Selasa, 31 Mac 2009

Blog dalam update...

harap maaf.. :(

Read more...

Rampasan kuasa ke-2 di Perak..HOT!!!

Bukit gantang makin meluap panasnya. hari pertama kempen dah boleh lihat fitnah UMNO terhadap PAS yang cuba direka-reka. Bagi UMNO semua mereka buat adalah benar. kalau kita tengok tv xdee sikit pun salahnya di pihak UMNO dalam kempen pilihanraya xkiralah pilihanraya kecil atau PRU. isu berebut kuasa sekali lagi berlaku di Perak selepas UMNO dengan rakusnya merebut Perak daripada Pakatan Rakyat dengan cara ala-ala yahudi. Kali ini berlaku perebutan kononya DS Nizar merampas kuasa di masjid yang mana masjid itu kononnya tempat UMNO buat program.

Begitu tensen kalau kita lihat kenyataan Dr Zambry(menteri besar haram Perak) apabila jelas kenyataan-kenyataannya berbaur fitnah dan penipu besar.

Sila ikuti penjelasan yang saya ambil daripada http://politikbanjar.blogspot.com/

(55) ABO @ Bukit Gantang - [TERupdate] Pohon sembah derhaka ! Patik lah Imamnya..! (HOT)


Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang. Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

solat sunat subuh

..biasanya apabila orang meminta kita menjadi imam kerana mereka menerima hakikat bahwa di dalam jemaah yang ada, imam dipilih dari orang yang diterima sebutan bacaannya selain dari dihormati dari segi pengetahuan agama.

Kalau benarlah lapuran ini, ertinya jemaah yang hadir "mengiktiraf" nizar mempunyai ciri2 imam yang lebih baik.

Jadi, tidakkah Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata...tak payahlah nak pergi jauh lagi...Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti....InsyaAllah...

Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya kulupsakah.blogspot.com dengan tajuk 'calon BN doakan kemenangan PR?'

Lolongan awal media utama lidah UMNO cubaa mengekspolitasi isu ini dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.
Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

(56) ABO @ Bukit Gantang- Imam jawab 'isu rampas kuasa' di Masjid Simpang (HOT)


Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata..

Punca isu : LINK

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :

Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada..

Jadi rakyat-rakyat Malaysia sekalian berfikirlah. jangan jadikan kepala lutut sebagai pusat pemikiran. jadikan kepala hotak anugerah Allah untuk membuat penilaian yang tepat dalam segenap hal. hehehe..layan..

Read more...

Khamis, 26 Mac 2009

Peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Phd di UPSI


Ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggerís sampel murid Tahap Satu Tahun 3

Satu taklimat peluang melanjutkanpelajaran ke peringkat Sarjana dan Phd telah diadakan 25 Mac 2009 bertempat di bilik seminar, Bitara siswa. Seminar yang julung kali diadakan yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kerjaya yang diwakili oleh Saudara Arif dan Saudari Aqilah Berjaya menarik minat pelajar-pelajar UPSI apabila tempat duduk yang disediakan penuh. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah ialah Prof. Omar Abdul Kareem Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI. Pendedahan-pendedahan yang diberi oleh prof ialah mengenai syarat-syarat kemasukan, program-program yang ditawarkan, pinjaman dan biasiswa dan juga peluang kerjaya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan Phd boleh lah berkunjung ke Institut Pengajian Siswazah UPSI. kedatangan anda amat dialu-alukan..

Sebarang maklumat boleh didapati di laman web ini:

http://ips.upsi.edu.my

Read more...

si mandul dan kekejamannya..

