rakaat tanpa menyuruh mereka berniat qasar.[12]

Namun begitu melalui pengalaman penulis sendiri, ramai yang enggan melakukan sembahyang jamak dan qasar semata-mata kerana mereka tidak tahu cara berniat dalam bahasa arab mengikut formulasi lafaz yang di ajar dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardhu ‘ain. Pada tanggapan mereka tanpa melafazkan niat dengan lafaz-lafaz tersebut, sembahyang mereka akan terbatal. Ini adalah satu perkara yang amat membingungkan kerana mereka sebenarnya meninggalkan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya kerana terlalu memberat-beratkan perkara yang sebenarnya tidak dituntut oleh syari’at. Sewajarnya mereka mengikut tatacara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memulakan sembahyang baginda tanpa melafazkan apa-apa niat sebelum takbir kerana niat baginda tempatnya di hati. Oleh itu tidak melafazkan niat seperti “Ushollli Fardhu (Sahaja aku sembahyang fardhu)..” ketika memulakan sembahyang adalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang wajib kita semua patuhi. Ini adalah dalam rangka mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah sembahyang sepertimana yang diwajibkan ke atas kita semua sebagaimana sabdanya:

Sembahyanglah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang.[13]

[1] Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Bada’ al-Wahyu, hadis no. 1.
[2] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari jld. 1, ms. 18.
[3] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bid’ah, (nota kuliah), ms. 3.
[4] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 1, ms. 19.
[5] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 1, ms. 19.
[6] Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab al-Shalat, hadis no. 498.
[7] Antara lafaz niat yang biasa terdapat dalam kitab-kitab Fardhu ‘Ain sekiranya ingin memulakan sembahyang qasar dan jamak Zuhur dan Asar adalah أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا الى العصر اداء لله تَعَالَي (Sengaja aku sembahyang fardhu Zuhur dua rakaat qasar serta dijamakkan dengan Asar kerana Allah Ta’ala). Setelah selesai sembahyang Zuhur dua rakat maka untuk meneruskan sembahyang Asar maka dilafazkan niat أصلي فرض العصر ركعتين قصرا لله تَعَالَي (Sengaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala). Formula lafaz niat ini sebenarnya tidak ada contohnya dari Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam.
[8] Al-Imam al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk), jld. 1, ms. 241.
[9] Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Persoalan Yang Berkehendak Kepada Melaksanakan Untuk Mengatasi dan Mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, Mekah al-Mukarramah 1423H, ms. 16.
[10] Dinukil daripada Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 100.
[11] Dinukil daripada kertas kerja Ustaz Rasul Dahri, Membaca Niat, Adakah Wajib, Sunnah atau Bid’ah?, ms. 13.
[12] Dinukil daripada kitab Total Koreksi Ritual Shalat, ms. 404 dan juga Fikih Sunnah, jld. 2, ms.225.
[13] Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no. 631.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.