huhuhu..
Terkejut juga dengan tindakan drastik Pak hamid menyekat pengeluaran harakah dan suara keadilan selama 3 bulan.
3 bulan bagi Pakatan Rakyat bukannya satu tempoh yang sementara kerana lidah penyampaian maklumat bagi pakatan rakyat hanyalah melalui harakah, harakahdaily suara keadilah dan juga ceramah2 yang asyik kena sekat jer.. tgk la ceramah Dato seri Anuar kat Bukit gantang kena sembur air acid dan gas pemedih mata. betapa mandul dan pengecutnya UMNO nak hadapi pakatan rkyat dalam Pilihanraya kali ini. ape xnya setelah 2 kali disepak punggungnya dalam pilihanraya di permatang pauh dan kuala terengganu sekarang tidak sanggup lagi punggungnya untuk disepak untuk kali yang seterusnya. kalau lagi sekali disepak boleh mandul barangkali..haha..
memang dasr UMNO mati pucuk dan pengecut.
tanda2 mati pucuk bagi UMNO jelas kelihatan apabila UMNO mengunakan sepenuhnya jentera rakyat malaysia iaitu Utusan, berita harian, siaran TV yang jelas itu satu pelanggaran amanah apabila menggunakan hak rakyat untuk kepentingan parti. klau u jantan terbitkanlah misal kata pepr Harian UMNO ker.. kita tengok sejauh mana pasarannya..hahaha.. adakah setanding dengan harakah dan suara keadilan.
Pergantungan harakah dan suara keadilan boleh dipertikaikan dengan pertikaian yang harus biberi perhatian. Ada beberapa kutu-kutu mabuk UMNO mendakwa harakah dan suara keadilan disekat kerana banyak fitnah yang dikeluarkan oleh lidah pakatan rakyat itu. wehh bangang.. kalau lah betol benda itu ada dan didapati jelas kesalahannya mengapa xsaman jer harakah dan suara keadilan tu??(maaf terkasar bahasa)..
KDN plak xde pun nak panggil harakah dan suara keadilan untuk tunjuk sebab diatas sebarang berita yang berunsurkan fitnah. so siapa yang mandul sekarang ini?? itu persoalan yang akan difikirkan oleh orang-orang yang mahu berfikir dengan kepala hotak tetapi tidak bagi manusia2 yang suka berfikir dengan kapala lutut. Memang ramai pun yang suka berfikir dengan kepala lutut pastu turut jer macam anjing yang diikat lehernya. aduh!!!!.. mandul betollah.. malu den.
Jantan...
kalau nak bertanding dalam pilihanraya kita buat cara jantan.
bukannya cara pondan dan pengecut macam nie. jauhilah keluarga anda dari ciri-ciri kemandulan fikiran dan sewaktu dengannya.

Read more...

Khamis, 19 Mac 2009

Ada apa dengan Islam??


Pulang daripada program Mukhayyam Arabi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan Brother Lim Jooi Soon seorang berbangsa cina yang memeluk Islam. Program ceramah yang dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar mampu menarik minat penonton apabila lebih kurang 100 orang pelajar datang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh brother Lim. Ceramah yang bertajuk “Ada apa dengan Islam” mampu membuka minda pelajar-pelajar UPSI cara-cara untuk berdakwah kepada golongan Kristian.

Ana sampai sedikit lewat ke majlis tersebut kerana baru pulang daripada program di Teluk Intan. Apa yang menarik perhatian terdapat juga pelajar yang bukan Islam datang ke majlis ceramah tersebut ingin mendengar hujah Brother Lim mengenai agama kristian. Setelah 25 tahun berada di dalam kegelapan agama kristian akhirnya Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Tercetus hatinya untuk memeluk agama Islam apabila beliau mendengar video debat antara ulama Islam dan ulama Kristian. Ulama Islam itu ialah Almarhum Syeikh Ahmad Deedat yang merupakan seorang ulama Islam yang begitu pakar mengenai selok belok agama Kristian.

Brother Lim mendedahkan cara-cara untuk mematahkan hujah-hujah yang mungkin akan ditimbulkan oleh penganut Kristian. Hujah-hujah yang kita beri secara bijaksana mampu mengoncang akidah orang-orang Kristian selaras dengan saranan agama kita agar berdakwah secara bijaksana.

Ceramah berakhir lebih kurang jam 11.30 diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Read more...

Rabu, 11 Mac 2009

Mehnah dan Tribulasi

Dalam kehidupan seorang pejuang, mehnah dan tribulasi perjuangan adalah antara logi penting untuk difahami dan dihayati. Kepentingan untuk menerima dan memahami entiti ini akan menentukan kerberlangsungan stamina perjuangan seterusnya menguatkan keyakinan akan meksud perjuangan yang lebih besar.

Apabila ditimpa ujian dan mehnah, hati senantiasa menitik untuk mengingati Allah SWT sebagai tujuan kehidupan. Maksud dalam mencari keredhaan Allah SWT semakin hari semakin kuat apabila ditimpa ujian dan mehnah.

Tetapi, apabila tautan hati antara Pemilik Hati dan peminjam hanyalah seperti ikatan tumpul menyongsang kumpulan rumput, hati akan menjauh. Kadang-kadang membungkam. Akhirnya, arah hati dan maksud keputusan yang dibuat belum tentu benar atau tidaknya.

Akibat daripada keaalpaan nilai dan kerakusan nafsu, keputusan akhir yang dibuat juga mungkin adalah simpati akal yang pendek atau kepalsuan keindahan yang sementara.

Saya semakin mengerti betapa hati yang diberi pinjam oleh Tuhan ini rupanya semakin hari semakin menjauh, ikatan yang diberi Tuhan ini hanyalah simpulan tumpul.

Kerapkali seusai keputusan dibuat, hati meronta menyebut mungkinkah ada penilaian lain untuk keputusan sebentar tadi. Hati menjenguh seolah tidak selesa, meronta mengilai mencari kedamaian lain sehingga akhirnya hati kembali menangis tanpa mengerti untuk apa.

Air mata yang selama ini ditadah hanya pada sujud untuk Tuhan sudah menjadi murah.

Mengalirnya air yang cukup tinggi hitungan nilainya itu seperti mengalir sungai-sungai jauh dari anak bukit. Deras, laju dan mendongkah arus. Batu keras dialih. Kayu kayan bersepah diterjah. Olakan air menjadi sebab teluk yang dalam pada sungai ditengah hutan.

Air mata yang mengalir sudah jauh nilaiannya untuk Tuhan. Murah menangis hanya kerana upaya manusia.

Kesedaran menghadapi mehnah dan tribulasi ini yang masih menahan saya untuk tidak menjadi insan lain.

Ini bahagian saya yang ditentukan Tuhan, untuk rakan lain, kalian sebenarnya ada jalan lain yang lebih indah dan teratur, Tuhan mahu menguji adakah saya cekal dengan ujian, atau terduduk dengan lontaran kecaman?

Tuhan mahu menilai adakah saya disini dengan maksud agama atau sekadar menjengah umur yang pendek untuk merasai manisnya hidup? Tuhan telah menetapkan untuk saya menghadapi dunia dengan hati yang sebegini dan upaya saya meneladani hati untuk untuk menjadi baik adalah maksud akhir sebelum kain putih membalut badan. Saya mendoa, dan terus berdoa agar keyakinan ini kekal bahawa saya disini adalah untuk menyempurnakan maksud agama dan menjadi benteng akhir mengekang kehancuran kehidupan beragama.

Read more...

Ahad, 8 Mac 2009

Biadap terhadap Yang Dipertuan Agong..

antara banner yang dihasilkan oleh Mahasiswa


Setibanya saya di masjid negara suasana agak kelam kabut. Nampak kepulan asap yang memenuhi suasana. Terasa pedih dimata sambil melilau2 untuk mencari parking motor. Apa yang aku sangka rupanya akan terjadi. Sudah pastinya pihak polis tidak akan berdiam diri terhadap orang yang menentang dasar tuannya. Bagaikan anjing yang menyalak garang memarahi orang yang mengacau tuannya. Tetapi ini tidak boleh disamakan dengan anjing kerana pihak polis adalah manusia yang mempunya akal fikiran. Tetapi sendiri mau ingatlah…

Agak geram juga dengan tindakan polis yang membedil gas pemedih mata terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman. Seperti manusia yang tidak menghormati yang dipertuan agong. Penyerahan memorandum telah diperkenankan oleh Yang dipertuan Agong. Tetapi telah disekat dengan begitu biadap oleh kerajaan BN-UMNO dengan bantuan anggota polis yang sentiasa bersiap sedia menjadi balaci UMNO. Nak dimarahkan kepada polis tidak guna juga kerana aku faham dengan tugas polis sebagaimana juga tugas tentera. Mesti mengikut cakap orang atasan.

Aku parking motor berdekatan dengan taman sebelah dengan masjid Negara. Kelihatan orang ramai masih berpusu-pusu menuju ke masjid Negara dihiasi dengan laungan kalimah tauhid membesarkan tuan punya dunia. Kepadanyalah kami semua berserah menentukan nasib bahasa kami yang kami cuba pertahankan. Moga Allah Taala melihat perhimpunan ini suatu perjuangan menuntut hak. Memang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Kalau berpisah nescaya kedua-duanya akan hancur secara senyap-senyap. Cubaan mengingeriskan melayu memang sejak dulu lagi berlaku dan akan terus berlaku jikalau orang melayu terus dayus menerokai pembangunan tanpa menghiraukan identity sendiri. Bukan aku nak membesarkan perjuangan bangsa kerana parti Islam bukan objektifnya kepada kemajuan bangsa. Tapi perlu diperjuangkan kerana inilah satu-satunya bangsa dan bahasa yang bersatu tubuh dengan Islam dalam konteks Malaysia sekarang.

Di dalam kawasan masjid bergema laungan ‘Hidup Bahasa’ dan juga laungan takbir ‘Allahuakhbar’. Aku agak terlambat sampai ke masjid Negara apabila telah terlepas untuk bersama-sama beberapa pemimpim besar PAS dan juga Sasterawan Negara yang tidak asing lagi iaitu A.Samad Said. Hanya sempat mendengar amanat yang dilaungkan oleh saudara Mahfuz Omar sahaja dan selepas itu dacaan doa yang penuh bersemangat oleh Ustaz Ghani. Bacaan doa yang mampu mengalirkan air mata kerana cintakan Islam dan bahasa Melayu.

Read more...

Jumaat, 6 Mac 2009

Hapuskan PPSMI..

Apa macam??
ada berani ka nak pergi??
jom sama-sama kita pergi..
ini adalah tanggungjawab kita untuk mempertahankan identiti kita sebagai orang melayu.
insyaAllah pukul 12 aku akan bertolak ke kl daripada tanjong malim bersama dengan motor aku.
huhuhuhu...
JUMPA DISANA

Read more...

MUKHAYYAM ‘ARABI 2009

Alhamdulillah nikmat kesibukan ini amat-amat mendidik diri aku menjadi seorang yang cukup matang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Kesibukan dengan akademik, kesibukan dengan aktiviti dan juga persatuan itulah lumrah seorang mahasiswa di university. Tanpa semua ini tidak bermakna kehidupan seorang pelajar. University bukanlah tempat untuk mencari ilmu akademik semata-mata. Para mahasiswa perlulah memperlengkapkan diri dengan berbagai cabang ilmu lain terutamanya dalam pengurusan, berbicara, time management dan juga perkara-perkara lain.

Semasa aku menulis atikel ini aku dan hanafe sedang berada di bilik persatuan untuk menyiapkan kertas kerja bagi program MUKHAYYAM ‘ARABI 2009
(PERKHEMAHAN BAHASA ARAB 2009).
Program selama 3 hari yang akan dijalankan di SMK SULTAN ABDULLAH, CHENDERONG BALAI TELUK INTAN pada 13, 14, dan 15 Mac akan membawa sejarah tersendiri kepada diri aku kerana aku memang ‘terexcited’ untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah jadi peluang yang ada untuk berjumpa dengan adik-adik di SMK Sultan Abdullah tidak akan dilepaskan.
Sekarang aku dalam proses untuk minta pelepasan latihan daripada PALAPES. Semoga pelepasan ini akan diluluskan..

SMK Sultan Abdullah… Tunggu ya.. kita ketemui nanti..

Read more...

Ahad, 1 Mac 2009

Ketahanan mental dan kerjasama elemen penting dalam sesuatu kerja..



Hari sabtu dan Ahad sebahagian besar masa dihabiskan untuk menjalani latihan PALAPES yang biasanya diadakan 2 minggu 2 hari. Latihan pada kali ini tidaklah terlalu memenatkan kerana aku dikecualikan untuk larian 8KM pada pagi sabtu kerana menjalani ‘midterm’ fizik pada pagi tersebut. Syukran lillahitaala…hehehe.. bukan ape. Malas rasanya nak berlari sejauh 8 km. penant beb.. eleh.. ape barang masuk Palapes 8KM pun dah penat.. ok..ok.. ye la.. aku malas jer sebenarnya bukannya penat. Huhuhu.. Puas hati??


Hari sabtu dihabiskan masa latihan dengan aktiviti sukan Palapes. Sukan dimulakan dengan merentas desa(larian 8KM) dan selepas itu diikuti dengan pertandingan Futsal dan juga bola jarring. Hampa sedikit pada kejohanan sukan pada kali ini bagi peminat-peminat bola tampar kerana bola tampar tidak lagi dipertandingkan di peringkat Palapes UPSI dan juga pada hari pentauliahan nanti. Kini sukan bola tampar digantikan dengan futsal. Disebalik kehampaan pemain futsal itu akulah antara orang yang gembira dengan perubahan ini kerana aku minatla jugak dengan game futsal nie. Bola tampar bukan xpandai main tapi xreti sangat atau dengan bahasa yang lebih tepat ialah ‘tangan bangku’..

Amacam?? Betol x bahasa aku tu??.. hahaha.. perosak bahasa.. tp tidak mengapa kawan-ku sekalian. Nak anggap aku perosak anggaplah sememangnya aku ramai musuh kat UPSI nie dikalangan geng2 ASPIRASI. Perjuangan untuk menghalang PPSMI mesti diteruskan. Cehhhhhhh… sempat lagi selitkan dengan politik walaupun nk cerita pasal aktiviti Palapes.

Erkkk… otak siasah betol la aku nie..

Huhuhu..

Ape herann??? Nabi ajar… nabi Muhammad SAW dulu pn orang politik jugak kn?? So xsalahla klau aku selit dengan politik skit.


Hehehe…

Ok berbalik dengan latihan Palapes yang aku jalani dalam 2 hari ini. Hari sabtu diharungi dengan sukan sahaja sampai ke petang. Pada hari ahad pula kami ade 2 siri kuliah iaitu pada sebelah pagi dan juga petang. Sebelah pagi aktiviti latihan berbentuk fizikal yang mana modul latihan untuk PT pagi yang digunakan oleh EN Salim amat baik dan merangsang perkembangan mental. insyaAllah ini boleh diserapkan di kalangan pelajar aku bila aku msuk mengajar di sekolah nanti. Nk tahu modul tu cm mane??erkkk… mane leh bagitau…. Rahsia kerajaan..klau bagitau nnt Pak Najib sumbat aku dalam ISA xpasal2..huhuhu… hehe.. gurau jer.. ala modul biasa jer. Mungkin pelajar2 kaunseling tahu pasal modul tu. Aktiviti yang memerlukan kecekapan mental dalam situasi yang agak kelam kabut.


Selepas satu-satu situasi itu berlaku EN salim akan menerangkan yang pentingnya otak kita bekerja disaat kita dalam situasi kelam kabut. Situasi kelam kabut yang kami hadapi pagi ini apela sangat sekadar nak mengawal letih berlari kesana kesini. Jadi barulah dapat pertimbangkan samaada otak kita dapat bekerja ataupun tidak dalam keadaan tercungap-cungap. Lagi satu yang aku Nampak EN Salim juga cuba terapkan elemen kerjasama di dalam sesuatu perancangan kerja. Bila kami diminta untuk membilang kotak parking kereta di dalam kawasan KHAR selama 3 minit kami terpaksa berbincang dengan pantas untuk lakukan semua ini. Dan hasilnya Alhamdulillah Berjaya walaupun bilangan parker yang kami kemukakan tidak tepat. Hahaha… Berjaya maksud aku disini ialah berjaya habiskn kerja mengira dalam masa 3 minit. Jadi ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekalian kerjasama dan keikhlasan itu amat penting dalam membuat sesuatu pekerjaan. Mantap dan cekap sesuatu organisasi banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh tanzim yang ada didalamnya. Perancangan juga harus mantap dan tersusun. Kalau kita lihat kegagalan umat Islam sendiri ialah gagal untuk merancang. Jadi jangan diulangi lagi kesilapan lepas dan cubalah ubah diri menjadi manusia yang mantap dari segi semangat kerjasama, mental, fizikal, keikhlasan dan juga kesungguhan. Semoga skills yang aku dapat pada hari ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan aku didalam masyarakat yang besar nanti. InsyaAllah..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.